Lama terperap gambar-gambar dan video dalam handphone kak ana kisah sotong kering nih. Bulan Januari 2024 yang lepas , kan kak ana ada story kisah cuti-cuti family di Lumut ke rumah adik kak ana. Waktu tu laa kak ana beli sotong kering ni di bandar Lumut dari kedai perusahaan Jamilah tu.

Kalau ke Lumut memang kak ana akan beli hasil laut dari kedai Perusahaan Jamilah, kita mestilah support orang kita , kan.. Pelbagai hasil laut ada di jual di sini, di hadapan Lumut Waterfront tu ada kedai nya yang paling besar lah, rasa kak ana. 


Resepi sambal sotong kering


Resepi sambal sotong kering 


Sotong kering ni memang wajib lah jadikannya sambal tumis, menu lain kak ana tak pasti nak masak kan apa yang sesuai.  Korang ada idea tak selain masak sambal tumis, nak masak apa dengan sotong kering ni ? 



Resepi sambal sotong kering
credit photo Shopee 

Pinjam foto dari Shopee Perusahaan Jamilah sotong kering yang kak ana beli hari tu sebab lupa nak ambil gambar sebelum di rendam. Sotong kering kalau nak masak, kena rendam agak lama juga supaya ia lembut. 

Kak ana rendam semalaman, malam sebelum masak tu dengan air panas. Lepas tu bilas banyak kali supaya ia bersih sebab ye laa kan ia di jemur hingga kering di kawasan terbuka. Bilas lah banyak kali sampai airnya jernih dan tos kan sebelum di masak. 



Resepi sambal sotong kering


Bahan dan cara masak sambal sotong kering cara kak ana , amatlah mudah dan simple sahaja. 

Bahan-bahan :

1 pek sotong kering 
2 sudu cili pes
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sos cili 
garam 
gula perang
sedikit air 

Cara masak sambal sotong kering 

1. Rendam sotong kering dalam air panas hingga lembut, basuh, bilas hingga bersih dan toskan.

2. Blend bawang merah dan bawang putih , tumbuk pun boleh .

3. Tumis lah bawang blend, masukkan cili pes dan sos cili. Biar pecah minyak dahulu dan kemudian masukkan sotong kering.

4. Kalau terlalu kering tambahlah sedikit air .

5. Rasakan dengan garam dan gula secukup nya. Dan siap lah sambal sotong kering.


sambal sotong kering

Kak ana masak memang tanpa belacan kerana di rumah ni suami dan adik Ika alah pada belacan, resdung . Tapi kalau masak sambal tumis, buh belacan memang lagi kick laa kan. Selamat mencuba naa... Semoga bermanfaat... 




5 Comments

  1. Kami pun kalau ke Lumut mmg beli dekat kedai Jamilah ni...
    Sy belum pernah buat sambal sotong kering tapi teringat arwah Abg Cik dulu, suka sotong kering bakar. Liat, tapi arwah suka sungguh :D

    ReplyDelete
  2. sambal sotong kering tersangatlah sedapnya

    ReplyDelete
  3. Nieyl tak suka sotong kembang dan sotong kering, tapi husband ngan mak nieyl sukaaa sangat2...

    ReplyDelete