Korang suka makan satay tak ? Mesti ramai penggemar satay sini kan. Kak ana pun antara penggemar satay juga dengan suami dan anak-anak. Kalau korang pengikut setia blog kak ana , mesti perasan macam-macam kedai satay kak ana dah cuba dan review.
Tapi kan.. kali ni paling unik laa yang pernah kak ana sekeluarga pii cuba baru-baru nih. Mana tak nya , ini kali pertama kak ana makan 15 jenis satay dalam satu masa. Dah macam buffet satay lak. Bukan takad tu jer, selain ada pilihan 15 jenis satay, ada pula pilihan 6 jenis sos pencicah atau orang kita kata kuah satay..
Satay Tenong, Wangsa Maju , KL
Nii laa nak share dengan ampa semua, memang unik dan seronok nak makan satay di Satay Tenong, Wangsa Maju , KL . Konsep dia sangat berbeza dari mana-mana kedai satay yang pernah kak ana makan sebelum nih.
Sempat lah borak dengan owner, Muslim owner naa.. Alhamdulillah orang kita. Tahniah.. kak ana suka sangat bila berbual dengan anak muda yang mahu kan kelainan dalam perniagaan khasnya makanan . Kak ana suka food hunt jadi bila ada jer cafe atau restoran yang ada kelainan kak ana dan suami suka mencuba.
Kata pemilik Satay Tenong, Wangsa Maju , KL nih, ia mengetengahkan konsep satay DIY pertama di Malaysia. Kak ana ingat kan satay DIY ni kena cucuk sendiri ke pulak kan. Eh! Idak ler rupe itu, kome. DIY ni konsep dia santai dan happy-happy je makan satay bersama kawan atau famili.
Bila korang masuk je ke ruang dalam kedai, depan kaunter cik penyambut tetamu yang manis tu, ada di letakkan 15 pilihan satay untuk korang pilih dan buh dalam dulang. Setiap satu set jenis satay ni ada 3 cucuk, jadinya 3 cucuk untuk set harga yang dipamerkan. Jangan buat-buat terkejut pula naa..
12 jenis satay adalah berasaskan daging, ayam dan kambing dengan pelbagai jenis perapan termasuk lah satay tradisional. Antara yang sempat kak ana rakam kan adalah satay daging & satay ayam klasik , satay kambing klasik, satay tender klasik , satay ayam dan daging dabu-dabu, satay kambing dabu-dabu dan satay tender dabu dabu ,ada juga perapan bblackpepper untuk ayam, daging, kambing dan tender.
Tak cukup dengan itu, korang juga boleh makan satay seefood atau kak ana lebih suka kata grill laa kan, 3 jenis makanan laut yang ada petang tu , satay kerang, satay udang dan satay kaki sotong. Kan unik tu.. korang pernah jumpa tak menu satay sebegini kat mana-mana ? Kalau ada komen naa ...
Menambahkan lagi keunikannya, Satay Tenong, Wangsa Maju ni juga menyajikan 6 jenis sos atau kuah cicah untuk di makan dengan pilihan satay yang korang nak. Punya laa teruja, kak ana ambil enam-enam sos sekali petang tu nak try rasa.
Pilihan sos ni dengan citarasa antarabangsa pula tu, yang tertera kat situ adalah sos kacang, sos lejen ni adalah sambal kacang laa kan kuah satay tradisional. Ada 4 lagi sos resepi dari pelbagai negara iaitu peppercorn sauce dan creamy smoked sauce , yang lebih pada citarasa western serta chabura sauce citarasa Thai dan Bang Bang sauce pula citarasa Indonesia.
Satay DIY bakar sendiri di Satay Tenong, Wangsa Maju, KL
Berbalik pada satay DIY yang kak ana maksudkan di Satay Tenong, Wangsa Maju, KL ni. Kekdahnya, korang masuk kedai, korang ambil tray, pilih satay mana yang nak korang makan. Lepas tu, pilih pula sos mana nak korang cicahkan dan bawa ke kaunter untuk bayaran, ler...
