Resepi Pan Mee Goreng Cendawan Black Fungus
Resepi ni kak ana adjust sendiri sahaja konon nak ala-ala resepi mee tarik tu laa.. Tapi bila rasa sedap lah juga, ia tak kering dan agak lembab sesuai di makan untuk sahur atau sarapan pagi. Kalau korang biasa singgah ke blog kak ana pasti tahu , kak ana suka masakan dengan letak cendawan. Tak kira jenis apa asalkan ada cendawan, memang kesukaan kak ana dan Adik Ika di rumah nih.
Sebab tu ada jer stok cendawan kat rumah ni. Sama ada cendawan shitake, kering atau segar, cendawan butang atau cendawan straw hat dalam tin, cendawan enoki , cendawan tiram , black fungus dan sebagainya lah..
Pan mee kak ana gunakan jenama Vits, kebetulan ada stok di rumah kiriman PR untuk satu kempen yang lepas, 2 pek depa bagi kak ana. Senang lah ada semua bahan dan terhasillah pan mee goreng simple untuk hidangan makan sekeluarga. Jom.. kak ana share resepi olahan kak ana sendiri.
Resepi Pan Mee Goreng Cendawan Black Fungus
Ini antara bahan-bahan yang kak ana gunakan .
3 keping pan mee Vits
3 ulas bawang putih - di ketuk sahaja
1 biji cili merah
setangkai daun bawang
Cendawan shitake segar - kalau kering rendam kan terlebih dahulu hingga lembut
sepaket cendawan hitam segar atau black fungus, sama juga jika guna hat kering rendam kan dahulu
Isi ayam
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
garam secukup rasa
Cara masak Pan Mee goreng balck fungus
1. Celur pan mee dan tos kan.
2. Isi ayam , perap bersama sos tiram dan kicap manis.
3. Hiris cendawan hitam, cendawan shitake, daun bawang dan cili merah .
4. Panas kan minyak dan goreng seketika isi ayam yang dah di perap. Bila dah nampak masak dan garing sedikit, ketepikan, tumis bawang putih dalam kuali yang sama.
5. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis, tambah sedikit air jika terlalu pekat dan kering.
6. Masukkan cendawan shitake dan gaul semula dengan isi ayam goreng tadi. Masukkan cendawan hitam, gaul sebati. Rasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
7. Masukkan pan mee yang dah di celur dan gaul hingga serata. Akhir sekali masukkan cili merah dan daun bawang hiris, matikan api, siap untuk hidangan panas-panas. Selamat mencuba .. :)
0 Comments