Selepas sarapan pagi di tepi sungai di Jeti Perikanan Kg Permatang, Lumut di Warung Abang Mad yang kisahnya kak ana kongsikan di SINI , kami ke pantai Teluk Batik pagi tu. Lama sungguh kak ana tak datang ke pantai Teluk Batik. 

Bertahun juga dah rasanya. Kalau tak waktu remaja dan tinggal dengan arwah mak dan abah di Teluk Intan, malahan dari zaman sekolah rendah lagi, sini lah tempat berkelah kami.Teringat rombongan sekolah rendah dan sekolah menengah pun ada cikgu bawa ke sini. 

Beza dah makin indah pantai Teluk Batik tapi tak sempat kak ana nak rakamkan gambar kerana ia pantai awam dan ramai pengunjung. Kak ana sebolehnya mengelakkan ambil gambar awam gini kerana kadang-kadang risau ada aurat yang tak sepatutnya terakam pula kan. Jadi tak ada lah kak ana terbit entri kisah perkelahan kami sekeluarga di pantai Teluk Batik. 


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak 





Dah puas lepak dengan famili dan makan pelbagai menu yang ada di pantai Teluk Batik, kami bergerak pula ke Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak . Adik ipar kak ana, Julia Alisya yang nak bawa kami ke sini sebab sebelum ni dia dah bawa mak dan abahnya. 

Tak lah jauh sangat dari bandar Lumut, cuma nak masuk ke sini, jalannya memang jalan pedalaman sikit. Tetapi ada sahaja perkampungan, lalu ladang ternakan ayam yang besar dan lalu juga ke pusat cerapan atau tempat melihat anak bulan. 


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak


Alaa.. senang cerita korang waze sahaja, sampai lah ke sini, In Syaa Allah. Sesampai kak ana ke sini, kak ana terpegun melihat keindahan pantai di sebelah Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak , nih. 

Pantai Pasir Panjang, yang tak ramai pengunjung dan ada kelihatan beberapa orang kaki pancing sahaja yang ada kat sini. Cantik sangat pemandangan pantai ni, pasir yang putih bersih dan laut yang tenang dan membiru. 

Nampak pulau-pulau dari pantai dan satu daripadanya kata anak buah kak ana, namanya Pulau Penyu. Kalau korang zoom foto kat atas tu boleh nampak pulau tersebut menyerupai seekor penyu. Yang hat tengah-tengah laut tu , nampak dak :) 



Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak


Sama seperti pusat konservasi penyu yang lain yang pernah kak ana lawati, salah satunya masa kami di Cherating dahulu, pusat ni banyak memberikan penerangan mengenai proses pembiakan dan pengawalan pelbagai spisis penyu yang ada. 


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak


Ada pelbagai spesis penyu yang ada di sini. Dan ada beberapa kolam atau habitat buatan di mana penyu-penyu ni berehat dan di jagai. Korang boleh lah belajar mengenai spesis penyu yang ada kat sini. Tapi bila bawa anak-anak ni, depa duk syok tengok gelagat penyu dan jarang lah nak membaca ye dak :) 


Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak


Masuk ke sini tiada bayaran di kenakan. Ianya percuma sahaja. Korang boleh lah jenjalan sambil melihat penyu, bagi yang tak pernah melihat penyu secara dekat. Ada di sediakan tandas dan tempat rehat di bawah-bawah pokok. Ada buai juga dengan props I Love Penyu untuk korang bergambar ootd. 



Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak


Nah! Kak ana dah share kan disini waktu lawatan untuk ke Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Segari, Perak . Di buka Selasa-Ahad jam 9 pagi hingga 5 petang. Kira waktu pejabat lah tetapi di buka pada hari cuti juga. Hanya cuti pada hari Isnin sahaja, Isnin tak yah maii naa.. 

Jangan lupa baca juga , port makan malam bakar-bakar di tepi pantai Marina Island, Lumut di Bako Bako Resto di SINI Semoga bermanfaat... 





2 Comments

  1. Oh, kat Pantai Barat pun ada juga tempat penyu ni ya, Kak Ana. Menariks ni, mana tahu kalau jalan2 ke sana bolehlah singgah.

    ReplyDelete
  2. cuti sekolah ni bolehla bawa anak2 ke sini boleh tengok penyu2 comel pantai pun cantik

    ReplyDelete