Tak ingat dah raya ke berapa kak ana dan adik sekeluarga plan nak jalan-jalan ke Ipoh, Perak dari kampung kami di Teluk Intan. Kami pii dua kereta. Memang tak plan nak beraya rumah sesiapa pun cuma nak jenjalan makan angin ke Ipoh. 

Kami gerak dan sampai Ipoh, singgah makan di restoran nasi kandar viral kat Ipoh. Pekena nasi kandar di Restoran Nasi Vanggei yang terkenal tuu laa. Tak ramai sangat orang waktu kami makan , sedap dan tak mengecewakan lah walaupun ia tempat viral kan, tapi memang sedap.


Concubine Lane, Ipoh


Makanan viral di Ipoh 


Hasil carian di internet Restoran Nasi Vanggei ini adalah milik Muslim atau muslim owner. Rujukan  artikel : ( https://www.sinarharian.com.my/article/51194/nasi-vanggey-milik-muslim ) . Restoran besar dan luas, selesa untuk makan ramai-ramai berkonsep terbuka. Terima kasih kat adik kak ana, Lan yang belanja kami semua makan tengahari tu. 

Lepas tu kami singgah ke Masjid Negeri untuk solat Zohor. Lama dah rasa tak masuk ke masjid negeri ni, masih sama seperti sebelum ni. Selesai solat, kami ke Stesen KTMB tak jauh dari masjid. Anak-anak nak ber ootd raya kat situ. 

Tapi agak kecewa sangat, bangunan yang bersejarah stesen KTMB di Ipoh ni langsung dah tak terjaga sebaiknya. Dah macam bangunan tinggal jer, jauh beza dengan bangunan Stesen KTMB KL dan Bangunan Sultan Abdul Samad yang terjaga dengan baik dan indah.

Yang ada kat bangunan KTMB Ipoh ni hanyalah stesen KTMB yang masih di gunapakai. Itu pun ermm... Sendu sangat . Sayang kan, tak berapa cantik dah nak ber ootd di sekitar bangunan ni. Kami pun bergerak ke Concubine Lane dan Plan B. 



Concubine Lane , Ipoh


Concubine Lane, Ipoh 

Ini kali pertama lah kak ana sampai ke Concubine Lane, Ipoh nih selepas ia menjadi port viral dan instagramable port. Kak ana turun di hadapan cafe viral Plan B sementara suami cari parkir. Parkir agak sukar juga kerana ia merupakan lokasi di celah-celah bangunan lama di sini.

Di sekitar Plan B cafe ni, adalah beberapa kiosk jualan dan dekorasi di kawasan ni sangatlah esthetic dan menarik. Sesuai untuk bergambar.  Kak long, Aiman, Adik dan Haris banyaklah bergambar di sini di port-port yang esthetic dan instagramable. 

Dan di seberang jalan di hadapan Plan B inilah terletaknya sebuah lorong yang viral iaitu Concubine Lane, Ipoh . Concubine Lane ni maksud dia lorong perempuan simpanan atau gundik. Tapi dulu laa kan, sekarang ni gundik tak duk sini dah, depa dah duk condo mewah hehe :) 



Concubine Lane, Ipoh


Dan port viral Ipoh ni memang selorong sempit ni sahaja di mana di kiri kanan adalah kiosk menjual aneka barangan dan makanan yang sedang viral untuk di cuba. Ia lebih kurang Jonker Walk di Melaka tetapi ia hanyalah selorong sahaja berbanding dengan Jonker Walk yang luas dengan deretan kedai-kedai. Tapi ia menarik pada kak ana.

Kami pun cubalah beberapa menu makanan viral yang orang selalu makan kat sini. Makan desserts dan air sahaja, kerana peniaga di sini kebanyakannya bukan Islam. Jadi pandai-pandailah buat pilihan naa. Tapi mereka semuanya baik dan ramah melayan pelanggan, tak macam Petaling Street huhu :) 


Concubine Lane, Ipoh


Raindrop Cake atau Kuih Titisan Hujan


Petang tu kami sempatlah mencuba manisan viral Raindrop Cake atau Kuih Titisan Hujan. Sebekas tu berharga RM8 . Agak over priced tapi sekali nih je datang sini nak makan, kak ana beli 2 set. Kongsi-kongsi dengan budak-budak ni buat ghaso-ghaso.

Sedap, tak manis sangat jelly jernih di makan dengan sos gula melaka dan kacang goreng tumbuk. Jelly tu sangat lembut dan gedik-gedik je, soft rasa plain serbuk agar-agar sahaja cuma di beri rasa pada sos gula melaka dan tekstur rangup taburan kacang tumbuk. 



Kami juga minum air kelapa segar dan Aiman beli pula sebiji tembikai yang di blend isinya. Pure rasa air tembikai, memang sedap lah kan.  Aiman juga beli segelas air biru The Fairy berasap-asap air nya. 

Haris pula belanja kami tanghulu 3 batang. Tanghulu ni kak ana nak bagi kredit lah memang sedap sebab salutan gulanya nipis dan pecah lembut sahaja bila di gigit. Hilang rasa manis salutan gula bila di makan bersama buah strawberi yang masam tu. Jadi ia memang sedap berbanding yang pernah kak ana makan di jualan food festival di KL sebelum ni keras kekung gula depa. 

Concubine Lane, Ipoh


Banyak lagi makanan viral yang ada di sepanjang lorong Concubine Lane ini antaranya Rainbow Fries, Ais kepal atau Rainbow Iceball , Jellyball , Hokaido Icecream Puff, Rainbow Cheese Bread dan sebagainya. Kebanyakannya memang harga agak mahal dan kalau was was tak perlu lah nak mencubanya. 

Menarik sangat jalan-jalan ke Ipoh kali ni , kak ana sekeluarga dengan adik kak ana sekeluarga. Kira macam food hunt ke Ipoh laa trip kali ni. Sebelum balik kami singgah ke AEON STation 18 dan kemudian terus pulang ke pangkal jalan... 





4 Comments

  1. Sy belum pernah ke sini .. In fact tak pernah kot jalan² di Ipoh ni. Setakat singgah bermalam je sblm teruskan perjalanan ke kampung atau balik semula Gombak

    ReplyDelete
  2. air timun cina tu sedap (watermelon)

    ReplyDelete
  3. Saya paling suka kalo jalan ke night Bazaar seperti ini. Cuma yg saya pernah visit hanya JONKER Melaka lah. Itu pun tak puaaaas 2 malam merasakan 😄. Saking banyaknya kuliner.

    Nantilah sesekali kalo ke Ipoh coba yg Ipoh juga

    ReplyDelete