Aneka sajian menu tempatan, western dan steamboat di Nana Kopi , Eco Grandeur , Puncak Alam
Eco Grandeur lagi, habis tu, situ lah port lepak makan terdekat yang banyak pilihan cafe untuk kak ana sekeluarga di hujung minggu. Puncak Alam ni syurga cafe. Sebut je nak makan menu apa, western, menu satay, pulut , serba neka la.
Selain dari sekitar area Puncak Alam, Potload dan Eco Grandeur Lab ni laa pelbagai cafe, kiosk dan restoran makanan ,menjadi tumpuan ramai. Boleh di katakan kebanyakan cafe dan restoran dah kami singgah , makan dan review seikhlasnya.
Apapun, kak ana akan pastikan cafe yang di yakini menyajikan menu halal lah kan. Macam hat cafe Nana Kopi ni, di pintu masuk tertera dah logo halal, Jakim sebesar alam. Kami pun melangkah masuk untuk menikmati hidangan tengahari di sini.
Nana Kopi , Eco Grandeur
Kak ana tak ingat sebelum Nana Kopi, lot cafe ni restoran apa. Tapi ia bukan lah lot baru, dah lama ada cuma baru-baru ni di ambil alih oleh Nana Kopi. Ruang dalaman selesa, berhawa dingin dan di bahagikan kepada dua ruang makan.
Ada ruang untuk meja steamboat dan satu lagi untuk meja makan ala-carte menu lain selain steamboat lah. Ada juga di kaunter kak ana nampak kek, tapi tak beli pun sebab lapar nasi nak makan tengahari hari Sabtu, tu.
Yang menarik keterujaan kak ana masuk ke cafe ni ialah di pamerkan di luar menu makanan cina dan cafe ini bertaraf halal. Mesti nak cuba lah kan. Sebab payah nak dapat restoran masakan cina yang halal food.
Kalau sekadar muslim friendly, no pork semua tu, jangan lah makan. Banyak keraguan yang ada . Hati-hati naa.. tepuk dada tanya iman. Hat Nana Kopi ni memang jelas dipamerkan Halal di kedua pintu masuk cafe.
Jom kak ana kongsikan menu kami bertiga makan tengahari di Nana Kopi, Eco Grandeur. Tak ada lah makan menu chinesse food sangat penyudahnya. Kak ana cuba kari laksa ala nyonya depa. Sedap, kuahnya sangat sedap, cukup pekat, rasa kari ala nyonya yang lemak manis manja-manja sahaja.
Diberikan sambal merah untuk menambah kepedasan rasa. Ada isi ayam, fish ball dan sebiji telur rebus bersama tauhu goreng, fucuk goreng dan taugeh. Memang kena dengan selera kak ana dan isiannya banyak dalam mangkuk. Harga untuk menu Chicken Curry Laksa ni RM16.90 .
Adik pula pilih set menu nasi putih dengan hidangan Indian Chicken Butter. Pun sedap menu Indian Chicken Butter ni. Lebih kurang makan di Banana Bro. Pekat kuah butter curry dia dan ayam pula adalah boneless .
Disajikan dengan telur mata, ulam timun, salad dan tomato bersama keropok moni rangup. Set nasi ini berharga RM 18.90 .
Ini selera suami lah macam biasa tekak Melayu. Set nasi putih bersama ayam masak lemak cili padi. Sama seperti set chicken butter Adik, diberikan nasi putih, keropok bersama ulam-ulaman dan semangkuk ayam masak lemak cili padi. Harga juga sama RM18.90 .
Erm... masak lemak cili padi ni okay sahaja pada kak ana, biasa lah sama macam menu masak lemak biasa yang ada di gerai atau masak di rumah. Cukup lemak tapi kurang pedas.
Lain kali mungkin kami boleh try steamboat pula di Nana Kopi , In Syaa Allah. Best juga malam-malam makan steamboat kan. Kalau tengahari jarang la nak makan steamboat waktu panas meremang.
4 Comments
Oh, Nana Kopi tapi macam² menu ada, best ni Kak Ana.
ReplyDeleteWah macam menarik ada steamboat tu. yes selalu teringin nak mencari kedai Chinese yang ada Halal cert
ReplyDeleteHarapnya nanti balik kampung boleh lepak sini dengan anak-anak.
ReplyDeleteada byk pilihan tu menarik...mcm2 bole cuba
ReplyDelete