Jangan lupa ambil juga side dish geng satay tu ikut lah banyak mana pun kan, ada bawang, timun, hirisan limau dan tomato ceri. Sampai kaunter pilih lah air pula, tercekik nanti kalau tak ambil air. Ada 4 pilihan air petang tu dan juga aneka minuman ala carte pun boleh order di kaunter.
Selepas buat bayaran semua, bawalah dulang korang ke tempat duduk. Korang boleh pilih sama ada nak bakar sendiri atau pun kalau malas staff depa akan bakar kan untuk ampa. Kak ana macam excited nak bakar sendiri petang tu.
Kak ana bawa ke tempat bakar satay, ada dua kaunter bakar satay di Satay Tenong , jadi tak lah nak tunggu lama sangat nak nyum nyum satay. Kak ana susun lah semua atas pembakar. Tapii kaannn.. ada je adik handsome sebelah tu tolong kak ana bakar.
Sesaja je nyibuk situ, bukan pandai pun nak bakar satay, takad balik-balik kan tu terre ler.. Kejap je siap masak dah 15 jenis satay yang kak ana try makan petang tu. Dan setiap satu set ada 3 cucuk satay, naa.. Best korang bakar-bakar satay, pas tu makan panas-panas.
Dah siap pun , inilah masa yang di nantikan selepas penat bakar satay pilih satay rambang mata dan pilih sos, Bismillah... Jom makan satay .
Pada selera kak ana, kesemua satay ni ada kelainan rasa, kak ana lebih suka satay ayam dabu-dabu tu kerana perapan dia lain dari perapan satay tradisional yang kita makan selalu. Suami kak ana suka satay blackpper, ada ala-ala western katanya, cicah pula dengan dipping sauce creamy smoked tu, baru lah kena.
Satay seafood ni pada kak ana lebih kepada udang, sotong dan kerang panggang lah kan. Sedap sangat lah pada Adik Ika penggemar seafood. Dia jer habiskan kesemua , kempunan kak ana nak makan satay kerang tu huhu. Pilihan sos yang sesuai pada Adik Ika ialah sos ala Thai , Chabura Souce yang pedas manis.
Dapatlah kak ana rumuskan, kak ana suka pada kelainan konsep di Satay Tenong dengan membawakan satay DIY yang menarik untuk di cuba sendiri di samping terdapat pilihan 15 jenis satay dan 6 pilihan sos untuk kita nikmati bersama.
Di Satay Tenong korang boleh nikmati :
✅ 15 Jenis Satay Pelbagai rasa
✅ Satay Masak Sendiri & Siap dimasak
✅ Boleh cuba nak masak well done, half cook, hangus pun boleyy 😂😂
✅ Harga Bermula RM 1.30 untuk Satay ayam
✅ Boleh makan & bungkus
✅ Menu untuk kanak2 juga disediakan
Korang yang berminat nak cuba sendiri Satay DIY di Satay Tenong, waze sahaja Satay Tenong yang beralamat di
Satay Tenong @ Kitchen saver
No 53, Jalan wangsa Delima 5,
Seksyen 5, Wangsa Maju , KL
( Berhampiran dengan Wangsa Walk, Mall )
Waktu Operasi Satay DIY
4PM to 11PM
Isnin - Sabtu
Mudah kalau booking awal , whatsapp/ call di nombor talian : 011 1313 2098
2 Comments
Menarik ada macam macam jenis Satay...
ReplyDeleteSaus bong bong itu saus apa yaa 😅? Tak pernah denger pula di sini...
ReplyDeleteSaya suka sate, mau itu ayam, kambing, domba , sapi atau seafoor, sukaaa semua 😍😍😄.
Bersyukurnya di Indonesia ada banyak jenis sate, jadi saya bisa coba macam2 dari berbagai daerah sini.
Tapi blm pernah ke tempat sate yg segala macam disediakan seperti ini. Bagus juga konsepnya 👍. Bisa coba macam2 kan.