Di kediaman kak ana nih, boleh di katakan hampir setiap petang hujan lebat. Tengahari cuaca agak panas terik juga. Apapun bersyukur lah sangat kan, sejuk juga sampai ke malam. Kadang-kadang hujan lebat sampai lah ke tengah malam pun ada dengan izinNya.

Beberapa minggu lepas, hujan dari pagi sampailah ke malam. Pagi nya, macam selalulah rutin kak ana bersihkan ruang kucing di belakang rumah. Sambil sapu jirusan air di tangga belakang tu, kak ana terpandang ada sesuatu dalam longkang belakang rumah;

Pii laa tengok dekat-dekat, Masyaa Allah ada seekor ikan dalam longkang yang airnya cetek sangat. Dari mana lah datangnya ikan ni. Besar juga ada lah sebesar lengan kak ana dari hujung jari hingga ke siku. 


ikan haruan

Kesian sangat kak ana tengok ia seperti tak cukup nafas dalam air yang cetek tu. Betul, ia masih bernyawa bergerak-gerak siripnya kiri dan kanan serta nampak insangnya juga mengembang. Kak ana tengok pada sisik nya, seperti seekor ikan haruan. Kepalanya pun seperti haruan, kan. 

Kak ana ambil gambar ni dan post dalam group whatsapp kejiranan. Manalah tahu ada jiran yang terlepas ikan haruan. Ada lah dua tiga jiran yang respond, kata depa mungkin dari aliran air masa hujan lebat malam tadi, tapi tak dak sapa pun kata ikan depa.

Kak ana panggil lah jiran terdekat, Zura dan suaminya Abang Yaya. Depa mai tengok dan Abang Yaya ambil ikan tu bawa balik rumah. Kak ana pun tak tanya lah dia nak buat apa dengan ikan tu, hehe :) Nak bela ke apa ke , waallahu a'lam. 

Janji ikan tu dah tak ada depan mata kak ana. Kak ana tak boleh tengok, kesian sangat sebab ia masih bernyawakan. Mula-mula tadi ingat nak ambil buh dalam baldi, petang nanti suami balik nak lepaskan kat paya di taman rekreasi tak jauh dari kediaman kami ni. Tapi dah Abang Yaya ambil, biarkan sahaja lah. 

Apa yang masih misteri pada kak ana, dari manalah datangnya si haruan misteri ini. Longkang kami ni tak lah bersambung dari mana-mana sumber air semulajadi. Hanya longkang di deretan perumahan lorong kami ni sahaja rasanya. Ermmm.... misteri kan huhu :)