Rumah kak ana nii, jarang ada stok mee segera . Sebagai suri rumah sepenuh masa, kak ana lebih suka menyajikan masakan sendiri untuk keluarga kecil kami. Ini antara kaedah untuk kak ana sebagai isteri dan ibu untuk mencari pahala sebagai bekalan akhirat, aamiin..

Tapi sekali sekala tu, teringin juga nak makan mee segera. Tak salah pun kan tukar-tukar selera dan di kala kemalasan melanda jiwa raga, mee segera juga lah penyelesaiannya buat lapik perut ,kata arwah mak kak ana.


Pan Mee Goreng Pedas Vits


Yang terbaharu lah ,kak ana mencuba mee segera jenama Vit's  . Jenama ni alhamdulillah di perakui Halal oleh Jakim, korang boleh tengok sendiri dibungkusannya. 

Variasi baharu dari Vit's kali ini ialah Pan Mee Goreng Pedas, perisa ayam penyet. Erm.. sedap ke pan mee goreng pedas berperisa ayam penyet dari Vit's ni ? 

Vit's Pan Mee Goreng Pedas - Perisa Ayam Penyet 




Vit's Pan Mee Goreng Pedas - Perisa Ayam Penyet


Hari Sabtu lepas, kak ana masak lah nak buat sarapan. Macam biasa lah masak mee segera ni , rebus dahulu dalam air panas hingga lembut dalam 3 minit gitu. Toskan pan mee, tuangkan pes sambal dan perasanya , gaul rata dan taburkan bawang goreng yang turut di berikan dalam pek .

Kak ana makan dengan telur mata. Pan mee memang sedap di makan dengan telur mata,lagi sedap kalau ia separuh masak. Hat ni pan mee naa, mee saiz gemuks. 

Sedap tak ? Alhamdulillah sedap dan kena pada selera kak ana.Secukup rasa, di gaul basah dan tak lah pedas terlampau. Just nice sahaja. Perisa ayam penyet tu kak ana rasa pada gaulan pes sambal tu sahaja lah. 

Boleh laa buat ghaso-ghaso , kalau nak ada aura ayam penyet korang kena makan dengan ayam goreng laa kan. Gorengkan sekali tauhu atau tempe lagi lah menepati citarasa perisa ayam penyet. Kalau korang teringin nak try, boleh lah pii beli di pasaraya, kedai berhampiran atau pun di mana-mana platform online pun ada. 


2 Comments

  1. PANMEE AYAM PENYET SEDAP NAMPAKNYA

    ReplyDelete
  2. Sedap pan mee ni kalau orang suka makan pedas mesti suka hihihi

    ReplyDelete