Beberapa minggu lepas , borak dengan kak long, ada dia sebut nak buat bubur som som. Teringin agaknya. Waktu entri ni di terbitkan , kandungannya dah masuk 7 bulan, Alhamdulillah..Semoga di permudahkanNya jua kehamilan hingga melahirkan buat kak long, dan di kurniakan zuriat yang sihat dan sempurna... aamiin. Itulah doa kak ana setiap hari.
Dia minta resepi jer sebenarnya, nak buat sendiri kat rumah sewa di Bangi. Tapi kak ana tak sampai hati, janji dengan dia, balik sini, ibu buatkan. Dan Sabtu lepas, Alhamdulillah siap juga bubur som som untuk kak long.
Mungkin ramai orang sekarang tak kenal dan tak pernah makan pun bubur som som nii. Ia merupakan menu tradisional lama orang dulu-dulu. Waktu buka puasa dahulu di kampung kalau dapat arwah mak buat bubur som som nii suka sangat dah sebab sedap makan sejuk, cumanya waktu tu peti ais pun tak ada.
Biasa arwah mak akan masak awal-awal dan bila sampai waktu nak berbuka menu dah sejuk laa untuk di makan. Dulu selain bubur som som, bubur kacang, bubur gandum , bubur caca dan pulut hitam antara menu pencuci mulut kami. Tak banyak pilihan macam sekarang.
Penyediaan bubur som-som nii mudah sangat, terbahagi kepada dua iaitu tepung dan kuah sirapnya. Jom lah kak ana kongsikan untuk korang semua, mana laa tahu ada yang teringin nak rasa, mudah sesangat korang...
Resepi dan cara buat bubur som som
Bahagian pertama kita sediakan tepung som som .
1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
secubit garam
Caranya:
1. Gaulkan sebati terlebih dahulu tepung beras dan santan dalam periuk. Masukkan secubit garam untuk rasa lemak nya naik kata orang tua-tua.
2. Nyala kan api perlahan, mula mengacau sehingga lah ia pekat dan adunan nampak licin berkilat. Kena kacau selalu supaya tak berketul dan tidak hangit.
3. Bila dah cukup masak dan berkilat adunan tu tips ia dah masak naa, kalau tak masak ia masih putih bergentel jer rupa parasnya.
4. Matikan api dan tuang dalam acuan atau loyang.
5. Sejukkan pada suhu bilik dahulu kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk.
Bahagian kedua kita sediakan kuah sirapnya. Senang sangat lah.. Dalam periuk kecil , masukkan 2-4 susu besar gula , hat ni ikut kemanisan masing-masing. Tambah 2 cawan air dan sehelai daun pandan di simpul.
Didihkan dalam periuk di atas api perlahan dan padamkan api bila dah menggelegak secukupnya. Sejukkan pada suhu bilik dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih nikmat bila di makan.
Dah siap sejuk dua bahagian , untuk hidangan ceduk atau potong tepung som som kita dan tuangkan sirap ke dalamnya. Masyaa Allah... cukup sedap untuk dinikmati sebagai pencuci mulut.
Tepung som som tu lemak-lemak sahaja rasanya kerana adunannya tanpa gula, dan rasa manis cuma dari kuah sirap dengan aroma pandan nya , membangkitkan rasa tradisional juadah orang kita zaman berzaman.
Selamat mencuba naa, semoga setiap perkongsian kak ana ada manfaatnya buat sesama insan, In Syaa Allah.. sama-sama kita cari redha Allah swt di akhir zaman yang begitu mudah tergelincirnya iman di mana fitnah menguasai dunia maya.
Jaga jari jemari kita dari terlibat sama kerana ini ujian buat kita semua hambaNya yang mudah terleka dan alpa.. Tulis yang baik-baik semoga pengakhiran kita juga baik-baik hendakNya.... Aamiin...
6 Comments
Sedapnya bubur som-som. Terima kasih kongsi resepi Kak Ana.
ReplyDeletesemoga kak long selamat semuanya....bubur som som aku tak suka makan hahahaha
ReplyDeletefav saya ni kak, tapi tak berapa nk pandai buat. Selalu..mak yg buatkan hehe
ReplyDeletenk kene cuba jugak ni kak... lama sangat tak makan bubur somsom ni
ReplyDeleteAlahai, sedapnya!
ReplyDeleteTahniah Kak Ana sekeluarga nak sambut orang baru. Didoakan agar dipermudahkan segala urusannya esp buat Kak Long 🤲
sedapnya bubur som2 musim panas mkn sejuk
ReplyDelete