Hari Rabu lepas, Adik Ika ada sessi temuduga kerja di KL , saja nak test market katanya, sebab sekarang dia dah pun setahun setengah bekerja di sebuah syarikat engineering consultant di Damansara. Saja-saja la nak cuba, kak ana dan suami pun ambil cuti teman kan dia ke pejabat. Tak lah kami masuk sekali , hehe :) Malu lak dia kan mak pak datang teman IV.. Kami hantar dan pi laa ronda-ronda sekitar Berjaya Time Square. 

Selesai dalam 2 jam lebih juga, kami terus plan ke Nilai, suami pula ada urusan ke sana.Habis je selesai kami jenjalan pula ke Aeon Mall, Nilai. Makan tengahari, solat dan kak ana singgah nyoping decor di Objet. Besar Objet kat sini luas sangat seronok laa menyelam.. Huhu :) 


 

Big platter Soru Station Bangi


Big Platter, Soru Station, Bangi 

Dari Nilai tu kami waze tak jauh dah nak ke Bangi. Dalam 20 minit kalau ikut lebuhraya. Tapi suami pilih jalan persekutuan , dalam 40 minit juga lah. Ke mana lagi kalau dah singgah Bangi, nak tengok cucu laa kan. 

Macam ni rasanya bila dah ada cucu nih, duk teringat kat dia je. Masa di Time Square tu pun kak ana dah belikan dia topi comel. Pii mana pun mesti nak beli something untuk cucu, Alhamdulillah... Allah swt bagi rezeki untuk merasa ada cucu sendiri. 

Kami sampai rumah Kak Long dan main lah dengan dak tecik tu. Sihat dan makin bijak ya amat dia , dah mula tatih nak berjalan. Waktu entri ini di terbitkan dah 11 bulan dah usianya, Alhamdulillah.. 

Kami duk rumah Kak Long sampai menantu kak ana balik, dan lepas Maghrib, kami ke Soru Station yang tak jauh dari kediaman Kak Long. Pertama kali kak ana makan di sini. Tak ramai sangat dan hidangan pun cepat sahaja sampai. 

Memandangkan kami ni masih kenyang lagi sebab lewat makan tengahari tadi di Nilai dan kemudian minum petang pula di rumah Kak Long, kak ana cuma order satu set Big Platter western sahaja di Soru Station. Nak buat ghaso-ghaso gituew.


Big Platter, Soru Station, Bangi


Harga Big Platter ni cuma RM45 sahaja. Agak murah dah pada kak ana untuk satu set platter yang mengandungi Chicken Grill x Lamb Grill x Chicken Parmigiana x Spaghetti Aglio Olio x Fries x Cheezy Wedges x Homemade Meatball x Onion Ring x Black Pepper Sauce x Creamy Mushroom Sauce x Cheezy Sauce . 

Air minuman kat sini pun masih murah pada kak ana dan tidak lah over priced. Masih boleh dapat minuman panas pada harga RM3 dan minuman sejuk dari harga RM5 sangat lah berbaloi pada harga makanan di sebuah cafe atau restoran begini. Kak ana tak de pun ambil banyak gambar di sini sebab duk main dengan cucu kan hehe.. Sempatlah ambil gambar platter ni sahaja. 

Untuk rasa pula, kak ana boleh bagi 8/10 untuk menu-menu western. Just nice dan berbaloi pada harga yang di tawarkan. Sesuai lah untuk makan berempat untuk Big Platter nih. Dan ada pelbagai juga menu lain yang ada di sini. Korang boleh lah cari di internet untuk menu dan harganya. 

Ambience cafe nih okay sahaja. Kami makan di tingkat atas dan ia berhawa dingin. Cuma kalau ramai kak ana rasa kuranglah sejuk, tapi masih ada kipas juga, just nice laa kan. Soru Station ada banyak cawangan di KL dan Selangor . 

Antaranya di Setia Alam, Damansara, Wangsa Maju, Puchong, Bandar Tun Hussein Onn , PJ, Sungai Besi dan Shah Alam. Ia adalah milik Muslim , Tuan Zed Rodzuan dan boleh lah makan tanpa rasa curiga, In Syaa Allah... 

10 Comments

  1. mcm mak Ana jugak mmg selalu teringat cucu hehehe..

    psstt~ yg buat bubur asyura haritu kebetulan TERjoin sbb ada program dgn komuniti sekitar Ayer Kuning situ tp Ana duduk kat area Felda Besout Sungkai hehehe

    ReplyDelete
  2. Menarik ni kak ana..
    aritu nieyl makan dkt puchong pun ok juga harga dia...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak Big Platter tu, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi jejakkan kaki ke Soru ni.. alhamdulillah owner muslim ... Insyallah kena try nanti

    ReplyDelete
  5. Banyak dah terbaca pasal soru station ni... kena cuba lah!

    ReplyDelete
  6. Menariknya big platter ni, jimat sebenarnya bila tekak masing2 berbeza. Kadang2 tu bila keluar satu family ada yg nak makan lamb, ada nak makan ayam, ada nak makan fries. Ambik ni, semua boleh makan 👏🏻

    ReplyDelete
  7. Waah dengan banyak macamnya, harga 45 memang worth it lah 👍👍. JD teringin. Saya lihat potongan dagingnya pun nampak juicy kak ❤️

    ReplyDelete
  8. uii 45 hengget untuk 1 platter ni..worth it sangat k.ana...macam-macam ada...

    ReplyDelete
  9. Mana pulak Soru station kat Bangi ni. Tak pernah pergi lagi. Hehe.

    ReplyDelete