Comel & sedap.. Hanjuku Cheese Swiss Roll di Komugi , Halal Japanese Bakery
Antara bakery store yang kak ana selalu singgah cake hunt kalau sekitar KL dan Shah Alam ni adalah Komugi. Boleh di katakan hampir tiap kali ada sahaja outlet Komugi di mana-mana mall yang kak ana berada, mesti nak singgah masuk dan beli roti , pastri atau pun kek depa.
Bukan sahaja comel-comel tetapi sedap sangat. Dan yang paling terkini, Adik Ika beli 2 slices Hanjuku Cheese Swiss Roll. Alahai comel sangat kan, nak makan pun sayang. Warna yang soft dan pastel pula tu, memang terpesona nak mencubanya, walaupun sekadar swiss roll sahaja..
Hanjuku Cheese Swiss Roll di Komugi Halal Japanese Bakery
Jadi kalau ampa terpandang lah outlet Komugi ni kat mana-mana mall boleh lah singgah masuk dan try roti dan kek . Komugi merupakan bakeri dari negara Jepun yang juga ada beberapa signature produk dari negara Jepun seperti Baum ( ni kak ana belum try , In Syaa Allah nak kena cuba ) , Hanjuku , Mochi Puff, Wafu Cream Puff, Dorayaki dan sebagainya.
Tapi ada juga kek dari pilihan tempatan serta roti dan pudding. Memang banyak pilihan untuk korang cuba. Setakad ni yang kak ana tahu lah dan pernah sampai Komugi di Melawati Mall, Aeon Shah Alam Mall dan KL East Mall.
4 Comments
Nampak sedap!
ReplyDeletekenapa ia sangat comel....
ReplyDeletecomel sgt sayang nak makan ni kak Ana! hehehe
ReplyDeleteComel dessert tu
ReplyDelete