Resepi masak lemak pucuk ubi tempoyak
Kami belah utara nih, kalau masak bersantan selalu panggil gulai. Ada sesetengah orang tu, masak kari pun panggil gulai. Hat ni kira masak lemak, kami panggil gulai lemak hehe . Tapi untuk mudah di fahami semua golongan, kak ana buh lah resepi masak lemak, instead of gulai lemak.. Ewah!
Menu ni kesukaan Adik Ika, kak ana masakkan untuknya buka puasa hari tu. Pucuk ubi dan tempoyak, kak ana beli kat pasar malam. Agak masam sikit tempoyaknya, tak sesedap biasa.
Mungkin bukan guna durian kampung kut, sebab kak ana beli dari penjual durian musang king , katanya, Dah jadi tempoyak harga nya terus jadi RM10 juga sebekas hehe...
Jom lah kak ana kongsikan resepi masak lemak pucuk ubi dengan tempoyak. Rencahnya kak ana buh udang segar. Simple sangat tapi sedap pada mereka yang suka selera kampong.
Resepi masak lemak pucuk ubi tempoyak
Bahan-bahannya ;
Pucuk ubi
Udang segar
Tempoyak
Daun kunyit
Kunyit hidup atau serbuk
Cili api
Santan
Garam secukup rasa
Cara masak lemak pucuk ubi tempoyak
1. Siang daun ubi, ambil pucuk lembutnya sahaja. Pucuk maknanya bahagian paling atas dan sekitarnya yang lembut, warna tak terlalu hijau, lagi.
2. Didihkan air dan celur pucuk ubi yang dah dibersihkan hingga empuk atau bertukar warna lebih gelap.
3. Angkat, bilas, toskan dan gumpal. Hiris halus dari gumpalan pucuk ubi tadi. Ketepikan.
4. Daun kunyit juga basuh dan hiris halus.
5. Satukan dalam periuk kedua-dua bahan hiris.
6. Tumbuk lumat cili api dan kunyit. Masukkan dalam periuk bahan hiris tadi.
7. Masukkan tempoyak dan santan secukupnya. Masukkan udang. Kak ana suka kupas bersih udang supaya senang nak makan nanti.
8. Nyalakan api perlahan, gaul sebati dan masak hingga mendidih.
9. Rasakan dengan garam secukupnya. Dah didih dua kali siaplah masakan gulai lemak pucuk ubi tempoyak . Selamat mencuba...
4 Comments
Wah…sedapnnya kak 😋
ReplyDeleteTak pernah makan masak lemak pucuk ubi campur tempoyak.
Tapi sebab saya suka masakan tempoyak, haruslah yang ini pun kena selera saya.
Cukup menyelerakan ni AJ.
ReplyDeleteTerasa-rasa lemak-lemak kuahnya gaul dengan nasi putih.
satu lauk ni pun dah cukup kalau ada ikan goreng dan sambal lagi la bertambah nasi
ReplyDeleteFuuhhh sedapnya
ReplyDelete