Richiamo Coffee Cafe di Bandar Country Homes
Antara port lepak favourite kami sekeluarga salah satunya adalah cafe Richiamo Coffee. Mana-mana pun ada jer outlet Richiamo Coffee sekarang nii kan.. Mudah nak lepak ngopi sambil makan kek atau pastry.
Di sekitar daerah kediaman kak ana nii pun ada dua dah sebelum ni. Kami akan lepak di Richiamo Coffee di The Reef, Rawang tak pun di Puncak Alam pun ada, kira dekat juga lah. Dan laa nii lagi hampir dah bila ia di buka cawangan baru di hadapan simpan lampu isyarat Bandar Country Homes.
Nak kata lokasinya betul-betul di Bandar Country Homes pun tidak juga , ia kira di luar cuma berhadapan lah simpang masuk ke BCH. Kalau ikutkan ia di jalan utama menuju ke Bandar Tasik Puteri, bersebelahan Taman Velox.
Richiamo Coffee , Bandar Country Homes
Ini kali kedua kak ana ke sini sejak di buka. Pertama kali tu, kami singgah selepas makan malam di MOFAZA Seafood. Kami singgah je masa tu dah pukul 11 malam lebih kurang. Adik laa bagitau ia di tutup jam 12 malam.
Kami singgah takeaway kek sahaja malam tu. Kak ana ambil cheese cake dan chocolate indulgence kalau tak silap untuk take away malam tu.
Dah agak lewat kan lagi pun dah kenyang makan malam. Sempat lah kak ana shoot video dan ambil gambar sebab masa tu dah tak ada pelanggan.
Kali kedua ni , kami pi lepas Maghrib. Adik balik kerja lapar tak nak nasi. Kami singgah dine in pula kali ni. Ramai pelanggan malam tu.
Menu-menu Richiamo Coffee nii biasa dah pada kak ana. Rasa menu semua okay, biasa sahaja. Dessert pun kak ana suka makan kek-kek yang ada di sini, just nice semuanya.
Apapun Tahniah! buat cawangan baharu Richiamo Coffee berhampiran Bandar Country Homes ni. Senang dah nak lepak ngopi kat sini dengan famili atau kawan-kawan. Menu pun harga berpatutan dan ia di kendalikan oleh orang kita. Muslim owner, Alhamdulillah..
11 Comments
Sama kita suka lepak di RC. Tempat have2 dengan harga berpatutan.
ReplyDeleteSA pun suka lepak Richiamo Coffee...kat Senawang ada satu...
ReplyDeleteammi ke Richiamo jarang beli cake sbb ammi bukan sweet tooth..tp suka ambil lamb pie dia..sedap je kat tekak ammi
ReplyDeleteohh dah bukak ya sini. perasan jugak dekat bangunan baru tu kan. lalu balik kerja. x perasan pula dah bukak. nanti boleh singgah. leyla suka set nasi dia. x sure la ada ke x lgi skrg. tapi set nasi dia sedap bnyk dan berpatutan harga dia
ReplyDeleteterpesona tengok kek sedap
ReplyDeleteSaya pun suka ke sini..donut Oreo lah favourite saya.. time order tu nanti dorang panaskan balik..tu yang sedap! Spaghetti pun nice. RC berhampiran rumah ni tenang sikit suasananya..Santai je makan Dan buat kerja online kekadang..Hihi
ReplyDeletechill je enviroment most RC tapi kalau weekend ramai sungguh..hari tu pun sy brunch kat RC Puncak Alam, kalau kat rumah RC Wangsa Maju memang jadi port ngopi dgn famili dan kawan2 sekolah..
ReplyDeleteWak tak pernah lagi masuk mana2 RC ni
ReplyDeleteTak pernah pergi juga RC ni. Menarik, boleh cuba.
ReplyDeleteantara coffee yg digemari..
ReplyDeletekolin tak pernah lepak sini lagi. nanti nak try laaaaaa
ReplyDelete