Kak ana ada event di Titiwangsa pagi tu, kemudian janji nak jumpa dengan Kak Long dan baby H di mall baharu  TRX Exchange. Punya laa ramai , sesak sungguh dengan manusia. Parkir kat TRX ni pun boleh tahan juga rate nya. 

Jumpa Kak Long , Aiman dan Baby H kejap je di ruang luar TRX outdoor park, kemudian kami plan nak jumpa semula di Aeon Mall Maluri tak jauh dari situ. Sampai sana lega sangat, tenang je boleh lah lepak makan-makan sekeluarga. 

Mall baru, viral pula tu memang tengah jadi tumpuan orang ramai lah kan, jadi kita adjust la nak makan di venue lain pula. 


Secret Recipe Jom Makan


Set Menu Jom Makan di Secret Recipe 


Kami plan nak jumpa ni pun sebab nak celebrate belated birthday Kak Long dan juga future birthday ayahnya. Kami pun lepak di Secret Recipe, senang ada kek dan makanan berat nak makan sekeluarga. 

Macam biasa, scan menu dan terpandang lah promosi Jom Makan. Kak ana pilih set C untuk hidangan menu 4 orang RM75.80 sahaja. 



Set Menu Jom Makan di Secret Recipe


Set ni datang dengan 4 soups & bread , 4 Main Courses dan 4 Air. Add on kek pula ada diskaun 20% . Menarik sangat nih . 4 pilihan Main Courses yang kita boleh pilih adalah seperti  Nasi Ayam Sambal Pedas, Noodle in Tom Yum Soup, Spaghetti Bolognese (Chicken), Shrimp Aglio Olio, Grilled Black Pepper Chicken dan  Curry Mee, selagi stok masih ada laa kan. 



menu secret recipe


Pilihan kami petang tu adalah Shrimp Aglio Olio, Noodle in Tom Yum Soup dan 2 Mee Curry . Sementara untuk soups of the day hari tu kami dapat pumpkin soup bersama garlic bread. 


pumpkin soup Secret Recipe


Sedap ke pumpkin soup Secret Recipe ni ? Okay sebenarnya ini kali pertama kak ana makan pumpkin soup atau sup labu. Ia merupakan menu barat, tetapi ada rasa rempah sedikit dalam sup labu ni. Tak pasti sangat betul ke tidak tapi rasanya agak tak kena dengan selera kak ana. 

Mungkin sebab kali pertama makan agaknya dan kak ana pun kurang minat makan labu sebab mitos lah kata makan labu boleh dapat angin semput huhu :) Mitos naa, ada orang makan elok je tak ada masalah pun. 



Mee kari Secret Recipe


Mihun tomyam dan mee kari Secret Recipe memang biasa lah kan pada kebanyakan orang. Biasa sahaja rasa tomyam dan kuah mee kari tetapi portion nya memang banyak. Kenyang dan senak nak habis sengsorang. 



Ipoh Hor Fun Secret Recipe


Sebab kami berlima kak ana add on satu lagi menu iaitu Ipoh Hor Fun , menu bersup dengan citarasa udang , ayam dan daun kucai. Sedap Ipoh Hor Fun ni sajian menu kaum cina. Tapi kena makan dengan cili potong sebab ia memang tak pedas langsung. 

Kami juga pilih 4 air dalam set menu Jom Makan dan add on satu lagi air. Tak ingat pula air apa yang kami ambil rasanya sirap bandung dan air lemonade kalau tak silap sebab tak ambil pula gambar air . 

Dan kenyataan rasmi dari laman web Secret Recipe di https://www.secretrecipe.com.my/halal-policy menyatakan kesemua menu mereka adalah mendapat pensijilan Halal dari Jakim. Alhamdulillah.. pii semak link yang kak ana berikan tu. Tiada pautan naa.. 


Kek Secret Recipe


Dan ini pula kek untuk birthday boy dan birthday girl. Ada dua slices semuanya sama kek iaitu Lotus Biscoff Cheese . Inilah sahaja menu kami makan petang tu di Secret Recipe Aeon Mall Maluri. Simple celebration sahaja untuk kenang-kenangan bersama.

Alhamdulillah dari berempat kini dah berenam . Selepas bermenantu di kurniakan pula seorang cucu lelaki untuk mewarnai keluarga kecil kami. Syukur atas segala nikmat dan kurnia dariNya... Semoga kita semua di dalam redha Allah swt... Aamiin .. 

3 Comments

  1. sedapnya semua terliur mandang

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tomyam tu...
    Teringin nak rasa macam mana sup labu feeling ala mat saleh. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Dulu sebelum nikah saya suka makan di secret recipe yg di jakarta . Tapi dah lama tak makan sana, harap2 masih ada secret recipe yg di cabang sana.

    Lumayan suka dengan makanannya dulu. Terlebih cake mereka. Tapi makanan beratnya macam Tomyam, lamb chop, pun saya suka.

    ReplyDelete