Beza daun sirih dan daun kaduk
Lama juga kak ana tak turun ke kebun belakang rumah. Sibuk urusan cucu dan kak long dalam pantang. Pagi tadi nak basuh tangga belakang tengok lebat sangat buah belimbing buluh berbuah. Banyak pula buahnya berangkai dah macam buah anggur jer rupanya..
Sambil tu ronda-ronda kebun, nampak la pokok sireh kak ana pun makin subur , lebat daun nya menjalar. Pas tu terpandang pokok daun kaduk jiran kak ana, abang Yaya. Menjadi juga pokok daun kaduk nya.
Terfikir kak ana nak terbitkan satu entri , kut kut ada yang nak tahu apa perbezaan antara daun sireh dengan daun kaduk kerana secara sekali pandang kedua daun ni nampak serupa sangat kan..
Apa beza daun sirih dan daun kaduk
Daun kaduk |
pokok daun kaduk |
Keempat, paling ketara adalah perbezaan bau kedua pokok ni. Kalau korang biasa dengan bau aroma daun sirih mestu boleh tahu hat mana daun sirih atau daun kaduk. Daun sirih ni aromanya lebih kuat pedas dan segar berbanding daun kaduk ada aroma yang agak tak menyenangkan sikit pada kak ana lah.
Untuk tahu bau daun ni kena lah carik sikit dan hidu baunya. Kalau hidu terus dari daun tak dapat sangat cam bau kedua daun ini.
pokok daun sirih |
Keenam, pokok daun kaduk tumbuh merimbun manakala sirih menjalar. Biasanya yang kak ana jumpa, pokok daun kaduk ni jenis pokok merayap atau melata di permukaan tanah. Tetapi pokok daun sirih pula jenis pokok yang memanjat.
daun sirih |
Itulah sahaja antara perbezaan yang dapat kak ana kongsikan dengan korang semua berdasarkan pengalaman hidup pinjaman Allah swt. Di belakang rumah kak ana ni sendiri ada kedua pokok ni. Tetapi pokok kaduk tu milik jiran kak ana.
Cara tanam pokok sirih dan daun kaduk ni rasanya sama sahaja. Pokok sirih ni kak ana tanam dari keratan batang yang biras kak ana beri. Lama dah pokok ni hampir sepuluh tahun dah rasanya waktu kami mula pindah ke sini dahulu.
Semoga perkongsian ini ada manfaat dan yang baik semuanya datang dari Allah swt manakala yang khilaf adalah dari kekerdilan kak ana sendiri sebagai hambaNya..
3 Comments
Kat opis kitrg berlambak faun kaduk ni... x tau la nape drg tanam pokok ninkat opis hahha merimbun daunnya
ReplyDeleteBaru-baru ni baru tau daun kaduk boleh makan.
ReplyDeletetanaman sirih perlukan kayu junjungan untuk memanjat/menjalar
ReplyDelete