Masyaa Allah.. Alhamdulillah.. diam tak diam dah pun 20 tahun dengan izinNya penjenamaan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berteraskan ajaran Islam , Little Caliphs® telah berada di tanahair kita tercinta.
Dalam tempoh 20 tahun, kak ana pasti ramai anak-anak didik Little Caliphs® ada yang telah pun meningkat remaja dan melangkah ke alam dewasa waktu ini. Kak ana yakin sangat, setiap ibu ayah pasti ingin kan keseimbangan pendidikan awal anak-anak mereka dunia dan akhirat.
Sebelum ini kak ana sendiri banyak mendengar mengenai Little Caliphs® sebagai sebuah tadika yang melahirkan generasi anak yang berteraskan kekuatan jiwa keislaman dari peringkat awal usia.
Dan selepas kak ana sendiri menghadirkan diri di Karnival Mega Ulang Tahun mereka pada 2hb Disember 2023 yang lalu, lebih jelas kak ana fahami konsep pendidikan awal kanak-kanak yang mereka terapkan. Dan kak ana pasti , inilah pilihan ibu bapa yang ingin anak-anak mereka cemerlang seimbang dunia dan akhirat, In Syaa Allah...
Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® yang ke-20
Ingin kak ana kongsikan disini , Little Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) merupakan peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ianya terus konsisten selama 20 tahun dan sehingga kini masih meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prasekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).
Buat julung kalinya, Little Caliphs® menganjurkan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20 yang telah berlansung pada pada 2 Disember 2023 bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
Kak ana sendiri berpeluang hadir pagi tu melihat sendiri acara perasmian yang telah berlangsung sekitar jam 10 pagi. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor , disaksikan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.
Majlis di mulai dengan ketibaan tetamu VIP di iringi oleh pengasas Little Caliphs® dan di iringi bacaan doa dan ucapan dari penerangan perjalanan rangkaian Little Caliphs® di seluruh Malaysia dan akan mengorak langkah ke arena antarabangsa tidak lama lagi, oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB.
Dan di ikuti pula ucapan perasmian Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® oleh yang berbahagia YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor.
Dan sampai pula segmen yang di nantikan oleh kanak-kanak di khemah utama Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® , iaitu kemunculan dua makhluk comel memakai uniform Little Caliphs® .
Buat pertama kali nya ini lah dia maskot Little Caliphs® , yang diberikan nama Amir & Amira . Kak ana tak pasti ejaan sebenar nama dua entiti comel ni :) Tapi gelarannya Amir dan Amira laa..
Majlis tambah meriah dengan kemunculan di pentas utama persembahan solo dan di iringi pula oleh pelajar-pelajar comel Little Caliphs®, Aniq Muhai dan rakan duetnya adik comel Hadyra. Alahai memang comel semuanya menyanyikan 3-4 buah rangkaian lagu tema Little Caliphs serta lagu berunsurkan cinta Rasul dan Allah swt.
Turut serta pagi itu satu segmen, Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, khasnya di Tiktok. Selalu juga kak ana menonton Tarbiah Sentap dari Ustaz Adnin nih .
Di sekitar tapak Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ini juga di penuhi lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.
Turut mendapat sambutan kanak-kanak dan ibu ayah sekali hari itu ialah kehadiran trak dan motorsikal anggota BOMBA. Ramai kak ana tengok mengambil peluang melihat dengan dekat kenderaan sambil bergambar mesra dengan abang-abang Bomba , termasuk lah kak ana dan suami, :)
Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan sejumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya .
Dan mereka juga mengalu-alukan sesiapa yang berhasrat untuk menjadi sebahagian dari ahli francais atau bersama keluarga besar Little Caliphs® di seluruh negara . In Syaa Allah.. Little Caliphs® juga bakal mengembangkan sayap jenama nya ke peringkat antarabangsa mulai tahun hadapan.
Tahniah dan syabas malahan bersyukur sangat buat Little Caliphs® kerana berkembang selaras dengan keperluan pendidikan asas awal kanak-kanak berteraskan Islam di negara kita. Mudahan-mudahan setiap iltizam dan ilmu yang di sampaikan akan menjadi pedoman buat semua anak didik melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar di masa hadapan. Aamiin...
0 Comments