Kak ana ada task paid job untuk jenama cendol Win Food baru-baru ni. Kan tengah viral cendol Win tu selepas seorang influencer Jepun yang berada di Malaysia duk masak ramen menggunakan cendol Win Food ni. Jadi kak ana di tawarkan lah untuk siap kan task buat satu menu makanan dari cendol jenama nih.
Mula-mula kak ana nak buat kuih talam cendol, tapi bila tengok resepinya di tiktok , payah juga kerana ada beberapa step yang perlu di buat. Last-last kak ana pilih untuk jadikannya agar-agar cendol. Agar-agar ni kak ana buat 2 lapisan . Bila dah masak, makan memang sedap rasa macam makan cendol.

Rugi kalau tak share dengan pembaca setia blog kak ana dan juga pengunjung yang tercari-cari resepi ini di internet. Mudah sahaja sama macam buat agar-agar lain, kak ana jadikan lapisan atas tu cendol santan dan bawahnya pula gula melaka. Jom kak ana share dengan ampa semua..
Resepi agar-agar cendol gula melaka
Lapisan atas agar-agar cendol
Bahan-bahannya
1/2 paket agar-agar tali
2 senduk gula pasir - ikut kemanisan masing-masing naa
1 kotak santan
2 cawan air
secubit garam
1 pek cendol - kak ana guna Win Food Cendol ( Halal Jakim produk nih )
sehelai daun pandan
Cara buat lapisan atas agar-agar cendol
1. Didihkan 2 cawan air dan masukkan 1/2 paket agar-agar tali , masak hingga larut .
2. Bila agar-agar dah larut, masukkan gula.
3. Masukkan santan dan biar meruap kemudian matikan api. Masukkan secubit garam.
4. Tuang kan cendol yang dah di bilas dan di toskan ke dalam adunan agar-agar dan kacau seketika.
5. Tuang kan ke dalam acuan atau loyang pun boleh juga , sejukkan pada suhu bilik dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya cepat mengeras.
Lapisan agar-agar gula melaka
Bahan-bahan agar-agar gula melaka
1/2 paket agar-agar tali , lebihan dari yang atas tadi
1 buku gula melaka
1 sehelai daun pandan
4 cawan air
Cara buat lapisan agar-agar gula melaka
1. Dadukan gula melaka dan didihkan bersama 4 cawan air. Masukkan sehelai daun pandan untuk aroma .
2. Bila dah mendidih , matikan api.
3. Jika lapisan agar-agar cendol kita dah keras, lorekkan permukaan nya dengan garfu untuk pastikan ia melekat kedua lapisan.
4. Tuangkan adunan agar-agar gula melaka di bahagian atas agar-agar cendol. Sejukkan pada suhu bilik dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Kak ana masukkan juga lebihan dari acuan tadi ke dalam loyang dan menarik juga hasilnya selepas di potong. Sedap rasa macam makan cendol sebab sama sahaja bahan-bahan yang di gunakan untuk resepi ini.
Sesuai lah kan sebagai menu pencuci mulut sajian sejuk. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah...
10 Comments
Hehe ini macam ais cendol tapi versi mini.
ReplyDeleteSedapnya lahai kak Ana. Makan time cuaca panas. Pergh... Terliur pulak bila mengenangkannya. 🤭😂
ReplyDeleteAgar2 ni kalau dapat makan sejuk2 memang sedap ni Ana....
ReplyDeleteUncle memang suka lah kuih macam ni... maklumlah... 'otai'... huhuhu
ReplyDeleteCendol versi kenyal.
ReplyDeleteMinggu lepas gi kenduri ternampak ada agar2 cendol atas meja, niatnya makan dulu nanti-nanti br nak makan dessert. Sekali bila dah balik br teringat. Alahaiiiii teringat2 dlm otak jelly cendol yg memanggil2 tu
nampak pun dah sedap kak .. boleh la dicuba nanti...
ReplyDeleteAisssh kaaaaak ana 😍😍😍😍. Langsung terbayang makan cendol dengan style berbeda 👍😍. Kalo biasa diminum, kali ini dimakan pula yaa. Kreatif ❤️. Saya JD nak coba. Tp belum pernah lihat pula cendol frozen macam itu di sini
ReplyDeleteRupa pun dah rupa cendol...sedapnyaaa
ReplyDeleteAlamak kakkkk.... menggoda sungguh aihhh
ReplyDeleteCantik kejadian agar-agar cendol .
ReplyDelete