Kak ana memang suka dekor ruang rumah dan di luar rumah pula dengan tanaman pokok bunga di ruang depan pokok kebun tanaman di belakang rumah. Rumah biasa ajer , Cuma kalau dekor tu , kak ana akan buat sedikit demi sedikit, ikut kemampuan.

Nak reno seluruh rumah tu, belum ada rezeki yang mencukupi lagi. Style kak ana ubah sikit-sikit ruang demi ruang , ambil masa lah nak ubah tema dekorasi seluruhnya. 

Sebelum ni kak ana aplikasikan tema dekor moden kontemporari , tapi laa nih macam lebih kepada boho scandi trend masa kini. Tapi tu laa, dinding dengan lantai tak berubah, cuma perabot kak ana gantikan sofa lama dengan sofa elemen kayu. 

Kemudian hiasan dinding dari lukisan Bali pemberian anak buah suami, pelan-pelan kak ana gantikan dengan wall decor bertemakan rotan dan kayu seni anyaman ala-ala Boho. Gitu laa sikit-sikit kan. 


pasang flutted wall panel


Pasang flutted wall panel untuk ruang tv


Boleh di katakan perabot rumah kak ana ni mempunyai elemen kayu. Dan lama dah teringin nak menatarias ruang tv ni dengan memasang flutted wall panel . Hingga lah akhirnya suami kabul kan impian kak ana tercapai lah idea dekorasi ruang tv dengan flutted wall panel.

Kami mula-mulanya cadang nak beli di kedai fizikal terus sebab nak tengok sendiri macam mana saiz setiap panel. Risau beli online nanti tak cukup lah bagai kan. Kami ke kedai di Sungai Buloh dan sampai sana dapatlah gambaran berapa keping yang kami perlukan untuk ruang yang di kehendaki.

Nak bawa masuk mpv , tak muat sebab memang panjang saiz setiap satu panel lebih kurang 3 meter panjang. Pekedai cadangkan kami guna khidmat Lalamove. Kami pun kira-kira termasuk courier boleh tahan juga harganya.

Kemudian satff tu cadangkan kami beli terus dari Shopee , dia bagi link kedai tu dan kami pun balik dan buatlah pembelian di Shopee. Memang jauh lebih jimat. Harga di Shopee berbeza dengan harga kedai fizikal dan bayaran postage juga lebih murah. Alhamdulillah...



pasang flutted wall panel


Selang 5 hari kalau tak silap kak ana, kerana ada cuti umum masa tu, sampailah flutted wall panel yang kami pesan. Kak ana semak semula di history Shopee , kami beli 7 keping flutted panel bersaiz 168 (W) x 22 (H) x 2900 (L) dalam ukuran mm .

Setiap sekeping berharga RM49 , jumlah bayaran termasuk postage ( Gdex ) adalah RM380.28 pada waktu pembelian kami lah bulan Julai 2023 yang lalu. Suami juga beli gam silikon dengan pam dia di hardware, hat ni tak ingat harga .



pasang flutted wall panel


Senang ke pasang flutted wall panel ? Jawapannya secara teknikalnya nampak mudah, korang cuma kena buat ukuran , potong dengan gergaji besi , pam kan gam silikon di belakang panel dan lekatkan kan sahaja di ruang dinding yang di kehendaki.

Tetapi detailing nya tak semudah itu. Ukuran perlu tepat kalau tak , tak kemas pemasangan akan nampak ruang antara panel. Dinding pun bukan total tepat kecondongannya, jadi kena pasang elok-elok ikut aras atas dan bawah supaya kemas.

Nak pam gam pun kena secara zip zap supaya kuat letak pada dinding yang rata. Adik Ika dan suami berpeluh juga lah nak siapkan pasang 7 keping flutted wall panel ni ambil masa jugalah. Kami pun pasang dengan tutorial dari youtube. 



pasang flutted wall panel


Kak ana memang tak nak penuh kan dinding belakang ruang tv dengan flutted wall panel supaya ada kontras pada padanan warna dengan meja tv dan latar belakangnya. 

Dari penelitian di pinterest dan IG dekor pun kebanyakkannya tidak memasang penuh seluruh dinding untuk memberikan tona surface yang esthetic pada ruang, cewahhh !!



pasang flutted wall panel


Waktu mula pindah dahulu, kami mengecat ruang dinding ni dengan warna coklat gelap sebagai feature wall , kemudian kami pasang wall paper sahaja corak urat kayu warna dark grey dan selepas buka wallpaper dan pasang flutted panel, kami gantikan bahagian tanpa panel ni dengan memasang semula wallpaper warna yang agak contra.


flutted wall panel dan wall paper


Wallpaper ni kak ana beli di Kaison bukan jenis sticker tetapi kena gam kan nya. Masih memilih corak urat kayu kali ni warna kuning air cair sahaja sepadan dengan cat seluruh rumah kak ana nih. 

Mencabar juga nak pasang wallpaper hat kena gam ni kerana bila dah siap pasang, nampak kesan gam yang belum kering atau tebal tu pada pandangan hadapan. Nampak macam tompokan pula. Dua kali jua suami buka dan pasang semula. Mujurlah tak besar mana ruang nya.


cara pasang flutted wall panel


Alhamdulillah siap juga dekorasi ruang tv di rumah kecil kak ana dengan memilih konsep flutted wall panel. Buh la sepasu tembikar bunga kecil warna soft pink dari Kaison di selang seli dengan dried flower juga dari Kaison.

Runner depan tv dengan motif Boho tu kak ana beli di Romantika dan table mat alas pasu tembikar tu beli di Kaison juga kalau tak silap, lupa dah sebab rumah kak ana memang banyak table mat sama ada dari Ikea, Kaison atau Uju Home. 

Gitu lah kisah dekor rumah kak ana nih. Minat pada mendekorasi ruang ni sejak dari remaja lagi. Walaupun masa tu duk rumah arwah tok di kampung, rumah papan tapi tetap suka mendeko. Siap letak frame gambar, potong bunga arwah mak di laman buh dalam pasu dan sebagainya untuk hias ruang rumah papan tok.

Sampai ke hari ini, kak ana suka sangat ubah-ubah kedudukan perabot dalam rumah agar memberi pandangan baru berubah. Ye lah tak kan nak tukar perabot selalu kan, jadi kita alih-alih je nampak lain sikit huhu :) Semoga entri ini ada manfaatnya, In Syaa Allah... 


5 Comments

  1. Cantik!
    Baguslah Kak Ana suami isteri mampu pasang sendiri. Sy ni jenis kurang minat jadi rasa berat dan susah je wpun org kata senang :D

    ReplyDelete
  2. Ammi pun suka kalau deko yg melibatkan kayu2 ni. Ada aura anak tukang kayu mungkin. Tp seni tu tak ada kat ammi. Dlaam otak mcm2 nak buat tapi nak realisasikan tu selalu gagal

    ReplyDelete
  3. Saya jadi terpikir nak pakai flutted wall panel ini kak 👍👍. Memang lah kalo nak renov total, butuh biaya tak sedikit. Kalo mau, baiknya satu2 ruangan kan.sesuai budget.

    Baguuus sangat jadinya. Kakak pun pada dasarnya memang hobi mendekor rumah, jadi cantik dan looks cozy. Saya dan suami rasanya tak beranj pasang sendiri wallpaper atau wall panel tu. Tangan kami kaku untuk urusan macam ni 🤣

    ReplyDelete