Ahad lepas kak ana , suami dan Adik Ika ke Seremban 2 menyantuni undangan majlis perkahwinan anak kawan sekolah menengah waktu tingkatan 6 , Aziah.  Tahniah buat Aziah dah pun terima menantu pertama anak perempuannya. 

Majlis di adakan di Astana Kayangan Zemi, di Seremban 2 kerana Aziah dan suami kini menetap di sana. Berkesempatan juga lah bertemu kawan-kawan 6th former dulu, malahan ada yang last jumpa masa di Lower Sixth . Masyaa Allah... Alhamdulillah diberikanNya rezeki untuk bertemu semula.

Balik dari sana, kami singgah Zohor di Masjid Sri Sendayan, kemudian Adik nak ke Mitsui pula. Terus je lah dari lebuhraya ELITE balik ke kediaman melalui Shah Alam. Dari sana kami ikut Persiaran Mohktar Dahari dan kalau lalu sini, wajib singgah The Portload kejap. 


Portload by Pulut Pulut


 The Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam 


Last makan tadi masa kat majlis kenduri d Seremban dua dan kat Mitsui sekadar minum GongCha , mahu tak lapar dah menghampiri pukul 5 petang. Alasan laa kan nak singgah The Portload, sebab Adik suka sangat makan fries dan western Danau Cafe kat sini. 

Memang kerap kami makan sini kerana pada selera kak ana, menu-menu yang di sajikan semuanya sesedap rasa selera kami sekeluarga. Alhamdulillah... Tempat makan pun selesa di ruang terbuka . 



The Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam


Bila lihat menu selepas scan nak order air minuman, terpandang pulut kuning dan kari telur. Teringin pula kak ana nak makan. Teringat arwah mak, suka kalau masak pulut kuning lawannya kari telur dan kari telur mak akan buh kerisik, jadi memang sedap kalau makan dengan pulut kuning. 

Kak ana order dan harganya dalam RM7.90 kalau tak silap. Bila sampai dan kak ana makan, Masyaa Allah.. sedapnya kari telur di Pulut Pulut ni, ampa. Sangat sedap malahan sama dengan masakan kari arwah mak, kari ni pun depa buh kerisik, memang terasa. 

Ada juga di berikan sambal ikan bilis, berbaloi sungguh untuk makan set pulut kuning dan kari telur ni. Sesedap rasa karinya dan sambal pun tak pedas dan tak berminyak. Cukup rasa semuanya. 



The Portload by Pulut Pulut , Puncak Alam

Kat sini ada pelbagai sajian pulut untuk korang nikmati. Pulut durian, pulut serawa durian, pulut dengan aneka rendang, pulut mangga dan sebagainya. Korang kena qr code dan order untuk menu By Pulut Pulut ni sebab di bahagian luar hanya stall vendor sahaja. 

Kalau nak makan western food , korang kena order dari Danau Cafe stall . Hat atas tu chicken chop depa, portion ayam tu memang besar dan brown sauce depa memang homecooked dan sedap. Premium sangat. 

Stall kesukaan Adik kalau mai sini, stall Fries. Ada aneka gabungan topping untuk fries kat sini dan semuanya sedap tak kedekut. Ada juga stall char kuew tiau, shawarma dan nasi arab serta nasi kukus tonggek kalau tak silap kak ana. 

Kalau korang ada di sekitar Hillpark atau Puncak Alam berdekatan dengan Uitm Puncak Alam, jer lokasi The Portload yang di usahakan oleh orang kita atau pun Muslim owner. Singgah naa. dan rasai sendiri aneka pilihan menu yang ada. 

7 Comments

  1. pulut kuning kari telur ni family saya panggil pulut tok nenek..

    ReplyDelete
  2. Memang mengimbas nostalgia Pulut Kuning Kari Telur tu, Kak Ana.

    ReplyDelete
  3. pulut kuning gulai telor ingat kenduri khatam kuran

    ReplyDelete
  4. Entah kenapa bila tengok pulut kuning, saya teringat hari raya. Hehe.. sedap, ye kak. Kari telur ada kerisik pulak tu. Peh...

    ReplyDelete
  5. wah menariknya ada byk sajian pulut. tapi kalau org tak tahan perut tak boleh ni

    ReplyDelete