PROGRAM INISIATIF TERBARU DARI TASNEEM NATUREL BANTU LEBIH RAMAI PENGEDAR SAH TASNEEM JANA PENDAPATAN



Kak ana percaya malahan kak ana sendiri sebagai seorang suri rumah, lebih selesa sekiranya ada pendapatan sendiri tetapi tidak terikat dengan jadual kerja di luar. Selepas anak-anak mulai masuk ke alam persekolahan dahulu, suami minta kak ana fokus pada rumahtangga dan meninggalkan dunia kerjaya. 




Sebagai isteri kena lah akur , kan. Tapi dalam masa yang sama , sambil mengurus keperluan rumahtangga, kak ana juga sering menjadi pelbagai agen untuk menjana pendapatan sampingan. Hingga ke hari ini, kak ana di rezekikan menjadi blogger dan KOL yang mana memperolehi wang untuk perbelanjaan sendiri dan anak-anak.




Kak ana tertarik pula dengan salah satu program dari jenama penjagaan bayi tempatan yang sedang berkembang pesat laa niih. Dan hat nih laa kak ana nak kongsikan dengan korang semua , khasnya golongan suri rumah yang ingin menjana pendapatan bersama mereka. 




Yang kak ana maksudkan adalah Tassneem Business Legacy, yang merupakan  sebuah syarikat yang membawa jenama rangkaian produk penjagaan bayi dan kanak-kanak , Tasneem Naturel, sekali dengan bangganya telah mengumumkan dan melancarkan sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah mereka melalui program yang dinamakan Tasneem HOME Centre.

Tasneem HOME Centre merupakan satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar. 




Masyaa Allah.. bagai serampang dua mata, di mana bukan sahaja berkongsi rezeki di kalangan agen, malahan memudahkan orang ramai mendapatkan rangkaian produk penjagaan bayi dengan mudah dan hampir di setiap lokasi kediaman. 

Setiap Tasneem HOME Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri.



Selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Naturel mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik. 



Pihak Tasneem Naturel berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem HOME Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati.

Jadi kesempatan ini kak ana nak sampaikan mesej ini buat suri rumah di luar sana untuk sama-sama menyertai program yang amat baik untuk menjana pendapatan sampingan di era kegawatan ekonomi yang kian meruncing. 




Rebutlah peluang yang baik ini kerana begitu ramai ibu di luar sana yakin dengan keberkesanan rangkaian produk Tasnem Naturel. Di samping mendapat wang saku, kita juga mampu berkongsi kebaikan rangkaian produk yang di yakini ramai. Jika korang berminat untuk menjadi Tasneem HOME Centre, daftar sebagai Pengedar Sah Tasneem Naturel Segera.







0 Comments