Pastri Bella Baked Shop , Tamarind Square, Cyberjaya air tangan Masterchef Dr Ezani rupanya..
Dalam entri kak ana yang lepas kak ana ada cerita yang kami ngopi di Cafe Kucha Lala Kafe Kampung tetapi adik Ika tak makan sebab dia nak makan dessert lepas tu. Lepas je kami jalan-jalan keliling Tamarind Square yang sangat esthetic persekitarannya, adik Ika ajak kami masuk ke satu cafe yang agak viral laa di sini.
Di hadapan pintu ada lah seorang staff perempuan tunggu dan kami bagi tau kami berlima, terus staff tu bagitau tak ada seat untuk 5 orang dan kalau nak kena tunggu 30-40 minit. Yang agak pelik bila kak ana tengok ada sahaja pelanggan yang keluar dan cafe tu pun dalam glass house jadi kami nampak ada sahaja seat meja kosong.
Tak tahu lah kenapa kami kena tunggu atau mungkin lah konsep cafe ni, tak boleh ubah kerusi atau cantum meja agaknya. Tak apa lah bukan rezeki kami nak makan di sini petang tu. Kami pun jalan-jalan lagi dan naik ke aras atas, ada escalator kat situ.
Sambil jalan-jalan tu di hadapan kawasan yang agak lapang dan ada kelihatan anak-anak remaja bermain skateboard, kak ana nampak di hadapannya sebuah dessert cafe yang agak menarik. Terus ajak anak-anak masuk .
Pastri Bella Baked Shop , Tamarind Square, Cyberjaya air tangan Masterchef Dr Ezani
Ada sahaja ruang kosong dalam cafe ni dan tak kurang juga cantik sangat dekorasi cafe. Cafe ni namanya Pastri Bella . Ada pelbagai potongan kek di kaunter hadapan dan nampak menarik dan sedap-sedap.
Kak ana ke meja dan adik order minuman dan pilih kek di kaunter buat bayaran dan nanti staff depa maii hantar ke meja kami. Staff ramah dan baik sangat. Tak lama lepas tu sampai lah minuman dan kek ke meja kami.
Semuanya sedap, kami makan 3 slices cake , Victoria Sandwich Cake, Chocohazelnuttela dan satu tu kalau tak silap kak ana Lemon Cheese Cream Brulee. Sebab kak ana memang suka makan cream brulee kalau pii mana-mana dessert cafe ni.
Air ermm... memang tak ingat dah nama dia. Dan semua kek yang kami makan sedap sedap sangat dan kalau dekat mesti selalu repeat ni.
Dan korang tahu tak, masa nak terbit entri ni macam biasa kak ana akan cari info cafe dan baru lah dapat tahu yang Pastri Bella Baked Shop ni owner dia adalah Dr Ezani Masterchef Season Pertama dahulu tu. Patut lah semua nya sedap dan homebaked sangat kek-kek yang kami makan hari tu.
Dan hari itu juga, Harraz dah berusia 6 bulan dan dah boleh makan. Kak ana picitkan sebiji blueberry dari kek tu suapkan ke mulutnya, terkunyah-kunyah lah dengan gigi empat batangnya berkerut muka masam agaknya hehe :)
Siapa sangka kan, ada hikmah di sebalik tak dapat masuk cafe yang kat bawah tadi, rezeki nak makan kek sedap air tangan Dr Ezani. Alhamdulillah. Cafe cantik , Muslim owner dan menu pun sedap.
Kalau korang ke Tamarind Square jangan lupa naik atas dan cari lah Pastri Bella Baked Shop ni, ada pelbagai lagi menu lain selain dessert untuk di nikmati dalam ambience yang tenang. Semoga bermanfaat...
1 Comments
Sedapnya tengok semua gambar2
ReplyDelete