Suami ajak makan tengahari di luar hujung minggu lepas. Kak ana tanya nak ke mana? Makan nasi dalam talam katanya. Menu lauk kampung pula tu katanya. Menarik ! Dia dapat info dari tiktok laa nih :) 


Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam 



Berpandukan waze kami menuju ke destinasi. Punyalah ikut waze masuk jalan yang berliku, sampai ke area TTDI untuk sampai ke sini. Rupa-rupanya Dapor Che Lah ni, terletak di kawasan hadapan stadium Shah Alam tu sahaja. Seksyen 13.

Kebelakangan ni, kak ana rasa waze makin mengarut je bawa jalan-jalan yang sukar walau pun beza masa sampai seminit dua sahaja. Baru-baru ni kami ke KLIA nak ambil Adik Ika dari Sabah, boleh dia bawa laluan sampai Puchong yang sesak jemmed tu, padahal boleh jer guna Elite melalui Shah Alam. Pelikkan.. 


Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Kami sampai dan masa tu sekitar jam 2 petang juga dah. Masih ramai pelanggan dan tak lama kemudian kami dapat meja untuk makan, Alhamdulillah... Tunggu lah sekejap untuk staf bersihkan meja dan dia bawakan menu.



Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Di Dapor Che Lah nih ada pilihan menu ala-carte dan juga set talam. Harga set talam tu berbeza mengikut set yang kita ambil tak termasuk air. Nasi putih sekali kalau tak silap kak ana. 



Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Harga set talam, sekitar RM90 - RM109 mengikut set yang di pilih. Tambah pula suami nak makan set talam ikan bakar, total kami makan tengahari tu sekitar RM130 macam tu sekali air , kalau tak silap kak ana . Kak ana share awal-awal supaya kalau korang nak pii dah boleh agak bajet berapa nak makan. 




Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Tapi isian lauk agak banyak lah, sebenarnya kalau kita makan di mana-mana restoran di mall pun harga sekitar itu juga lah untuk 3-4 orang makan. Cuma di sini istimewa dan unik nya menyajikan menu sajian kampung dan alhamdulillah sedap dan kena sangat pada selera kami bertiga. 



Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Sangat berbaloi pada kami tengahari tu menikmati hidangan set talam ikan bakar . Dalam set talam ni ada ikan talapia bakar bersambal bersama air asam kicap, 2 bahagian ayam goreng kampung, 1 mangkuk siput sedut masak lemak, ikan pekasam, kerabu jantung pisang, telur masin, sambal belacan dan ulaman. 


Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Ada pelbagai set talam lain juga selain set talam ikan bakar ni, macam set talam asam pedas, set talam gulai daging , set talam patin dan pelbagai dan juga menu-menu ala-carte. Terpulang pada citarasa masing-masing. 



Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Review jujur dari kak ana , suami dan Adik Ika, kesemua menu yang kami makan tengahari tu, Alhamdulillah cukup sedap, kena dengan selera kami. Ianya secukup rasa, cukup lemak dan portion yang banyak dalam sajian hidangan. 

Cukup untuk 3-4 orang makan. In syaa Allah. Ayam kampung di goreng secukup rasa, lembut isi dan masak sempurna . Masak lemak siput sedut pun lemak santan secukupnya, banyak siput sedut dalam mangkuk, ikan bakar cukup sedap sambal bakar dan paling win tengahari tu, ikan pekasam dan kerabu jantung pisang. Masyaa Allah.. sedap! 


Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam


Review ni review ikhlas naa, kak ana tidak di jemput atau berbayar , kami pii makan dan kak ana rasa nak share dengan korang yang rindu nak makan lauk pauk kampung yang sedap boleh lah ke Restoran Dapur Che Lah ni di Seksyen 13 , Shah Alam. Waze jer .. 


Set talam menu lauk kampung di Dapor Che Lah, Shah Alam

Untuk lebih detail korang boleh cari di sosial media Dapor Che Lah.. Ia beralamat di 87, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. 

Hubungi talian : 011-1069 7860 untuk sebarang pertanyaan, naa... Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah... 

3 Comments

  1. Nampak sedap semuanya
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Dekat dengan rumah kakak ni.. Kalau ke rumah kakak boleh try ni :D

    ReplyDelete
  3. aduhhh kak anaa.. sedapnya tengok ikan bakar tu.. busyra dah la hantu sambal kicap. hehe

    ReplyDelete