Cheesekut guna Digestive Biscuits lebih rasa premium
Asalnya Adik Ika nak buat resepi tiramisu Khairul Aming. Dia keluar dengan kawan-kawan hari tu, beli lah satu pek cream cheese dan juga sekotak whipping cream di pasaraya. Cari punya cari biskut Ladyfinggers untuk base tiramisu tu tak ada laa pula di pasaraya.
Biasa lah bila keluar jer resepi Khairul Aming, viral kebanyakan bahan-bahannya mesti habis di pasaran. Ramai excited nak cuba , kan. Jadi , kak ana cadang nak gantikannya dengan Digestive Biscuits.
Dua hari kemudian baru lah kak ana dapatkan Ladyfinggers Biscuits dan bolah dah buat tiramisu kononnya.
Resepi cheesekut sedap guna Digestive Biscuits
BAHAN A:
1 paket Digestuve Biscuits ( korang boleh beli dipasaraya )- simpan sekeping dua untuk bahan taburan di permukaan atas cheesekut.
BAHAN B:
250gm krim keju
1 kotak kecil whipping cream
3 sudu gula
Cara buat cheesekut sedap dengan Digestive Biscuits
1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu pukul sampai kembang. Jika tiada mixer, boleh menggunakan whisk sahaja.
2. Celup Digestive Biscuits dalam bancuhan susu sekejap sahaja kerana ia cepat lembik .Susun dalam loyang atau kak ana guna kan bekas kaca kecil-kecil saiz muat sekeping biskut bulat, saiz Digestive Biscuits tu ngam-ngam sahaja.
3. Letakkan lapisan biskut di bahagian paling bawah dan selang seli kan dengan lapisan cream cheese.
4. Ulang proses hingga penuh loyang atau acuan masing-masing.
5. Lapisan terakhir, blend kering biskut dan tabur kan di atas lapisan cream cheese terakhir.
6. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam sebelum dinikmati.
Siap lah cheesekut non-baked yang sedap dan tidak terlalu manis malahan rasa premium dengan menggunakan Digestive Biscuit. Memang sedap dari kak ana menggunakan cream creakers atau biskut Marie. Rasa tekstur lapisan sangat soft dan taburan yang tidak manis. Alhamdulillah... Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah...
4 Comments
rajin mencuba resipi baru terbaik hasil olahannya
ReplyDeleteAisssh kak, thank you ... Mudah sangat resepnya, tak perlu baked pula 😍😍. Nanti nak coba lah.
ReplyDeleteyg penting tak terlalu masni.. mufdah aje reseipi boleh la cuba nanti
ReplyDeletekena cuba juga nanti :)
ReplyDelete