Adik Ika laa nih, tiba-tiba lepas maghrib ajak ke Secret Recipe yang baharu di buka di Bandar Country Homes, bersebelahan dengan Ambank. Adik craving nak makan  Shinjuku Bake katanya. Ayah nya macam selalu kalau anak-anak yang minta laju je kata jom!

Secret Recipe di Bandar Country ni pula baru sahaja di buka, nak juga lah pii try tengok ruang makan dalamannya. Banyak dah cafe di buka sekitar Bandar Country Homes, tak perlu nak ke Aeon Mall dah kalau nak cari kopi atau dessert. 


Shinjuku Caramel Bake - Secret Recipe


Shinjuku Bake - Secret Recipe


Memang sedap pun sekali sekala pekena Shinjuku Bake , SR ni kan. Ada tiga pilihan Shinjuku Bake ni di SR iaitu Shinjuku Caramel Bake, Shinjuku Chocolate Bake atau pun Shinjuku Maple Bake. Kalau kak ana suka chocolate laa, tapi hat ni pilihan Adik dia ambil Shinjuku Caramel.

Agak manis juga pada kak ana kerana syrup caramel tu. Ia sedap kerana ada gabungan rasa panas dan sejuk dalam satu sajian menu hidangan. Shinjuku ni adalah sepotong kek mentega lembut yang di hidangkan panas-panas, bersama topping pilihan sos syrup sama ada maple, chocolate atau caramel, di berikan juga taburan kacang macadamia kemudian di makan bersama 2 scoop aiskrim vanila dan whipped ice cream. 


Secret Recipe Bandar Country Homes


Itu lah yang kak ana maksudkan gabungan rasa sejuk dan panas dalam hidangan pencuci mulut shinjuku Secret Recipe. SR ni syurga dessert la pada kak ana dan kak ana suka hampir kesemua kek depa yang ada, kecuali carrot cake sebab pernah sekali makan agak mengecewakan dari segi rasanya. Agak terlalu kering. Hat lain semua suka.


kek Secret Recipe


Malam tu kak ana hanya makan sepotong Black Forest cake. Macam lama dah tak makan black forest cake SR. Kek ni memang antara signature cake SR juga lah kan. Rasanya ramai orang menyukainya dan ia agak klasik .



Ice Plum Lime juice


SR White Coffee


Untuk minuman kami minum Ice Plum Lime Juice kesukaan kak ana dan adik pula minum SR Ipoh White Coffee. Alhamdulillah ... nikmat yang di syukuri untuk kami sekeluarga malam tuu. Terlepas lah Adik punya mengidam shinjuku bake nya... 




6 Comments

  1. lama tak makan kt SR, kadang rindu kek dan pasta nya

    ReplyDelete
  2. Saya pula mengidam nak ke Shinjuku hehehe

    ReplyDelete
  3. Terus nak ajak keluarga makan kek di SR. Saya kalau nak makan heavy sikit suka mee kari dia, tekak orang kampung.

    ReplyDelete
  4. lama dah nieyl x gi SR ni...nanti nak pegi la SR mesti byk menu baru skrg

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tertunai hajat adik sedap menunya

    ReplyDelete
  6. Untung secret recipe buka cabang juga di jakarta 😄. Ini restoran yg banyak memori buat saya, karena dulu sebelum nikah, berdua suami suka dating Kat sana 😄😄.

    Saya suka cake mereka. Tapi makanan beratnya pun sedap. Tak Taulah apa menu baru ini ada dijual juga kat SR Jakarta atau hanya Di malaysia

    ReplyDelete