Sebelum ni pernah kak ana terbitkan entri beratur panjang nak makan shawarma Damascus dan Friend Fries viral Bukit Bintang di SINI . Agak panjang juga Adik Ika dan Haris anak buah kak ana beratur untuk menikmati dua menu viral Bukit Bintang nih.

Baru-baru ni, kak ana ke Sogo dengan Adik Ika dan suami, saja la jalan-jalan hujung minggu. Suami bagitau kak ana kat area berdekatan Sogo ni pun dah ada kiosk Friend Fries viral Bukit Bintang tu buka outlet.


Friend Fies viral di depan SOGO


Friend Fries viral Bukit Bintang, kini ada berhampiran SOGO 


Lepas nyoping SOGO, kami jalan kaki seberang jalan berhadapan Pertama Complex dan betul ada sebuah kiosk Friend Fries pak Arab kat situ. Dan waktu tu tak ada pun orang beratur untuk membelinya. Tak tahu lah sama ada orang belum tahu atau waktu tu siang dan tak ramai yang singgah nak makan fries situ.


Friend Fries viral Bukit Bintang berhampiran SOGO


Adik dan ayahnya pun order la satu set Friend Fries dengan dua pilihan sos. Harga dalam belas ringgit macam tu, tak berapa ingat kak ana. Fries depa ni viral mungkin sebab botol sos yang duk gantung pusing-pusing kat atas tu, kut..

Tapi fries depa ni sedap sebab kentang tu depa goreng panas-panas dan ada salutan gravy pada kentang. Dan depa ni tak kedekut sos, ada dua lapisan sos ikut pilihan jenis yang kita nak dalam gelung kertas fries tu.

Isi fries pun banyak , memang kenyang untuk yang tak kuat makan macam kak ana nih. Kentang dia hiris style wedges tu. Besar-besar juga lah. Boleh la sekali sekala nak buat ghaso-ghaso kata orang laa nih.

Jadi kalau ampa mengidam nak makan Friend Fries viral pak Arab kat Bukit Bintang, tapi malas nak queue panjang, boleh je ke kiosk depa satu lagi di seberang jalan hadapan Kompleks Pertama , KL ni sahaja. Sama jer... 


5 Comments

  1. Mungkin orang tidak tahu. Hehe mungkin baca mereka pos ini mereka pergi serbu ke sana.
    Saya tidak tahupun kentang goreng ini viral.

    ReplyDelete
  2. Pak Arab tak kedekit sos ye AJ.

    ReplyDelete
  3. harus di cuba ini hahaha .. sedap nampak ff dia :D

    ReplyDelete
  4. lama tk ke area sogo..oh ada juga yg fries viral ni area sini ye...nanti bole cuba

    ReplyDelete