Selalunya bila sambutan hari jadi, kita suka nak hadiahkan insan tersayang dengan kek dan paling best kalau di berikan secara surprise!!.. Laa nih memang ada jer yang menjalankan surprise gift delivery, mudah laa kan nak buat kejutan. 

Kali ni kak ana nak share dengan korang, kejutan yang lebih istimewa di mana datang dalam kotak yang cantik dan memang betul-betul buat yang di raikan mendapat kejutan yang indah bila membuka kotak hadiah ni. 


Surprise gift cake


Ini kiranya dua dalam satu lah, selain dari dapat hadiah sebiji kek yang comel, boleh juga jadikan surprise buat yang tersayang. Bagus sangat idea dari Cake Rush ni. Dan pasti akan di jadikan kenangan seumur hidup. 


Cake Rush Explosion Gift Box


Cake Rush Explosion Gift Box


Kak ana pasti kadang-kadang kita ni nak buat kejutan untuk hadiah kan hari lahir mereka yang tersayang ni, pening juga kepala kan. Agak skema lah setakad nak hantar bouquet delivery ni, tak kan tiap tahun idea yang sama sahaja. Dah tak surprise pula nanti.

Apa kata kali ni buat kelainan sikit dengan menggunakan penghantaran sebuah kotak hadiah atau gift box yang korang boleh letakkan kek atau coklat tetapi bila di buka memang sangat surprise ! Mau tak surprise bila di buka sahaja kotak ni, akan berterbangan rama-rama keluar ... Wah!!! 


Cake Rush Explosion Gift Box


Kak ana sendiri waktu nak buka gift box ni berdebar tau dan bila di buka sahaja penutup dengan menarik tombol tu, fuhh!!! Berterbangan sang rama-rama dari dalam nya. Tanjat kami !! Dan ia sangat unik dan menarik. 



Cake Rush Explosion Gift Box


Dan di dalam nya ada sebiji kek yang comel yang tentunya boleh di makan dan sedap. Kak ana pilih kek chocolate fudge untuk surprised kan birthday suami . Tunggu dia sampai rumah malam tu, agak lewat tapi sempat lah buat surprise untuknya. 

Berkali kali dia isi semula dan buka kotak gift box tu main dengan letupan sang rama-rama di dalamnya. Memang serius best walaupun untuk orang dewasa, apatah lagi jika kita surprised kan anak-anak lagi depa suka .


Cake Rush Explosion Gift Box


Ada pelbagai pilihan kek atau pun coklat untuk korang pilih dan isikan di dalam explosion gift box ni. Antaranya adalah  Rainbow Cake , Chocolate Fudge , Pandan Gula MelakaWalnut Carrot ataupun  Ferrero (Nationwide/ Seluruh negara ), 

Bukan itu sahaja, korang juga boleh customized kan pilihan kejutan di dalam gift box seperti :

~ 4x extra rama-rama untuk display yang lebih dramatik 
~ Meletakkan gambar yang customized untuk lebih setuhan peribadi
~ Menambahkan extra bunga-bunga di dalam nya 
~ Menambahkan extra gula-gula dan sebagainya 

Semua ni korang boleh dapatkannya secara dalam talian untuk buat tempahan dan penghantaran. 


Cake Rush Explosion Gift Box


Menarik kan, jadi kalau korang pun nak dapatkan explosion gift box ni untuk kejutan hari istimewa yang tersayang boleh lah layari sahaja ke  : 


atau singgah ke laman sosial media Cake Rush My di Instagram atau pun Cake Rush Official Tiktok . 




7 Comments