Selalunya kak ana makan sarapan pagi jer di Warung Che Bunga, yang femes dengan menu masakan Pantai Timur seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan sebagainya.. Pernah kak ana terbit kan entri nya di SINI .

Tapi rupanya malam pun meriah di Warung Che Bunga yang terletak di Kampung Melayu Sungai Buloh ni. Kak ana singgah makan malam sini selepas ambil Adik Ika di stesen MRT Sungai Buloh, tak jauh dari lokasi kedai makan ni.


Warung Che Bunga


Bila malam, Warung Che Bunga berkonsepkan dapur utama dan juga beberapa stall di keliling. Dan boleh di kata kan menu yang di jual di sini adalah berkonsepkan menu makanan Thai. Sangat menarik lah untuk makan malam sekeluarga atau bersama kawan-kawan. 


Warung Che Bunga Sungai Buloh


Warung Che Bunga , Kampung Melayu Sungai Buloh 


Warung Che Bunga , Kg Melayu Sungai Buloh


Entri ni merangkumi kunjungan kak ana bersama suami dan anak , dua kali di waktu yang berlainan. Sebab tu ada banyak gambar menu yang kami makan. Macam selalu kami makan bertiga je dan jenis yang tak makan banyak. 


Warung Che Bunga , Kg Melayu Sungai Buloh


Kunjungan pertama kami ke sini, kak ana order nasi putih , sup tulang, khailan ikan masin , ayam pad kra pao serta telur dadar . Ini kiranya menu standard kedai tomyam laa kan. Alhamdulillah.. masakan Thai malam tu semuanya sedap pada selera kami sekeluarga. 




Kemudian Adik Ika teringin pula nak makan lokcing sebab dia nampak ada stall lokcing kat belah hujung Warung Che Bunga. Dapatlah di makan 3 jenis lokcing bersaiz besar-besar. Kak ana tak ingat harga untuk lokcing ni tapi memang menu Thai laa kan, sedap di makan dengan dipping sos yang di berikan. 



Warung Che Bunga


lokcing


Sebelum balik tu kak ana beli juga sebekas pelam asam boi dari stall bersebelahan dengan lokcing. Rangup lemak pelam siam ni, Lebih kurang makan jeruk asam boi kat trafic light cuma hat ni harganya RM5 kalau tak silap kak ana . 




Kalau kat sini air minuman depa yang viral adalah teh madu. Melimpah meleleh lah teh ais kaw bercampur madu. Kalau makan siang atau sarapan pun, inilah antara air kegemaran pengunjung kalau ke Warung Che Bunga. 


teh ais madu


Untuk kunjungan kali kedua, malam tu kami singgah makan ringan-ringan sahaja. Order dari stall-stall tanpa makan menu berat . Adik Ika dan ayahnya makan kerabu meggi dan kak ana pula pekena mee celup. 



Warung Che Bunga , Kg Melayu Sungai Buloh


Meriah sungguh menu-menu Thai di deretan stall yang ada di waktu malam. Macam-macam laa kan. Korang kena order di meja sama ada melalui scan qr code atau pun ada staff yang akan ambil order. Nanti pekerja stall akan mai hantar ke meja. 


Warung Che Bunga , Kg Melayu Sungai Buloh

Bulan Ramadan ni, tahun lepas kami sempat makan colek colek di Warung Che Bunga. Pernah juga kak ana terbitkan entrinya di SINI . Tahun ni pada tarikh entri ini di terbitkan dah masuk hari ke 12 Ramadan, belum lagi berkesempatan makan colek lagi. 

In Syaa Allah.. ada rezeki nanti boleh lah kami ke sini untuk makan colek pula atau pun  Warung Kita yang tak jauh dari Warung Che Bunga ni. Di sekitar jalan utama Kampung Melayu Sungai Buloh ni memang banyak deretan kedai makan menjual pelbagai menu sarapan, makan tengahari atau pun makan malam. Dan hampir kesemuanya adalah pemilik Islam orang kita. Alhamdulillah... 

















2 Comments

  1. Masakan Thai memang sedap, cukup rasa masam, masin, manisnya.

    ReplyDelete
  2. Aissssh jadi teringin nak datangi . Papa saya sukaaa makanan Thai. Dan July esok, nak bawa parents dan adik2 ke KL dan penang. Saya dah buat list kuliner yg nak icip selama di sana. Tapi sungai Buloh ini jauh dari KL ya kak? Sayangnya saya tak ada kendaraan selama di sana, jadi tergantung dengan. Grab atau public transport.

    Memang pas makan makanan Tomyam di saat malam, apalagi ketika habis hujan. Cocok dengan rasa makanannya yg panas dan berkuah 😄👍

    ReplyDelete