Dah alang-alang kami sampai Melaka hari tu, suami memang plan nak tengok kapal terbang viral kat Melaka yang orang share kat tiktok. Kak Long sebelum ni dah sampai pun sini dah tengok masa pembukaan , tapi tak masuk sebab ramai sangat orang queue.

Kan kami bercuti pada hari Isnin , hari bekerja, selesai sahaja ronda-ronda Banda Hilir, kami pun turun balik hala ke Port Dickson untuk check in kat sana. Dalam perjalanan kami waze ke Freeport A Farmosa Outlet yang terletak di Alor Gajah.


Coach Airways Freeport A Farmosa Outlet, Melaka


Coach Airways , Freeport A Farmosa Outlet, Melaka 



Dari tepi jalan masuk dah nampak tersergam sebuah pesawat penumpang kapal terbang sebenar di hujung luar komplek Freeport A Farmosa Outlet, Alor Gajah ni. Memang unik lah kan tarikan baharu di sini.

Ini merupakan kali kedua atau ketiga kak ana singgah sini. Dahulu di kenali sebagai MPO , Melaka Premium Outlet kalau tak silap. Laa nii tukar nama kepada Freeport A Farmosa Outlet. Bangunan masih sama dan premium outlet dalam nya pun masih sama kekal disini.


Coach Airways Freeport A Farmosa Outlet, Melaka


Dan tarikan terbaharu nya adalah sebuah kapal terbang diletakkan di luar bangunan dan ia adalah butik jenama terkenal dunia iaitu Coach. Dikenali dengan nama Coach Airways , di mana di dalam pesawat ni adalah butik jualan jenama Coach seperti aneka jenis beg, kasut dan pakaian serta aksesori. 


Boleh ke masuk ke Coach Airways ni ? 


Boleh sahaja masuk, sama macam kita masuk ke mana-mana butik jualan di dalam Freeport A Farmosa Outlet. Kalau berkemampuan shopping lah di dalam nya. Jenama Coach ni antara jenama premium lah di kalangan nya. 

Kalau sekadar nak masuk pun tak jadi masalah rasanya. Cuma pastikan jagalah anak-anak kecil kalau masuk jangan sampai berlaku kejadian yang tak sepatutnya, jenuh pula nak bayar ganti rugi kan. Pantau-pantau naa.. 




Coach Airways Freeport A Farmosa Outlet, Melaka


Apa yang ada dalam kapal terbang Coach Airways ni ? Haa nih laaa kak ana share serba sedikit ruang dalaman yang kami masuk. Waktu tu memang tak ramai pengunjung jadi senang nak ambil gambar. Staff dalam butik pun mesra dengan senyuman menyambut kami masuk, walau pun tak beli apa-apa .



Coach Airways Freeport A Farmosa Outlet, Melaka


Dibahagian hadapan kepala kapal terbang tu ada lah model kokpit pesawat. Ala-ala set filem di kejiranan Edward Scissorhands pula bila berada di dalamnya. Hehe :) Boleh je korang nak ber ootd dalam tu. 

Ada juga beberapa deretan kerusi penumpang dalam pesawat yang boleh korang lepak kejap. Maklum lah kat luar tu panas litlit bila masuk dalam pesawat sejuk dingin syok lak lepak seketika kengkonon duk dalam penerbangan gituew.



Butik Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet , Melaka


Di sebalik tirai pesawat penumpang inilah korang akan memasuki ruang pameran dan jualan rangkaian produk fesyen Amerika ternama Coach . Ada pakaian, beg, kasut dan aksesori untuk yang ingin membeli belah di sini. 



Butik Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet , Melaka


Peminat Coach mesti tahu lah apakah koleksi terkini dari jenama tersohor ini. Memang ramai penggemar Coach yang kak ana kenali dan memang sangat cantik dan elegan design rekaan mereka khasnya beg tangan kulit depa laa kan. 

Setakad ni kak ana belum ada rezeki nak memakai jenama Coach walaupun kak ana suka sangat kumpul koleksi beg tangan. Setakad jenama biasa-biasa sahaja yang mampu kak ana miliki waktu ni. Suka-suka jer .. 



Butik Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet , Melaka


Kat bahagian tengah butik dalam pesawat ni ada sebuah cafe untuk minuman sahaja. Kak ana tak pasti ia untuk public atau dengan pembelian sahaja boleh redeem minuman. Sebab masa kami masuk tu tak ada pula di letakkan sebarang menu atau harga. Kalau tak boleh juga cuba secawan coffee Coach :) 



Butik Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet , Melaka


Terus sahaja ke hadapan , kita pun sampailah ke hujung ekor pesawat dan keluar dari pesawat. Ada laluan laa di sediakan untuk masuk dan keluar dari pesawat ni, tak perlu naik tangga pesawat pun hehe :) Di sediakan walk way situ.


Butik Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet , Melaka

Jadi merasa dah lah kak ana masuk ke kapal terbang viral di Melaka iaitu Butik Coach Airways, Freeport A Farmosa Outlet , Melaka . Dapat masuk sekali pun jadi lah kan. Sebab kak ana kalau masuk butik premium ni kalau tak ada niat nak membeli memang tak suka nak saja-saja masuk.

Nanti orang tak layan kita terasa hati pula kan, lebih baik ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa mampu nak beli dan masuk lah kan.  Alhamdulillah setakad ni baik sahaja layanan staff di mana-mana outlet yang kak ana masuk. 

Sebab kita tahu setakad mana kemampuan kita, ye dak. Belanja lah ikut kemampuan sendiri. Tak salah memakai jenama mahal untuk self rewards, penat bekerja dan selalunya jenama yang mahal ni berkualiti lebih baik dan tahan lama. 

Tapi kalau di luar kemampuan, banyak lagi jenama yang mampu milik untuk kita di luar sana. Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Tak mau stress-stress naa.... Jalani hidup ni dengan menikmati setiap detik yang hadir dan adakala graf kehidupan kita lurus dan ada kalanya berliku. Itulah ujian... 

4 Comments

  1. Cuya yang duduk Melaka ni pon tak pernah jejakkan kaki ke sana..
    Duit tak ramai la kak saya nk gi sana...kikiki

    ReplyDelete
  2. ramai yg pi...cantik & unik tempatnya

    ReplyDelete
  3. butik dalam kapalterbang mewah n cosy tu nak masuk saja2 pun segan

    ReplyDelete
  4. Belum ada kesempatan masuk ke sini.
    Memang barangan Coach harga kayangan. Kalau nak beli pun saya fikir banyak kali. Alhamdulillah, kakak pernah hadiahkan beg tangan jenama ini beberapa tahun lepas. Kecil comel tapi harganya buat saya geleng kepala. Tapi puas hati sebab original!

    ReplyDelete