Kalau nak ber steamboat nii kat mana-mana pun ada kan, dalam pasaraya pun ada restoran steamboat & grill di seluruh negara kita ni. Tapi hat yang kak ana nak share dengan korang hari ni, paling rare dan esthetic sangat laa, di mana pengalaman kak ana bersama keluarga kecil kak ana makan steamboat dan bbq grill di tepi sungai pada waktu malam pula tu.



Memang syok sangat , menjamu selera dengan menu panas-panas di iringi deruan aliran sungai yang jernih dan suasana malam yang dingin. (Jernih air sungai tu bergantung pada faktor cuaca jugalah, kalau hujan lebat mungkin air tak jernih huhu :) 

Rezeki kami malam tu, walaupun selepas hujan air sungai cetek dan jernih mengalir. Tak payah jauh-jauh atau nak pasang khemah camping bagai, semua ni korang pun boleh alami sendiri di Ulu Klang sahaja. 


Steamboat & BBQ di tepi sungai di BBQ Lamb KL Kemensah 


steamboat di tepi sungai BBQ Lamb KL Kemensah

Lokasinya di BBQ Lamb KL Kemesah. Haa.. cari je di internet pasti jumpa punya. Ini kali ketiga kak ana ke sini sebab kak ana suka sangat pada tarikan utama nya makan di tepi sungai dan kalau siang korang boleh dine-in di dalam sungai itu sendiri.


BBQ Lamb KL Kemensah


Kalau korang nak ke sini,waze jer laa senang kan. Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah di terletak di Kampung Kemensah, betul-betul jalan sebelah pintu masuk utama Zoo Negara tu. Terus masuk sampai ke dalam sikit dan BBQ Lamb KL Kemensah ni terletak di sebelah kanan, agak ke bawah sedikit, sebab ia di tepian sungai yang mengalir yang jernih sangat airnya malam tu.


steamboat tepi sungai di BBQ Lamb KL Kemensah


Sungai tak dalam pun, cetek jer tapi airnya mengalir. Inipun dipengaruhi faktor cuaca juga naa... Kak ana sampai dalam jam 7 malam dan disini ada di sediakan surau atau korang boleh solat di surau Kampung Kemensah tu sebelah seberang jalan sahaja.

Kalau sebelum ni kak ana pernah dine in dalam sungai di waktu siang untuk makan tengahari kali ni nak try pula makan steamboat belah malam. Pengalaman yang sangat menarik pada kak ana , suami dan Adik Ika. 


steamboat tepi sungai BBQ Lamb KL Kemensah

Sejuk suasana malam tu, lepas hujan renyai. Tapi usah risau kalau hujan pun ada khemah transparent yang di hiasi dekorasi hisptur dan kawasan sekitar di terangi dengan cahaya lampu yang cukup terang benderang. 

Kak ana perhatikan, ada 3 pilihan tempat duduk untuk korang pilih sama ada yang paling hampir dengan buffet steamboat di bawah khemah transparent, di bahagian luar khemah untuk yang heeling nature dan juga di seberang sungai, betul-betul tepian aliran sungai tu. Ikut muu laa kalau dapat meja mana kan.



steamboat BBQ Lamb KL Kemensah


Ini pula antara pilihan buffet yang ada untuk korang nikmati bersama 3 kuah pilihan sama ada tomyam, sup ayam atau kimci. Kak ana biasa lah kalau steamboat pasti pilih tomyam sebab boleh makan tomyam atau ala-ala oden bersama grilled .


steamboat malam tepi sungai BBQ Lamb KL Kemensah


Terdapat pilihan seafood antaranya malam tu ada ketam, udang, kepah, pepahat, sotong, aneka bebola untuk korang celup dalam steamboat atau pun grill kannya. Kemudian pilihan bahan grill pula antaranya ada kambing, perapan isi ayam dan daging dalam aneka pilihan perapan berbeza. Cukup berbaloi dengan harga. 




steamboat Kemensah


BBQ Lamb KL Kemensah steamboat


Malam tu, kak ana ada 6 pilihan sos dan gravy yang sedap dan home cooked dari BBQ Lamb KL Kemensah sendiri antaranya thai sos, mint sauce ( hat ni kak ana paling suka ), black pepper gravy, salsa sos, ayaq asam kicap pun ada dan sebagainya, tak tau la sos namanya. 


steamboat tepi sungai


Ada juga sayuran ,salad dan pilihan mee seperti mee segera dan yee mee. Ada telur puyuh dan telur ayam dan pelbagai lah seperti yang terdapat di mana-mana restoran steamboat lainnya. Aneka cendawan pun ada seperti enoki dan cendawan tiram malam tu.  Ikutlah citarasa masing-masing apa yang korang nak leburkan dalam dapur steamboat dan grill tu.





