Resepi ayam goreng bawang putih
Lama dah viral resepi ayam goreng bawang putih nih, baru-baru nih sahaja dapat kak ana cuba buat sendiri di rumah. Masyaa Allah sedap sangat, boleh buat ratah-ratah memang laku. Bahan pun senang sahaja , kak ana pasti ada je bahan-bahan ni di rumah.
Kalau korang nak cuba boleh tengok VTT Che Sayang tu, kak ana ikut resepi dia memang menjadi dan sedap pada selera kak ana sekeluarga. Cuma kak ana tukarkan tepung ubi yang Che Sayang gunakan, kak ana gantikan dengan tepung beras. Pun menjadi . Kak ana kongsikan juga di sini untuk rujukan masa hadapan kut-kut laa nak buat lagi nanti kan.. Jom kak ana share kan resepi viral Ayam Goreng Bawang Putih ..
Resepi viral Ayam Goreng Bawang Putih
Bahan-bahan dan cara perapan ayam goreng bawang putih
ayam - kalau dapat kepak atau peha ayam sahaja memang lagi padu
bahan perapan :
1 inci halia
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
- kisar dengan sedikit air semua bahan dan perap pada potongan ayam yang telah di bersihkan.
1 sudu besar sos tiram
sedikit perasa dan garam
4 sudu tepung beras - jumlah mengikut kepekatan adunan perapan masing-masing, kalau cair boleh tambah tepung beras.
Gaulkan bahan perapan semua di atas dan perap dalam petisejuk paling kurang 30 minit untuk bahan meresap ke bahagian isi ayam .
Panaskan minyak dan boleh lah goreng ayam yang dah di perap. Api jangan terlalu kuat nanti garing di luar dalam tak masak. Balik-balik kan dan goreng sampai masak.
9 Comments
Nampak sedap ni Ana. Boleh cuba nanti tapi kena tunggu anak-anak ada di rumah, baru meriah. Jawap kat sinilah...Azi masih menulis lagi...menulis macam teraphy. Ada ruang masa tulis je..lepas tu buat schedule entry. Ana pun aktiif lagi ni...
ReplyDeleteMenu simple tapi nampak sedap ni .. ayam garing .
ReplyDeleteCie pernah dah try memang sedap kak. Anak2 pun suka.
ReplyDeleteIni waktu asisten saya yg lama masih kerja dengan saya, dia pernah buat. Sedaaaaap memang. Apalagi bawang putihnya JD bisa dimakan begitu saja.
ReplyDeleteSayangnya dia dah resign pula. Dan ntah kenapa saya tak bisa buat yg sama sedap 🤣
Memang sedap diratah² ni kak ana.
ReplyDeletetengok gambar pun dah nampak sedap ni kak ana...
ReplyDeletenieyl suka juga buat ayam goreng bawang putih cumanya nieyl guna serbuk bawang putih tapi resepi kak ana ni menarik..nnt nak try laaa
fuhhhh sedap ayam goreng bawang putih mcm ni Kak Ana!
ReplyDeleteSEDAP TU BUAT KUDAPAN R LAUK NASI
ReplyDeletehasil nampak menyelerakan! boleh try ni bahan pun mudah je
ReplyDelete