Kak ana ni suka sangat kalau ke Sungai Buloh , mana lagi kalau tak ke kawasan jualan pokok-pokok bunga. Lokasi favourite kak ana di kawasan nursery yang terletak di belakang Hospital Sungai Buloh nun. Kalau sampai sana, seronok sangat rasanya dapat melihat dan membeli pokok-pokok bunga lerr..

Pagi tu , kak ana dan sekeluarga cadang nak ke sana lah, nak cari pokok vinca untuk koleksi laman kak ana. Kami belum sarapan lagi, Kak Long bagitau ada sebuah kedai makan yang viral juga di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh tak jauh dari kawasan nursery.

Kami pun waze lah dan sampai lah Warung Che Bunga. Besar dan luas juga Warung Che Bunga ni. Senang nak mai sini, waze saja naa.. Cuma parkir kereta agak terhad dan kami parkir di seberang jalan berhampiran sekolah agama. 


Warung Che Bunga , Sungai Buloh


Warung Che Bunga, Sungai Buloh 


Warung Che Bunga ni, berkonsep terbuka dan self service , jadi korang pii beratur ambil makanan , minuman dan bayar kemudian bawa ke meja. Usah risau banyak meja untuk korang lepak makan bersama keluarga dan kawan-kawan.

Banyak menu yang kak ana lihat adalah menu Pantai Timur. Seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan sebagainya. Ada set roti kukus nampak sedap, tapi suami kak ana tak nak pula nak try. Kami makan nasi kerabu, nasi dagang dan sempat try teh madu yang melempah ruah buihnya. 



warung che bunga, sungai buloh


Ada pelbagai pilihan lauk untuk di makan bersama nasi kerabu. Kami try makan nasi kerabu ayam goreng dan nasi kerabu daging bakar.  Secara keseluruhannya, rasa nasi kerabu di Warung Che Bunga ni sedap, tumisnya pun sedap tapi agak pedas sedikit. 


Warung Che Bunga , Sungai Buloh


Agak menarik kerana ulam-ulaman dalam set nasi kerabu ni agak pelbagai. Tidak lah sekadar ulam taugeh dan kobis macam selalu juga kak ana dapat bila order nasi kerabu di sesetengah gerai. Ada ulam bunga kantan, kobis ungu, kobis, ulam daun kesum dan dua tiga jenis lagi. Di berikan juga telur masin dan keropok. 

Harga kak ana tak berapa ingat sebab yang bayar suami di kaunter. Bila congak lebih kurang antara RM7-RM8 sepinggan lebih kurang. Tapi banyak lah memang kenyang, Alhamdulillah.. 


warung che bunga, sungai buloh


Set nasi dagang di Warung Che Bunga pun tak kurang sedapnya. Kak ana try nasi dagang lauk ikan tongkol. Kuah gulai nasi dagang di sini pun agak sedap. Kuah yang cukup pekat dan potongan isi ikan agak besar.  Ada acar timun dan juga sambal. Sambal tu agak pedas pada kak ana. 

Kak ana ni ada gastrik yang kuat, jadi pedas sikit dah alah pada kak ana, tapi kalau korang penggemar makanan pedas pasti menyukainya. Harga pun antara RM6-RM8 kak ana tak pasti. 


warung che bunga, sungai buloh


Kami minum air biasa-biasa seperti teh o ais, kopi o ais, milo dan suami try teh madu nii. Memang power lah manis leting, melimpah ruah buihnya tapi sedap lah, sekali sekala boleh , selalu jangan naa. 

Apapun selesa untuk kita makan di sini dan menu pun sedap. Harga berpatutan, reasonable pada waktu harga makanan yang kian mencanak laa nii. Kalau korang kebetulan berada di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh boleh lah try singgah sini.

Kak ana di fahamkan malam pun ada buka Warung Che Bunga nii, tapi menu masakan panas-panas lah kan. Selesai makan, kak ana pun apa lagi, dengan cerianya menuju ke deretan nursery dalam misi mencari vinca. Nanti kak ana share naa.. koleksi vinca kak ana di laman , In Shaa Allah.. 


1 Comments