Kaunter air dan pencuci mulut pula menyajikan pilihan 2 air minuman, malam tu ada air anggur kordial dan sirap bandung padu. Tiga kali kak ana minum sirap bandung ni, sedap pekat lemak manisnya. Nak makan ABC pun ada dan juga aiskrim. 

Buah potong malam tu, kak ana makan tembikai dan buah oren serta kek untuk pencuci mulut. Rupanya ada juga air panas dalam bekas tu, kak ana tak perasan bila balik tengok gambar baru nampak, sebelah balang air kosong. 


steamboat buffet BBQ Lamb KL Kemensah



Khas untuk kanak-kanak ada gak laa kaunter jajan dan gula-gula di letakkan dalam bekas-bekas plastik yang comel ni. Jangan lupa ambil naa anak-anak.. Adik Ika yang dah besar tu pun duk ambil masa nak balik, dia ambil gula-gula dua biji :) 





Malam tu kak ana dengan Adik Ika betul-betul lapar nasi waktu sampai. Maklumlah siangnya kami brunch fettucini carbonara jer pastu hadap pula jemmed di MRR2 , semput hala ke Karak Hiway, sehingga lepas simpang Karak Hiway tu baru clear. 




Alhamdulillah.. sampai di BBQ Lamb KL Kemensah untuk steamboat ada juga di sajikan menu sampingan termasuk lah nasi goreng. Hat tuu laa kak ana ambil dahulu makan dengan sosej gemok yang di goreng. 




Ada pasta goreng, ayam goreng ala korea, sosej dan nugget untuk kanak-kanak. Tapi suami kak ana pun makan nugget goreng tu lahai memang favourite dia la nugget ni. 




Sebelum kak ana lupa, antara yang paling sedap kak ana makan malam tu adalah dim sum nii. Ada dim sum ayam dan daging. Sedap sangat weiii.. di kukus panas-panas kat situ dan korang makan dengan sos nya. Isi dalam penuh padat dan sangat kena dengan selera kak ana dan Adik Ika. 


dim sum


Berapa harga satu orang makan steamboat & grilled di BBQ Lamb KL Kemensah ni ? Haa waktu kak ana maii makan sini, ianya pada harga promosi pelancaran menu baharu depa. Harga cuma RM25 per pax dan ianya hanya sehingga 8hb Jun 2023 ni sahaja.

Selepas itu ia akan menjadi RM35 per pax sehingga di beritahu kelak. Murah sangat tu pada harga RM35 dengan aneka pilihan steamboat dan grill dan yang tak ternilai adalah pengalaman indah di malam hari menikmati hidangan di tepian sungai dalam hening malam. Itu yang lebih mahal kan.. Menikmati alam semulajadi yang indah ciptaan Tuhan . 






Antara yang kami makan malam tu hingga lah last pencuci mulut sebelum balik ke rumah dalam kekenyangan teramat sangat. Alhamdulillah... 





Dari perkongsian di FB dan Instagram BBQ Lamb KL Kemensah, memang hampir setiap hari , nak nak lagi hujung minggu dan cuti umum adalah full house. Jadi kalau korang nak datang, lebih baik call atau whatsapp untuk reservation dan pertanyaan terlebih dahulu. 


steamboat BBQ Lamb KL Kemensah


Untuk pertanyaan dan reservation , korang boleh la whatsapp ke pautan ini -> BBQ Lamb KL Kemensah atau hubungi nombor 012 2114100 atau layari terus ke FB Bbqlambklkemensah/  Macam yang kak ana katakan lah.. Steamboat nii mana-mana pun ada cuma yang bestnya dan uniknya kalau korang suka pada alam , pasti akan mencuba sendiri ber steamboat di tepi sungai pada waktu malam dengan deruan air dan suara unggas malam yang dingin, pergi lah ke BBQ Lamb KL Kemensah, Ulu Klang , Selangor ni... Semoga bermanfaat... 




2 Comments

  1. Kita teringin sangat nak makan di sini, hingga kini belum kesampaian. Menarik menunya Kak AJ, mesti leka BBQ dalam sungai tu.

    ReplyDelete