Inilah resepi kesukaan kak ana kalau masak ikan keli. Cuma proses nak menggoreng tu agak mencabar juga lah kan. Kena ikan keli yang kaki letops tu , adoiii memang stress dan memenatkan. Bukan sahaja risiko terkena letupan, tapi lepas masak tu jenuh nak bersihkan semula dapur , dari dinding sampai ke lantai hasil percikan. 

Ikan keli masak kicap ni juga adalah resepi air tangan arwah mak kak ana. Kalau mak masak ikan keli berkicap ni, Masyaa Allah.. paling sedap lah dalam dunia ni pada kak ana sekeluarga. Air tangan mak, mana sama dengan air tangan sesiapa pun di dunia. Dan sejak mak dah tak ada, tak mungkin lagi akan dapat menikmati masakannya, hanya rindu dan doa buat mak.. 


Resepi ikan keli masak kicap


Resepi ikan keli masak kicap 


Resepi masakan ni lebih kepada sambal kicap yang di gaul bersama ikan keli yang telah di goreng. Ada dua step untuk penyediaannya. Pertama goreng ikan keli yang di lumur garam dan kunyit. 

Petua goreng ikan keli tak meletup ? 


Tips yang kadang-kadang menjadi juga untuk elakkan ikan keli goreng meletup adalah basuh ikan keli dengan air asam jawa atau asam limau.

Kemudian pastikan garam dan kunyit lebih di lumur untuk menggoreng. Goreng dalam api perlahan dan bukan api yang besar. Tapi tu laa, kadang-kadang menjadi petua ni, kadang-kadang dah guna pakai pun dia letops juga. 


Resepi ikan keli masak kicap


Biasanya kak ana kelar ikan keli di bahagian isinya dan buang terus kepala ikan keli ketika menyiangnya awal-awal. Bila dah siap goreng, ketepi kan dan kak ana akan kongsikan cara untuk masak sambal kicap .

Bahan-bahan untuk ikan keli masak kicap 


Ikan keli yang telah di goreng 

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia 

Cili api - ikut tahap pedas masing-masing

Air asam jawa dalam setengah cawan 

Kicap pekat manis 

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis



Resepi ikan keli masak kicap


Cara masak ikan keli masak kicap 

1. Tumbuk kasar atau blend bawang besar, halia dan bawang putih. 

2. Pecah-pecahkan sahaja cili api dengan anak lesung sebiji sebiji tak perlu tumbuk lumat.  

3. Panaskan minyak dan tumis kan bahan tumbuk seketika, kemudian masukkan cili api . Masa ni memang boleh terbersin ampa naa...

4. Bila dan agak garing, masukkan kicap pekat secukupnya.

5. Masukkan pula air asam jawa dan menu ini tidak berkuah, naa.. Jadi masukkan sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur pekat berkuah untuk menyaluti ikan keli goreng sahaja.

6. Rasakan dengan sedikit sahaja garam kerana ikan keli goreng dah bergaram. Kicap manis ia tidak terlalu masin, jadi hati-hati.

7. Bila sambal kicap dah mendidih, boleh lah masukkan ikan keli goreng tadi dan sadurkan sebati bersama sambal kicap.

Siap lah menu tradisional ikan keli sambal kicap, atau pun ikan keli masak kicap. Sedap di makan dengan berteman kan kuah lemak putih sayur. Tak kira sayur apapun, contoh lemak kobis, lemak taugeh, lemak bayam dan sebagainya.

Cuba naa.. mana tahu kena dengan selera ampa. Dah selalu makan ikan keli sambal, boleh try pula jadikannya ikan keli masak kicap. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah...