Bila sebut sahaja plan nak bercuti ke Kuantan dalam perjalanan nak ke Kuala Terengganu, dalam kepala kak ana dah list up dah nak ke dessert cafe viral di sana, tak lain tak bukan Kula Cakes. Bukan sekadar teringin nak rasa sendiri signature cake depa Mango Cheesecake tu, tetapi nak menikmati sendiri vibe esthetic di cafe Kula Cakes, Kuantan .

Cantik dah perjalanan kami hari tu. singgah makan tengahari patin tempoyan Temerloh di Go'Bang Maju Tol, Temerloh , kemudian sampai ke bandar Kuantan singgah jalan-jalan di Menara 188 , Kuantan menikmati aiskrim Berlemok .


Kula Cakes Kuantan


Dari sana, kami waze pula ke cafe viral di Kuantan, mana lagi Kula Cakes laa. Rupanya tak jauh mana, depan Menara 188 tu jer dan boleh jer nak jalan kaki tadi. Itu lah dia kan, tempat orang mana kita tahu. Kami pun dah dalam kereta pusing juga se round bandar Kuantan nak sampai ke cafe ni mengikut jalan arahan waze.

Kula Cakes , Kuantan 


Terletak di deretan kedai lama di jalan utama bandar Kuantan ni. Kami parkir agak jauh juga lah kerana nak dapat ruang parkir tapi seronok jalan kaki di bawah deretan kedai dan serius korang kat sini banyak sungguh cafe retro dan esthetic ada di kiri kanan jalan. 


Kula Cakes Kuantan


Menarik sungguh. Kalau lah bukan target nak ke Kula Cakes, mau singgah ke salah satu cafe yang ada kat sini masa tu. Sangat esthetic interior nya dan menawarkan pilihan kopi . Apapun kami terus juga sampai ke hadapan Kula Cakes, cafe.


Kula Cakes cafe Kuantan


Sampai sahaja depan pintu tu ada beberapa orang sedang beratur dan kak ana tanya pada staff yang sedang bertugas tu queue mula dari mana, dia arahkan dari arah belakang tepi cafe. Tak ramai masa kami sampai adalah dalam 5 orang di hadapan kami dan 2 pelanggan di dalam kaunter.


Kula Cakes Kuantan

Rupanya queue ni hanya untuk yang membeli kek sama ada untuk take away atau dine in. Kalau korang mai ramai, seorang dua boleh lah queueing dan hat lain boleh terus masuk ke area dine di sebelah luar cafe. Kak ana dan Adik beratur tak lama pun dan terus masuk untuk memilih menu. Suami kat taman cafe dapatkan tempat duduk. 


Kula Cakes Kuantan


Kak ana share kan beberapa sudut di ruang makan terbuka di sebelah kaunter cafe Kula Cakes, Kuantan ni. Sebenarnya di bahagian dalam hanya lah kaunter untuk memesan menu dan dapur pembuatan sahaja dan tidak ada ruang makan di dalamnya.

Pelanggan yang dine in akan lepak santai di ruang sebelah terbuka penuh dengan hijauan pokok yang memberikan sentuhan esthetic pada ruang. Sangat menarik dan padanlah antara cafe viral di Malaysia ni sejak awal lagi.

Ruang yang amat instgramable untuk bergambar dan wajib singgah bagi cafe hunter yang sering cafe hunting di seluruh negara. Alhamdulillah.. kak ana sendiri penggemar cafe hunt di rezeki kanNya sampai ke Kula Cakes. 



Kula Cakes Kuantan


Kak ana dan Adik pun order lah di kaunter 3 jenis dessert iaitu pavlova, signature cakes depa mango cheesecake dan cream brulee serta minuman. Total bayaran petang tu cuma RM50.90 . Kak ana dah highlight di story IG jalan-jalan kali ni berapa semua kos dan makanan, senang nak buat rujukan hehe :) 


Kula Cakes Kuantan


 Ini pavlova Kula Cakes dan potongan dia agak besar . Berbaloi pada harga dan sesedap rasa. Tak ada apa yang over rate pada kak ana, just nice untuk rasa sepotong pavlova. Meringue dan cream just nice dan ada buah strawberri dan blue berry sebagai topping. Harga sepotong RM14.50 kalau tak silap . 



mango cheesecake Kula Cakes Kuantan


Tadaa!! Ini lah dia signature cakes di Kula Cakes, Kuantan ni. Mango Cheesecake. Satu slice cuma RM11.50 kalau tak silap kak ana dapat harga ni semula dari carian internet cuma tak pasti adakah harga lama atau terkini. 

Sedap secukup rasa cheesecake dengan liputan sos mangga yang tak terlalu manis. Sesedap rasa dan boleh di nikmati tanpa rasa muak cheese berlebihan. Just nice pada kak ana lah. 



cream brulee Kula Cakes Kuantan


Dan menu ketiga yang kami makan di Kula Cakes, Kuantan ni adalah cream brulee. Satu bekas berhara RM9.90 sahaja. Untuk rasa cream brulee ni agak kemelayuan sikit pada kak ana. Kak ana lebih suka pada cream brulee Ikea untuk cream custard base nya. 

Tetapi tidak mengecewakan, masih sedap untuk di nikmati dan lapisan caramel yang rangup di atas sebagai topping pahit-pahit manis cukup sedap . Berbaloi untuk di cuba. 

Apapun kak ana sangat suka pada ambience dine in di cafe ni, sangat cantik dan esthetic untuk penggemar cafe hunting di Malaysia. Kehijauan pokok yang merayap dan gaya rustic di padankan pada ruang terbukanya. 

Kula Cakes by Lila Wadi adalah muslim owned dan Alhamdulillah Halal cafe untuk kita semua. Semoga Kula Cakes Kuantan akan terus sukses dan kak ana nak kredit juga pada staff yang bertugas waktu tu cukup mesra dan baik melayan pelanggan. 






6 Comments

  1. Glamer kula cakes ni.. selalu baca dari blogger... teringin nak rasa signature cake diorang

    ReplyDelete
  2. mmg pi kuantan wajib singgah sini...fav mango cheese cake dia...pernah masa pkp tkleh rentas negeri kebetulan masa tu ada official distributor kt kl...so dpt la mkn..trus order yg sebiji..puas makan

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cakes.. :)

    ReplyDelete
  4. Saya biasanya tak terlalu suka dessert. Tapi dessert di atas memang tampak sedaaaap kak 😍😍😍. Apalagi yg manggo cheesecake 🤤🤤. Terbayang segarnya mangga dengan gurihnya cream cheese 😍👍

    ReplyDelete
  5. Sedap pula nengok pavlova tu.

    ReplyDelete