Kisah ni dah beberapa bulan lepas berlaku. Dak oyen Mayonesse yang satu-satunya dak jantan yang masih ada dengan kak ana pada entri ini di terbitkan, jatuh sakit dan tak makan atau minum. Lemah sangat badannya waktu tu.
Kak ana perhatikan dia asyik berulang duk dalam pasir tapi tak juga kencing atau buang najis besar. Kak ana carilah beberapa info di internet dan call juga klinik vet swasta yang terdekat dengan kediaman ni.
Sama sahaja symptom macam ni, di syaki masalah batu karang. Kak ana tanya lah vet berapa kos rawatan sekiranya kak ana bawa ke vet swasta ? Di maklumkan untuk check sample darah sahaja lebih kurang RM200 tak termasuk rawatan dan ubat serta konsultansi sekitar RM1000 lebih anggarannya.
Inilah kekangan pada kak ana setiap kali kucing sakit, bayaran vet yang tak mampu untuk kak ana seorang suri rumah dan blogger sahaja. Rumah ni pernah satu ketika Allah swt hadirkan 17 ekor kucing. Satu demi satu Dia ambil semula.
Ada yang hilang, sakit hingga akhir hayat di sisi kak ana, kena langgar dan biasanya terkena jangkitan penyakit dan mati. Selagi depa di rumah, kak ana akan cuba rawat semampu dan berserah pada Allah swt.
Rawatan di rumah untuk kucing sakit kencing tak lawas
Untuk Dak Mayonesse ni, kak ana memang tak mampu nak bawa ke vet. Kak ana cubalah cari di internet dan ada beberapa blog menyarankan untuk beri rawatan di rumah dengan beri air rebusan lobak putih.
Macam sebelum ini, kak ana doa pada Allah swt untuk diberikanNya kesembuhan pada depa-depa nih. Namun kak ana tetap ikhtiar apa yang termampu. Kak ana terus bagi dia air kosong dengan kerap menggunakan syringe . Sekerap yang mungkin..
Dan alhamdulillah satu petua atau rawatan remedi yang kak ana jumpa di internet, blog juga yang berkongsi pengalamannya bila kucing nya juga terkena penyakit yang sama. Kak ana tak berani nak nyatakan ia sakit batu karang kerana kak ana tidak bawa untuk diagnosis mana-mana pegawai vet.
Jadi kak ana anggap ia kencing tidak lawas kerana Mayonesse kerap duk dalam pasir tapi tak keluar kencing. Ia juga lemah dan berbaring tetapi najis tidak berdarah.
Menurut perkongsian di blog tersebut, beliau memberikan kucingnya minum air lobak putih. Kak ana ke kedai Acheh dan beli sebatang lobak putih. Hiris buang kulit nipis di luar dan potong kecil dan basuh lah terlebih dahulu, naa.
Kemudian kak ana blend dan tapis airnya. Campur sedikit sahaja air untuk blend. Tapis dan tak perlu di didihkan. Masukkan dalam syringe dan beri pada Mayonesse. Tapi selepas itu kena kerap bagi air kosong air bersih.
Masa kita drip air lobak ni, Mayonesse akan muntahkan semula dan berbuih mulut. Itu mungkin kerana ia tidak boleh terima air lobak yang berbau kuat dan rasanya agak pahit barangkali. Tapi tetap akan ada yang masuk dan berilah sehari dua kali sahaja pagi dan malam. Dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu syringe dah memadai.
Alhamdulillah dalam masa 4-5 hari dah mula nampak perubahan. Mayonesse mula makan sendiri kalau tak kak ana terpaksa beri dia cat threats stick untuk paksa dia jilat makanan. Kerap beri air dan nampaknya dia dah mula tak duk dalam pasir lama-lama.
Masyaa Allah.. syukur hingga ke hari ini, entri ini di terbitkan dia kembali sihat, bermain dan makan minum dan buang air seperti biasa. Cuma makanan kibbles nya kak ana tukar kepada URINARY CARE.
Ini atas nasihat kedai vet lah untuk tukar kibbles urinary care seperti contoh di atas. Agak mahal kalau jenama lain sekitar RM40-RM50 juga untuk 1 kg. Kak ana mampu berikan jenama CatSome ni sekitar RM25-RM30 di sesetengah kedai makanan kucing. Berbeza-beza juga harganya.
Kak ana kongsikan semula pengalaman ini di sini semoga ada manfaat buat sesama insan yang menghadapi masalah yang sama. Tetapi sebaiknya jika mampu bawa lah ke vet untuk pemeriksaan depa atau pun jika ada klinik vet kerajaan mungkin harganya lebih murah.
Di kediaman kak ana ni, klinik vet kerajaan beberapa kali kak ana call tak berjawab dan bila pergi tutup memanjang. Perkhidmatan hanya sebelah pagi sehingga jam 12 tengahari tapi ermmm.... Hasbunallah waanikmal wakeel..
2 Comments
kesiannya oyen mayonise...moga sentiasa sihat, ceria selalu ye DakOyen,jangan buat mama risau lagi
ReplyDeletekucing ammi yg betina haritu mmg ammi nampak dia kencing berdarah sbb dia sejenis suka kencing dekat sink bilik air..bawak pegi vet harganya kena RM196. terkedu amminya ni tapi dah camtu terpaksa jelah membayar.
ReplyDeleteyg sekarang ni satu2 jantan pulak yang tak ada selera makan (padahal dialah juara makan)...letak kibbles taknak, ikan rebus pun taknak...sesuatu sangat ni.