Dalam entri kak ana yang lepas-lepas , pernah kak ana ceritakan yang kak ana dengan Cameron Highlands ni dah macam kampung ke dua. Dari kecil-kecil dah selalu naik ke Cameron, sampailah ke usia muda remaja dan syukur di usia kini pun masih sering kali ke sini.

Jiwa kak ana memang suka pada suasana di Cameron dengan keindahan muka bumi di hiasi bunga-bungaan yang jarang subur di persekitaran kediaman kak ana nih. Tapi itulah, sejak arus permodenan, laluan masuk ke Cameron mudah di akses dari pelbagai negeri, ia menjadikan Cameron Highlands kini dan berbeza dari dahulu.. 


scones sedap Cameron Highlands


Inilah harga kemajuan ye dak, ada yang harus di korbankan demi lestarinya kemajuan umat manusia di era dan zamannya. Kalau dahulu, suhu sentiasa bawah 20'c kalau di sini, tapi 24-25hb Mei 2024 yang lepas, kak ana berada di sini tengahari pun suhu agak panas sekitar 22'c. 

Lewat malam dan subuh baharulah dapat rasa kedinginannya di suhu 19'c . Mungkin faktor cuaca kini yang memang panas di seluruh dunia. Persekitaran pun banyak pembangunan pesat sedang dan telah berlaku di atas gunung nih. 


Bala Chalet, Cameron Highlands


Paling menyakitkan bila kak ana tonton di tiktok, peak season memang jemmed kaw-kaw di sini, dan sesak dengan pengunjung di merata tempat khasnya di Kea Farm lah. Waktu kak ana ke sini, masih mampu lagi dan tidaklah begitu jemmed teruk. 

Kami sangkut bila dalam perjalanan dari hotel penginapan, Springhill Resorts, Tanah Rata menuju ke Kea Farm itu pun dah nak balik dah masa tu, kiranya sekali je lah tempoh jemmed. Selebihnya okay lagi lah sebab hari Jumaat dan sekolah belum mula bercuti hari tu. Tapi masa Sabtu nak balik tu, laluan bertentangan turun dari Simpang Pulai memang sendat tak bergerak dah. Bertabahlah ampa semua yang baru sampai tu. 


Bala Chalet Cameron Highlands


Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands

Panjang pula mukadimah ye, meh laa sambung cerita tajuk asal entri ni. Kami sampai dari Simpang Pulai, singgah di Avant Chocolate, minum dan makan aiskrim sat. Kemudian turun ke Brinchang singgah dulu ke Ladang Teh Cameron Valley Ladang Teh Cameron Valley , di Sungai Terla tepi jalan tu jer. 

Dari sana, terus waze ke The Bala Holidays Chalet, Tanah Rata, Cameron Highlands untuk minum petang atau hi-tea. Macam selalu, sebelum ke mana-mana bercuti, kak ana dan Adik Ika akan research dahulu di internet, paling mudah sekarang kat tiktok lah kan. 


Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands

Kak ana memang suka sangat pada vibes the old Cameron Highlands, bercirikan rumah ala-ala English Cottage, di saluti pokok-pokok menjalar hijau, bertaman aneka bunga yang indah dalam suasana yang sejuk dan tenang. 

Kalau di Cameron Highlands kini, vibes sebegitu masih ada di The Olde Smoke House, Tanah Rata, The Lake House, Lubuk Tamang, Ringlet dan yang banyak di kongsikan di tiktok adalah di The Bala Holidays Chalet, Tanah Rata nih laa.. 


Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Sampai sahaja di perkarangan chalet yang merupakan bekas sekolah berasrama zaman kolonial dahulu, memang tenang dan nyaman sangat permandangan dan suasananya. Bagaikan kembali ke zaman the old Cameron Highlands sekitar tahun 80-90an dahulu. 

Laman menghijau dan lanskap bertema English Cottage Garden cukup memberikan rasa obses kak ana pada pemandangan yang ada di depan mata. Masyaa Allah... indahnya tumbuhan yang hidup mekar di sekitar taman Inggeris di sini. Pujian pada Allah swt tak henti di bibir, kagum dengan kebesaranNya. 


Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Scones dan teh di The Bala Chalet, Cameron Highlands 

Sampai disini, kami ke reception counter dan beritahu pada staff datang untuk hi-tea. Ia di buka untuk umum bermakna tak bermalam di sini pun kita boleh minum petang. Hi-tea bermula selepas pukul 3 petang dan tak perlu reservation, boleh sahaja walk-in macam kami. 



Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Staff meminta kami ke glass house di sebelah di ruang luar lobbi chalet. Di glass house ni pun cantik sangat dekorasi gaya Inggeris klasik memenuhi ruang. Di berikan menu dan order lah. Tak banyak pilihan menu yang ada, kerana ia terhad untuk menu minum petang sahaja. 


Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Cuma kak ana nak pesan, coffee house atau restoran disini tidak memiliki sijil halal, jadi hati-hati dalam pemilihan menu. Kaalu was was tak yah maii , naa ... Sebab kita minum petang sah-sah lah minum teh ye dak dan pilihan makanan pula berasaskan pastri dan scones sahaja yang tiada keraguan, In Syaa Allah.. 



Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Kami pilih seteko teh untuk 3 orang, 2 set scones dan apple pie dengan topping aiskrim sahaja . Sementara menunggu menu sampai, kami ronda-ronda kawasan hadapan yang di benarkan masuk untuk mengambil gambar dan menikmati keindahannya. 

Tak lama jer sampailah hidangan hi-tea kami petang tu. Scones memang sedap, lembut dan di makan dengan home made jem strawberries yang sangat lah sedap. Apple pie pun sedap secukup rasa tidak terlalu manis dan pastry lembut taraf hotel gitu. Kesemuanya rasa home baked sangat. 


Hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands 



Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Korang zoom lah sendiri naa.. Harga tu pada waktu kunjugan kak ana ke sana, kalau ada perubahan di masa hadapan tanpa sebarang update dari kak ana. Maklum laa , sekarang ni harga naik mendadak untuk semua sektor sekali pun. 

Total kami makan dan minum untuk menu di atas sekitar RM90 sahaja. Harga termasuklah services charge dan sst . Terima kasih Adik Ika belanja ayah dan ibu sempena anniversary. Hotel dan hi-tea dia lah yang bayar, Alhamdulillah... 


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Kak ana belanja laa ampa beberapa foto yang sempat kak ana rakam kan sewaktu di sini. Mana lah tahu korang ada cadangan nak mai hi-tea atau menginap di sini kan. 

Kak ana tak tidur sini pun, kami menginap di Springhill Resorts , Tanah Rata. Memang cantik dan baru hotel tu, nanti kak ana review di entri yang akan datang, In Syaa Allah dan letakkan back link di entri ini. 


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Kat tingkat atas tu ada bilik-bilik penginapan dan ada beberapa blok bangunan lagi di bahagian belakang dan tepi. Hanya kawasan depan ni sahaja di benarkan kita jenjalan, laluan di tutup belah dalam supaya tidak mengganggu penyewa. 

Jujurnya kak ana agak seram juga kalau nak tidur sini hehe ..  Suasana memang sunyi dan senibina rumah lama ni memberi gambaran yang berbeza, itu lah banyak sangat menonton movie classic kan huhu. 

Kalau korang nak stay sini bacalah review pengunjung di google review terlebih dahulu yang selalunya jujur dan berkongsi pengalaman depa menginap di mana-mana hotel. Kak ana memang akan baca google review sebelum booking hotel atau makanan. Dan kak ana akan write up juga review personal di sana dan juga blog. 


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands


Inilah sahaja perkongsian kak ana untuk korang yang rasa macam nak makan scones dan hi-tea di The Bala Holidays Chalet, Cameron Highlands. Pada petang tu, kami sempat juga berbual dengan owner chalet ni dan isterinya. Sangat baik, peramah dan berkongsi tips cuti-cuti di sini dan siap bagitau jalan short-cut nak ke Brinchang dari Tanah Rata ni. 


Harga hi-tea di Bala Chalet, Cameron Highlands

Memang ada laluan short-cut dari The Olde Smoke House tu potong lalu belakang Golf Club boleh lah potong sedikit jalan. Laa nih mudah juga di Cameron Highlands ada sewa motor, boleh lah jalan elak jemmed. Kalau berdua atau dewasa okay lah kan, kalau nak angkut anak-anak kereta juga lah jawabnya. Semoga bermanfaat... 

5 Comments

  1. Bestnya, bilalah saya nak dapat ke sini

    ReplyDelete
  2. Tempat ni cantikk.. Masa cikbunga naik dulu time peek season..
    So kat sini penuh..

    ReplyDelete
  3. Sy yg baca post ni jer dah rasa tak nak balik. Untung Kak Ana dapat selalu pergi CH.

    ReplyDelete
  4. Sy pun suka ke CH tapi itulah dek kerana sesaknya tu suami tak nak pergi selalu haha...
    Makan scones dekat CH umpama acara wajiblah Kak Ana kan...

    ReplyDelete
  5. Aisssh cantiiiiiknya, penuh bungaaa 😍😍😍👍.

    Skr ini Krn perubahan iklim global, memang lah tempat yg tadinya sejuk, jadi hangat skr ya kak.

    Sama juga dengan beberapa daerah tinggi di sini macam bandung, Lembang, Batu, Malang, semua dah hangat. Padahal saat kecil saya kesana, airnya macam air es. Sekarang tak lagi. Sedih juga, dan ngeri akan efek dr perubahan iklim global ini

    ReplyDelete