MAKAN MACAM BOS DENGAN AYAM BAKAR OH-SEMM DI THE CHICKEN RICE SHOP!
Kak ana nii, antara pilihan nak makan di luar dengan keluarga salah satu venue wajib adalah di The Chicken Rice Shop . Bila masuk je restoran TCRS ni terngiang-ngiang lah alunan lagu.. The Chicken Rice Shoppppppp.. Bukan sekadar nasi ayam ! Kannn... Habis duk ulang tuuu jaa...
Kalau sebelum ni kak ana try dah menu Ayam Kilau depa, kali ni it's come back uollss... TCRS kini menampilkan semula menu sensasi depa Ayam Bakar Oh-semm , yang memang awesome lah pada kak ana.
Kami makan kat outlet yang baharu sahaja di buka semula dengan wajah baru di TCRS Aeon Mall, Rawang. Lawa outlet ni selesai di renovation. Ceria sangat. Apa yang best kali ni dengan menu Ayam Bakar Oh-semm TCRS jom kak ana share kan dengan ampa semua...
Ayam Bakar Oh-semm , The Chicken Rice Shop
The Chicken Rice Shop (TCRS), yang terkenal dengan pelbagai hidangan yang dicipta dengan keenakan perisa tempatan, sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS! Berikutan permintaan peminat yang menggalakkan, hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun!
Ayam Bakar Oh-Semm ialah karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.
Demi memenuhi permintaan pelanggan, Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai.
“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.
Sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!
Sedap tak Ayam Bakar Oh-semm The Chicken Rice Shop ni ?
Alhamdulillah.. kak ana suka pada perapan rasa Ayam Bakar Oh-semm TCRS ni. Cukup rasa perapan, isi ayam yang tak terlalu kering dan cukup di bakar sempurna masaknya. Well done gitue. Sangat kena dengan air asam eh bukan air asam sos pencicah yang disajikan sekali tu.
Gabungan rasa yang unik untuk menu nasi ayam. Dan set yang di tawarkan juga kenyang sungguh untuk kak ana makan bersama suami tengahari tu. Cuma ia tidak di datangkan dengan air, hat tu ampa kena tambah air naa.. Tak mahal pun kak ana add on air asam boi sparking cuma RM1.10 kalau tak silap.
Untuk set berdua ni ada pai tee, pilhan sayur kak ana ambil bendi , sup bebola, nasi ayam 2 hidangan dan 1 bahagian lagi ayam steam ( hat ni tak ada pilihan ) bersama ayam bakar oh-semm TCRS laa semua dalam harga RM55 lebih kurang bila add on air. Try naa ada 3 pilihan set atau pun ala-carte untuk korang nikmati dan jangan lupa sertai peraduan yang sedang berlangsung.
TCRS Restaurants Sdn Bhd
TCRS Restaurants Sdn Bhd (TCRS) is a dynamic home-grown company with more than 130 The Chicken Rice Shop outlets in operation throughout Malaysia. With all its brands Halal-certified, TCRS also owns and operates Sepiring, an all-day dining café which serves unforgettable durian pancake and Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik, among others and DubuYo, which offers the very best of Korean cuisine in a comfortable and trendy environment.
3 Comments
resepi ayam tiasa jadi pilihan peminatnya
ReplyDeletemenu budak² terpaling disuka ni... kalau kat sini TCRS selalu penuh tu yg jarang mkn
ReplyDeletelama dah tak makan kat TCRS ni.
ReplyDelete