Macam-macam orang panggil sayur nii kan, ada panggil sawi cina, sawi pendek, pak choy dan sebagainya. Kak ana panggil sayur fat choy jer, entah lerr betul ke tidak nama sayur tuu pun. Tapi kak ana pasti korang kenal lah kan sayur ni. 

Selalu sayur ni di gunapakai dalam masakan kaum cina khasnya. Memang sedap dari makan daun sawi, pada kak ana lah. Ada manis-manis sikit rasa pada bahagian batang yang gemoks tuu. Kak ana suka.

Paling kerap di jadikan masakan goreng tumis bersama sos tiram, hat ni paling femes laa. Ada yang suka masak celur dahulu kemudian tuang tumisan sos tiram di atasnya, dan kalau resepi dan cara kak ana suka tumis sekali sayur dengan sos tiram.


Resepi dan cara masak sayur fat choy bersos tiram

Kak ana juga suka potong kecil-kecil sayur fat choy ni, sebab ada orang depa masak sehelai-sehelai terus . Ikutlah kan citarasa masing-masing, selera kita ni makhluk Allah swt , semua berbeza-beza. Raikan sahaja perbezaan selagi tidak salah di sisi syarak dan hukumNya, ye dak. 

Okaylah tak banyak nak bebel, nak kongsikan dengan korang resepi dan cara kak ana masakkan sayur fat choy bersos tiram, mudah bebeno kata orang Perak. 

Resepi dan cara masak sayur fat choy bersos tiram 


Bahan-bahan :

3 pokok sayur fat choy 
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
segengam kecil ikan bilis
sos tiram 
air
minyak 
garam secukup rasa

Cara masak sayur fat choy bersos tiram


1. Sayur fat choy bersihkan, relaikan sehelai sehelai dan potong kceil ikut suka masing-masing

2. Tumbuk kasar bawang putih, bawang besar, cili merah dan ikan bilis.

3. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing.

4. Masukkan bahagian batang fat choy terlebih dahulu, gaul sebati dengan tumisan.

5. Masukkan sedikit air untuk lembutkan batang dan tidak garing sangat tumisan, nanti sayur kering tak sedap.

6. Masukkan daun fat choy dan tuangkan sos tiram secukupnya.

7. Rasa terlebih dahulu, kalau dah cukup masin tak perlu buh garam dah.

8. Sayur ni masak sekejap sahaja dan tak perlu sayur layu. Matikan api dan sedia untuk hidangan panas-panas bersama nasi. Cubaa naaa... 

4 Comments

  1. nieyl pun suka sayur ni, nieyl suka celur sayur tu dlu biasanya...nanti buat kuah dia, curah je atas sayur tu pun sedap juga kak

    ReplyDelete
  2. Nampak lebih cantik bila biar sehelai-sehelai, tapi saya suka potong kecik sikit supaya mudah dimakan.

    ReplyDelete