Kalau korang perasan atau pengikut setia blog makan-makan kak ana nih, kak ana memang selalu lepak makan di cafe-cafe sekitar Puncak Alam, Eco Grandeur khasnya. Sebab tempat ni tak jauh dari kediaman kak ana, kami ada jalan short cut belakang melalui Bandar Tasik Puteri ke Puncak Alam.


Portload By Pulut Pulut Puncak Alam


Laluan ini lah melalui Alam Budiman atau Persiaran Mohktar Dahari jalan kami ulang alik ke Shah Alam tanpa tol dan jalan pintas. Dan lama dah juga perasan operasi satu lagi venue lepak makan khasnya sebelah petang dan malam laa di sini.


Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam


The Portload by Pulut Pulut, Puncak Alam


Yang kak ana maksudkan ialah PortLoad by Pulut Pulut yang terletak di Hillpark, Puncak Alam. Meriah tiap kali kami lalu dengan lampu-lampu. Masa tu belum viral lagi, sehinggalah laa nii makin viral dan hujung minggu memang penuh laa Portload ni.


The Portload Puncak Alam


Masa belum viral tak nak pula singgah hehe, bila dah viral teringin lak nak makan kat sini. Kami pi dengan Kak Long, Aiman, Adik dan suami buat pertama kali. Masa ni weekend nak dapat meja pun kena tunggu, air pun sampai lambat sangat sampai dah habis menu makan baru dapat air. 

Kak Long dan Aiman makan char kuew tiau malam tu, kak ana nak rasa pulut depa, order la pulut durian dan pulut mangga, tapi dapat pulut durian je, pulut mangga tersalah hantar kata cashier bila kami tanya dan depa ganti dengan yang dah siap pek bawa balik ajer la.. 


Portload Puncak Alam


Suami makan shawarma, Adik pula order fries di Fam Fries dan air konon nak cepat kami order air yang sama je semua teh air, pun lama juga nak sampai kerana queue panjang. Itu pengalaman pertama makan di Portload waktu malam hujung minggu laa , ramai masa tu.

Tapi tak serik juga sebab makanan depa sedap-sedap. Kali ni singgah sekali lagi. Kali ni bawa adik kak ana, Lan, Jue , abah dan Haris anak buah kak ana yang nak sangat makan kat sini. 

Depa maii dari Perak sebab nak ziarah Kak Long masuk wad di Hospital Cyberjaya. Dari Cyberjaya kami keluar Shah Alam, masuk Persiaran Mokhtar Dahari dan sampai sini. 


Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam

Waktu kami sampai sebelum waktu Maghrib. Kat sini ada surau naa.. untuk solat di tingkat atas kontena tu. Jadi masa sampai ni tak lah ramai pengunjung. Dapat meja yang selesa dan order pun cepat sampai semuanya.

Malam tu abah dan adik kak ana, Lan makan nasi arab dari stall Shawarma Time, stall yang sama suami makan shawarma sebelum ni. Memang sedap sangat kata abah nasi arab , ayam pun besar 1/4  ayam. masi dia basah lembut . 

Abah kalau kata sedap tu, memamg sedap lah sebab pernah kami order nasi Arab di Teluk Intan,dia tak nak dah tak kena la dengan seleranya. Tapi boleh pula kak ana tak ada gambar nasi arab ni, rasa dah ambik entah lah cari balik tak jumpa huhu :) 


Portload by Pulut Pulut Puncak Alam

Haris laa nak sangat datang sini sebab tengok Adik Ika hantar gambar fries dari stall Fam Fries, masa kami makan dulu di group whatsapp. Jadi hilang lah kempunan Haris dapat juga Fam Fries nya. Fries kat sini harga premium RM17-18 ikut jenis menu depa. 


Portload by Pulut Pulut

Jue order chicken chop dari stall Danau Western. Serius hat ni kak ana nak highligt sangat. Sedap korang western depa. Chicken chop dia crispy, besar saiz tapak tangan pak hang ,gemoks sedap lak tu bukan guna breadcrumbs punya chicken chop. 


Portload by Pulut Pulut Puncak Alam

Kami makan juga mushroom soup dan garlic bread depa, pun premium taste sangat sedap, di hidangkan bersama 2 bun gemoks juga dengan sapuan garlic spread di toast . Adoi rasa nak pi repeat ni memang sedap dan banyak. Berbaloi la dengan harga yang di bayar, kenyang korang.


Portload by Pulut Pulut


Kak ana dan Adik kali ni makan pasta juga dari stall Danau Western. Tak ingat dah nama pasta tu tapi hat kak ana makan ada buttermilk chicken. Dua menu pasta ni pun sedap sangat. Kena dengan selera kami. Nii free review tau non paid, memang luhur kak ana share dengan korang . :) 


Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam


Sekali lagi Jue order pulut mangga. memang sajian pulut kat Portload ni sedap, santan cukup lemak manis dan masin nya. Isi mangga manis leting dan pulut lembut lemak. Kiranya semua menu dari By Pulut Pulut dan juga vendor stall semua sedap pada kak ana sekeluarga. 

Untuk minuman dan dessert korang kena order di By Pulut Pulut samada melalui scan qr code di meja atau masuk dan order di dalam restoran. Nanti depa akan hantar ke meja. Pasti kan ingat nombor meja sebelum order naa.


Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam


Untuk di bahagian luar pula ada beberapa stall vendor dan korang order bayar di stall masing-masing. Ada yang dapat buzzer untuk ambil makanan dan ada yang ampa kena pi tanya sendiri dah siap ka belum menu yang di order. 

Apapun satu lokasi yang menarik untuk makan dan lepak malam di ruang terbuka dan berhawa dingin pun ada. Di usahakan oleh orang kita, Muslim owner Alhamdulillah.. nanti kalau korang lalu atau berada di sekitar Puncak Alam singgah lah ke PortLoad by Pulut Pulut di Bandar Hillpark. 







6 Comments

  1. salam singgah. rumah mak kami kat meru tu je. tak jauh dari fairy park. puncak alam ni laluan2 balik juga ke kmpung. port mcm best. maybe boleh la suggest pada mak abah lepak situ. kafe salim pun tak terpegi2 kami. :)

    ReplyDelete
  2. xpernah sampai sini nmpak sedap menu semua

    ReplyDelete
  3. Menarik semua menunya.
    Nampaknya kalau nak ke sini kena elak hujung minggu supaya dapat pengalaman makan yang lancar gitu..

    Hairan jugak dah habis makan, baru sampai minumannya. Biasa minuman la cepat siap kan.

    ReplyDelete
  4. Macam-macam gerai pelbagai makanan ada kat situ ye. Senang bila masing2 dalam family tekak nak makan lain2. Menarik.

    ReplyDelete
  5. seronoknya boleh dapat macam2 jenis menu kat satu tempat. yang paling menarik shawarma dengan fries tuu fuh terliuq

    ReplyDelete
  6. saya suka tempat mcm ni ada mcm2 pilihan makanan. jd rambang dibuatnya😁

    ReplyDelete