Ini namanya lauk penyelamat. Kadang-kadang malas nak keluar cari ikan atau ayam, ada bekalan telur dalam peti sejuk dah cukup untuk di jadikan menu sajian makan sekeluarga. Tapi tuu laa, laa niih, telur pun kadang-kadang kehabisan stok di pasaran.
Sebagai penyelamat musim-musim sering terjadinya terputus bekalan makanan bahan mentah ni, kalau jumpa je kak ana akan terus beli. Macam telur ni nak beli banyak pun bukan boleh tahan lama nak simpan. Beli sekadar keperluan sahaja lah, bila ada kita guna untuk tidak membazir atau rosak.
Kalau ada telur di rumah, pelbagai menu dapat kita sediakan sebagai hidangan. Dari sarapan hingga lah ke makan malam, telur ni sebagai lauk penyelamat. Antara yang sering jadi kegemaran penghuni rumah kak ana ni, sambal telur rebus.
Resepi sambal telur rebus
Sedap buat tambah-tambah lauk kan. Mudah nak di sediakan. Kak ana tak suka sambal telur ni terlalu pedas dan dalam resepi sambal telur, kak ana suka masukkan sos tomato sedikit. Jom kak ana share kan dengan korang resepi dan cara masak sambal telur rebus versi kak anajingga.
Bahan-bahan sambal telur rebus
Telur - ikut lah berapa banyak korang nak rebus dan kupas kulit, belah dua.
Cili pes atau cili giling - resepi kak ana tak ada sukatan, ikut je kuantiti yang korang suka naa..
Bawang besar - separuh blend, separuh hiris bulat
Bawang putih - blend
Sos cili
Sos tomato
Garam secukup rasa
Air sedikit
Cara masak sambal telur rebus
1. Telur yang di rebus, kupas dan belah dua supaya rasa sambal meresap dalam telur kuning, baru sedap.
2. Tumiskan bawang hiris dan bahan blend ( bawang merah dan bawang putih ).
3. Masukkan cili giling , cili sos dan tomato sos, ikut kepedasan masing-masing.
4. Tambahkan sedikit air supaya bahan tumisan tak terlalu pekat dan kering dalam kuali.
5. Kacau sebati dan rasakan dengan garam secukupnya. Matikan api bila dan cukup masak.
6. Tuangkan sambal sos ke atas telur rebus dan sedia dah untuk hidangan sekeluarga.
Selamat mencuba naa..
4 Comments
sebelum ni nieyl pun suka makan telur, lagi2 kalau nak diet..
ReplyDeletetapi sejak alergik telur ni, curi2 makan tapi standby ubat siap2..kalau tak, menggaru, gatal2...
ngap-ngap makan gitu pun sedap kak, lagi la kuning dia tu cair
ReplyDeletebetul2 k.ana..ni lauk penyelamat..x de bahan lain dalam peti ais, masak sambal telur ni pun dah cukup...
ReplyDeleteKalau bab sambal- sambal ni fav suami SA ni kak ana
ReplyDelete