Ini kali kedua kak ana makan di Satay Lab, Eco Grandeur , Puncak Alam . Kali pertama dulu, kami makan yong tau fu  depa, pernah kak ana terbitkannya di SINI . Memang sedap sos ypng tau fu kat sini. 

Kali ni kami singgah semata nak makan kambing. Adik Ika dengan suami lah yang kepingin nak makan kambing bakar. Waktu kami sampai ni hujan turun. Menapak dalam hujan juga nak sampai ke restoran Satay Lab sebab ia terletak agak jauh di bahagian hadapan sekali di tempat makan-makan Eco Grandeur Lab, Puncak Alam. 

Tak pe gigih demi kambing bakar. Mujur lah tak basah kuyup sebab ada bumbung-bumbung kiosk lain sepanjang perjalanan tu, bolehlah buat teduhan sementara nak sampai. 


Satay Lab , Eco Grandeur , Puncak Alam



Satay Lab , Eco Grandeur , Puncak Alam 


Macam selalu, kak ana akan dapatkan info Halal untuk setiap kedai makan yang kak ana akan review terlebih dahulu. Kak ana DM di Instagram Satay Lab, dan Alhamdulillah dapat jawapan dari admin menyatakan bahawa Satay Lab adalah muslim owner . Syukur sangat.

Jadi jom lah kita menjamu selera tanpa ragu dan was-was. Bukan apa, bila melibatkan makanan sembelihan ni, sangat-sangat penting untuk kita tahu kehalalannya sebelum di kongsikan bersama pembaca lain. Kita yang akan di pertanggung-jawabkan kelak. 


Satay Lab , Eco Grandeur , Puncak Alam


Di dalam restoran Satay Lab ni pun berkumandang alunan ayat Al-Quran dan zikir di pasang petang tu. Kat sini, kita perlu ke kaunter untuk membuat pesanan makanan . Kak ana ambil dahulu menu , buat pilihan dan kemudian baru ke kaunter untuk buat pesanan. 

Boleh bayar terus atau bayar kemudian selepas makan, ikut lah mana yang selesa. Kami kembali ke meja dan tunggu hidangan sampai di hantar . 



Satay Lab , Eco Grandeur , Puncak Alam


Dah memang lapar nasi waktu maii sini , jadi kami order nasi kambing bakar untuk suami dan Adik Ika dan kak ana makan lah set nasi ayam bakar . Set nasi ayam bakar bukan menu nasi ayam tau, ia nasi putih disertakan dengan kepingan saiz M juga ayam bakar , telur masin, sambal gesek, sup dan ulaman. Harga untuk set nasi ayam bakar kak ana makan tengahari tu cuma RM16.90 sahaja.

Adik dan ayahnya makan set nasi kambing bakar. Memang banyak lah portion kambing bakar di hidangkan dan ianya sangat sedap perapan bahan yang terasa sangat meresap ke dalam hirisan daging bakar. 

Set kambing bakar ni datang bersama sambal kicap, sup, telur masin dan ulaman. Harga cuma RM19.90 sahaja. Masyaa Allah... sedap sungguh dan berbaloi untuk makan seorang. Cicah kambing bakar dengan sambal atau air asam kicap memang padu. Korang kena cuba. 



Satay Lab , Eco Grandeur , Puncak Alam


Dah makan kambing bakar sebagai main dish, kena lah stabilkan semula dengan minum ais kosong dan juga lemon madu. Recomended sangat lemon madu sejuk ni, sedap. Kat bawah ni kak ana sertakan foto menu dan harga makanan dan minuman di Satay Lab. 

Satay Lab Menu



Satay Lab , Eco Grandeur , Puncak Alam


Walaupun nama nya Satay Lab, tapi ia bukan sahaja menjual satay. Ada pelbagai lagi menu makanan lain yang menarik dan rare untuk di cuba di sini. Korang kalau jenjalan ke Eco Grandeur Lab dan lapar makanan berat, boleh lah singgah makan di Satay Lab. 

Semoga bermanfaat, In syaa Allah kak ana akan repeat lagi jika di rezekikanNya nanti. Ni entri review personal dari kak ana, seikhlas hati menulis kerana yang baik akan kak ana kongsikan dengan korang semua. Try naa .. 

8 Comments

  1. menarik semua mkanannya.

    Salam kenal kak ana..done follow kak ana:) 1206

    ReplyDelete
  2. Berkilat daging kambing bakarnya.
    Teringin untuk cuba.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak kambing tu 🤤

    ReplyDelete
  4. Kalau tak tahu pasal restoran ni mesti fikir makanan satay satay je kat situ.
    Murah set nasi ayam bakar dan kambing bakar tu..

    ReplyDelete
  5. berpatutan sangat harga tu. sy teringin juga nak ke eco grandeur ni. katanya tempat cantik untuk OOTD

    ReplyDelete
  6. Belum pernah masuk sebab banyak sangat resto kat situ dan sekitar Eco Grandeur. Bolehlah cuba suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. minggu ni dah 2x nieyl makan kambing hehehe...
    terlebih makan dah ni..nampak sedappp tu

    ReplyDelete
  8. tertelan2 ayaqliur tengok kambing bakar berkilat

    ReplyDelete