Kadang-kadang kak ana malas juga nak bakar ayam dalam oven, nak nak lagi untuk menu makan malam. Nak makan ayam bakar ni , kena lah makan panas-panas, jadi bila nak makan baru kita bakar. ye dak :)

Lagi pula kak ana di rumah ni sekarang 3 mulut je nak makan, buat separuh ayam dah cukup, In Syaa Allah.. Jadi bila teringin nak makan ayam bakar, kak ana akan masak menggunakan air fryer sahaja. Tak perlu dah nak menggunakan oven. 


resepi ayam bakar madu guna air fryer


Resepi ayam bakar kali ni mudah sangat kak ana sediakan bahan perapannya. Jom kak ana kongsikan dengan korang, kut kut ada yang mengidam nak makan ayam bakar dengan menggunakan air fryer sahaja.


Resepi mudah ayam bakar guna air fryer 


Resepi ayam bakar ni cuma pada bahan perapannya sahaja dengan ayam lah kan. Bahan perapan ni boleh juga kalau korang nak gunakan pada udang atau sotong bakar pun sedap kerana kak ana menggunakan sedikit madu. 


Bahan ayam bakar madu 

Separuh ekor ayam - bersih dan potong ikut saiz yang korang suka. Kak ana potong kecil sedikit untuk pastikan ia masak sempurna dan segera.

Sukatan untuk bahan perapan terpulang juga pada korang semua :

1 sudu kecil Serbuk kunyit untuk lekatkan perapan dan garingkan ayam

1 sudu besar Sos tiram 

1 sudu kecil Sos bbq 

1 sudu kecil Sos seasoning 

2 sudu besar madu 

Serbuk lada sulah 

Garam sedikit sebab sos tiram dan sos bbq dah masin

Herba rosemary kering - kalau tak ada pun okay jer sekadar untuk aroma nya sahaja. 



Resepi mudah ayam bakar guna air fryer


Cara masak ayam bakar guna air fryer 


1. Bersihkan ayam, toskan kering.

2. Tuangkan ke semua bahan perapan kecuali rosemary kering tu ke dalam bekas . Gaul dan sapu rata kemudian perap dalam peti sejuk dalam se jam atau lebih pun lagi cun. Masa nak bakar baharu taburkan rosemary. 

3. Untuk dapatkan garing, kak ana sapukan minyak masak pada perapan ayam sedikit dan masukkan dalam air fryer yang di alaskan dengan aluminium foil di bawahnya.


Resepi mudah ayam bakar guna air fryer


4. Laraskan suhu pada 180' dan tempoh masa mengikut volume air fryer masing-masing. Kak ana bakar pada awalnya untuk 20 minit pertama.

5. Sepuluh minit pertama kak ana terbalikkan ayam di dalam air fryer, korang pause la sekejap naa.

6. Selepas 20 minit ayam dah masak elok, kak ana tambah lagi 5 minit naikkan suhu pada 200 baharu lah ia nampak kering dan garing. Dan sambung bakar hingga masak. 

Kadang-kadang kak ana angkat dari air fryer selepas 20 minit dan goreng atas kuali tanpa minyak kalau nak cepat garing laa kan hehe :) Tapi itu dah mengelat namanya.. 

Apapun resepi ni sedap dan buat ratah-ratah pun sedap cicah dengan Thai sos. Selamat mencuba naa, suhu dan timer tu korang kena adjust ikut kegaringan masing-masing tetapi selalu balik-balikkan ayam juga supaya masak sekata. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah.. 


5 Comments

  1. sy lama x buat ayam bakar... sampai anak tanya, ibu, oven kita tu boleh guna lg x? lama dh ibu x buat ayam bakar kenny rogers.. ahahaha... kesian anak mengidam

    ReplyDelete
  2. terliur nya tengok ayam bakar kak ana..tambah pula dah petang2 ni perut dah keroncong tak sabar nak balik rumah

    ReplyDelete