Sambungan dari kisah cuti-cuti kak ana sekeluarga di rumah adik di Lumut , Perak. Selepas adik kak ana belanja makan malam di Bako Bako Resto , Marina Island, Lumut , pagi esoknya, depa ajak pii sarapan pagi kat tepi sungai pula.
Ini port kedua sarapan pagi tepi sungai di Lumut yang pernah adik kak ana bawa. Awal tahun lepas 2023, kami pernah dah makan sarapan Roti Canai Pak Tam , juga lokasinya di tepi sungai tapi di Sitiawan. Kisahnya ada kak ana kongsikan di SINI .
Kali ni depa bawa kami makan roti canai juga di tepi sungai di Jeti Perikanan Pematang, Lumut pula. Nama kedai ni Warung Bang Mad Roti Canai. Ampa boleh cari di socmed depa ada.
Warung Abang Mad Roti Canai Lumut, Perak
Sekali lagi kak ana suka singgah makan di tempat makan yang ada keistimewaan pada lokasinya. Kedai ini terletak di tepi sungai jeti perikanan. Laluan masuk agak sempit kerana ia kawasan bagan, kan. Kiri kanan adalah jeti sampan dan bot nelayan.
Ada di sediakan ruang parkir di hadapan kedai, agak banyak juga boleh masuk kereta. Ia adalah percuma. Tak sama macam tengah bandar, kawasan pinggiran gini kebanyakannya parkir adalah percuma sahaja.
Ramai juga pelanggan pagi tu, tapi kami dapat sahaja tempat duduk. Cuma meja di tepi sungai penuh dan panas pagi kerana matahari terbit memancar pagi tu. Jadi kami duk je bahagian tengah. Kak ana sempat je jenjalan dan ambil gambar pemandangan sungai dari ruang tepi kedai.
Anak buah kak ana , Haris , katanya sini femes dengan roti canai terbang. Tapi pagi tu sebab ramai kut hujung minggu dia tak dan nak terbang hehe :) Ada aneka pilihan makanan kat sini dan yang utama adalah roti canai lah kan. Nama kedai pun Abang Mad Roti Canai.
Korang boleh pilih nak makan dengan kari apa, kari kambing pun ada. Kak ana macam biasa kalau makan roti canai suka banjir. Baru ngam. Ada yang makan roti sardin dan roti telur . Ada jer nasi lemak, pulut dan kuih muih.
Adik kak ana, Lan makan mee kari, nii memang feveret dia lah. Ada soto dan juga lontong kat sini. Memang pelbagai juga menu yang ada di Warung Abang Mad Roti Canai, Lumut. Menarik juga.
Di hadapan kedai ada pula yang jual sate. Sempat suami order dan makan sate ayam dan sate daging kat sini. Pepagi dah makan sate, rare nih. Sedap sate dan kuah kacangnya. Alhamdulillah.. Harga tak ingat dah tapi 20 cucuk dalam RM20 lebih juga kalau tak silap.
Menarik kan, kelainan pemandangan untuk sarapan bila berada di kawasan perairan di Lumut macam ni. Malam makan malam bakar bakar dan seafood tepi pantai , pagi pun rare juga sarapan pagi tepi sungai di jeti perikanan.
Terima kasih banyak kat adik dan adik ipar kak ana yang bawa ke tempat-tempat best gini. Jemu dah laa makan kat bandar sesekali makan di lokasi yang indah ciptaan Tuhan, yang Amat Sempurna . Masyaa Allah...
5 Comments
Woooo... sate tu yang tahan nengok!
ReplyDeleteMemang layannnn la kalau boleh sarapan/makan tepi sungai macam ni Kak Ana 🤩
ReplyDeleteSy pun terpikat dgn sate tu hehe
Dah lama saya tak pergi sarapan di Warung Abang Mad. Tak tahu pula dah ada sate di depannya. :)
ReplyDeleteya Allah sedapnye roti canai.. :D.. mesti sangat sedap sambil melihat keindahan alam..
ReplyDeleteSedaaap, tempatnya menarik pinggir sungai, dan varian menu pun banyak yaa 😍. Sampai ada mi kari dan lontong 😄. Roti canai dengan kari kambing memang best lah kak
ReplyDelete