Pertama kali kak ana makan buah terung belanda , bila jiran kak ana, Zura bagi beberapa biji yang di belinya dari Thailand tak pun Indonesia kalau tak silap. Lupa dah sebab dah lama gambar terung belanda ni terperap dalam galeri phone. Baru hari ini, kak ana nak terbitkan entrinya... lahaiii

Kata Zura, sedap buah ni masam-masam manis rasanya. Pernah kak ana nampak rupa paras buah merah kecil-kecil ni di Cameron Highlands sejak dedulu lagi, tapi memang tak pernah terlintas nak mencubanya. Bila Zura dah beri beberapa biji, kak ana potong dua dan makan. 


buah terung belanda


Buah terung belanda

Apa rasa buah terung belanda ? Waktu kak ana makan tu, rasanya lebih kurang rasa buah tomato ceri. Masam-masam juga lah tak berapa manis. Kupas kulit dan belah dua , makan macam tu sahaja. Nak kata sedap tu, tidak lah. 

Dari pencarian kak ana di internet, ada yang jadikan ia minuman jus terung belanda. Kak ana dah boleh agak rasa jus nya lebih kurang rasa jus markisa barang kali. Kerana buah terung belanda ni pun ada biji-biji di tengahnya, mirip markisa tapi teksturnya tak sama macam markisa. 

Buah terung belanda ini juga di kenali dengan nama tamarillo . Saiznya kecil sahaja lebih kurang saiz telur ayam gred C macam tu lahh.. Dalam carian di internet, dinyatakan buah asam ini kaya dengan vitamin C dan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. 

Korang carilah naa... dari sumber-sumber yang sahih kerana ia di luar pengetahuan kak ana untuk di kongsikan di sini. Apapun , terima kasih pada Zura, dapatlah kak ana merasai juga satu lagi buah ciptaan Allah swt yang Maha Kaya . 

Setiap satu yang di ciptakanNya pasti ada manfaat buat isi alam. Begitulah Maha Sempurna Tuhan Sekalian Alam.... Subhanaallah... 

8 Comments

  1. ini banyak jual kat kundasang, sabah tapi pakai nama lain.... sedap tapi sikit masam kan?

    ReplyDelete
  2. skali pandang macam tomato hehehe

    ReplyDelete
  3. Belum pernah jumpa terung ni...
    Rezeki Kak Ana dapat merasa :)

    ReplyDelete
  4. Selain terung belanda, ia juga dikenali sebagai buah cinta, Kak Ana. Sy tahu buah ni masa jalan² ke Medan.

    ReplyDelete
  5. ada khasiatnya tersendiri tu

    ReplyDelete
  6. Buah yang banyak khasiat ni.

    ReplyDelete
  7. Di Medan banyaaaak sangat restoran yg menyajikan jus terong Belanda. Dan rata2 sedap. Dia punya mix antara air dan buah pas. Juga gula nya. Jadi tak masam sangat.

    Tapi anehnya di jakarta, jarang sangaaat saya temukan jus terong Belanda yg sedap kayak Medan.

    Mostly kebanyakan air 😅

    Makanya kalo sedang balik kampung ke Medan, saya puas2in minum jus terong Belanda kak. Apalagi di Medan suka dicampur dengan markisa. Namanya menjadi MARTABE. Jus markisa terong Belanda.

    ReplyDelete