Kak ana dapat tahu mengenai hotel Mandurah ni dari Tiktok. Memang sekarang kalau nak tengok review visual hotel kak ana suka di tiktok sebab ia review jelas dan jujur dari pengunjung yang dah pernah menginap di sana.

Lepas tu Adik Ika booking di Agoda dan terus buat bayaran untuk hari Ahad 15hb Oktober 2023. Dari entri-entri kak ana yang sebelum ini, ini merupakan perhentian kami bermalam selepas makan tengahari di patin tempoyak di Go'Bang Maju, Temerloh


Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Singgah jalan-jalan Menara 188 , bandar Kuantan dan kemudian menikmati minum petang di Kula Cakes Cafe, Kuantan , sampai lah dengan bantuan waze ke Mandurah Hotel, Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur.


Mandurah Hotel , Kuantan 


Mandurah Hotel , Kuantan


Hotel ni tak besar mana tapi sangat menarik dah pada kak ana kerana lokasinya di tepi pantai Beserah. Memang kalau kak ana nak staycation, suka cari hotel yang ada acces terus ke pantai kalau ke kawasan dekat laut lah kan. 

Walaupun bandar Kuantan ada banyak juga hotel tapi kak ana tak berapa gemar bermalam di tengah bandar kecuali dah tak ada pilihan. Nak bercuti tepi pantai kena lah cari hotel yang ada view dan access ke pantai atau private beach.

Alhamdulillah pilihan kali ini juga sangat menarik dan cantik sangat percaturan Allah swt buat kami bertiga. Kami ambil triple room dengan satu katil queen dan satu single bed. Jimat dah dari ambil 2 bilik sebab Adik sorang sahaja kali ni bersama ibu dan ayah. 


Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Sampai kami check in di tingkat 7 kalau tak silap kak ana dan bilik okay sahaja, standard bilik hotel biasa dengan amenities seperti lazim mana-mana hotel. Tak ada masalah dengan bilik dan dari tingkap boleh nampak pemandangan laut petang tu. Cuma hujan lebat dan kami tak sempat pun turun ke pantai namun nampak ombak besar dari tingkap bilik. 



Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Hanya keesokan pagi selepas sarapan di cafe hotel kami baru dapat turun ke pantai. Hotel Mandurah ni sekali sarapan pagi untuk 3 orang kerana bilik kami triple room kan. Menu sarapan pun standard menu sarapan wajib di kebanyakan hotel dan berbaloi pada harga bilik yang kami bayar untuk weekdays rate waktu tu. 



Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Pantai private ini terletak di bahagian belakang hotel dan memang acces terus dari hotel. Pantai yang bersih dan tenang waktu tu, tak ada ramai pengunjung dan di sediakan tempat lepak tepi pantai dengan kerusi yang banyak dan  berbumbung.


Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Sebenarnya ada sebuah cafe waktu malam di sini dan ada juga sebuah event hall canopy di tepi pantai yang sesuai untuk majlis perkahwinan atau majlis-majlis keraian. 

Pagi tu cuaca mendamaikan dan kak ana sekeluarga di berikanNya kesempatan menjejak kaki bermain ombak dan air laut. Lebih menarik di sebelah hotel ada sebuah bangsal kuda milik Ikhwan kalau tak silap kak ana dan pagi tu beberapa anak muda Ikhwan menunggang kuda di sepanjang pantai.

Masyaa Allah.. menunggang kuda itu sunnah dan melihat laut juga mendapat pahala . Indah sungguh panorama pagi tu yang kami nikmati bersama desiran ombak laut menghempas pantai seolah berzikir memuji kebesaranNya.



Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Lepas sarapan, kami bersiap dan check out dalam jam 11 pagi untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pula. Ringkas sahaja yang dapat kak ana review mengenai Hotel Mandurah ini tapi andai kata korang nak bercuti atau ada urusan kerja di Kuantan, boleh lah stay sini kerana hotel ni sangat okay pada kak ana. 

Ruang parkir pun banyak di hadapan bangunan hotel sahaja dan gerai makan juga banyak di tepi-tepi jalan serta di seberang jalan pun ada kedai serbaneka 24 jam. 


Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Namun tanpa di rancang, balik dari Kuala Terengganu hari Rabu tu 18hb Oktober 2023, kami stay semula di sini kerana Adik ada problem dengan Agoda untuk booking hotel di Cherating jika mengikut plan awal. 

Suami dah kepenatan sangat dan Adik pun tak berapa sihat kami terus kembali semula ke Mandurah Hotel untuk bermalam tetapi kali ni secara walk in. Harga bilik agak mahal dari booking di online tapi tak apa lah , suami dah tak larat nak teruskan pemanduan. 


Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Malam tu pun kami dah tak keluar dan hanya pesan makanan menggunakan Food Panda dari kedai Kopi Mesin yang tak jauh dari hotel Mandurah ni. Berbaloi sungguh harga menu masih murah dan hidangan sedap dan banyak untuk kami makan malam. 



Hotel tepi pantai Baserah - Mandurah Hotel , Kuantan


Sekali lagi kami sarapan pagi di M Cafe, Hotel Mandurah dan turun ke pantai di pagi keesokkannya. Lepak sekejap dan kami check out untuk perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. 

Adik masih tak sihat , namun syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan selamat. Percutian kami di Pantai Timur kali ini, Kuantan - Kuala Terengganu - Kuantan pada 15-18 Oktober 2023 mencoret memori indah. Alhamdulillah... 


5 Comments

  1. Best menginap hotel di tepi pantai

    ReplyDelete
  2. Nampak macam hotel baru. Sudah lama saya tak ke Kuantan. Cantik pemandangan tepi pantai tu.

    ReplyDelete
  3. Sy pernah stay Mandurah ni. Masa tu hotel ni baru buka, merasa la dapat duduk hotel baru buka :D pantai dia best Kak Ana 👍
    Pernah juga makan di Kopi Mesin tu...

    ReplyDelete
  4. menarik. kalau ke sana nanti LM nak try la

    ReplyDelete
  5. Kalo menginap daerah pantai, memang sebaiknya pilih yg dekat pantai dan punya akses langsung kan 😄👍. Jadi tak susah kalo nak menikmati pantai. Lebih bagus lagi kalo private beach. Tak ramai dengan Orang2 luar. Saya selalu suka pantai yg masih sepi kak. Tak bising, tak kotor.

    ReplyDelete