Hari tu kak ana dan suami pii ambil Adik di pejabatnya, dan sebab tak nak terlepas Maghrib, kami cadang nak makan di Ikea sahaja untuk dinner. Ronda-ronda dahulu dalam show room lepas tu terus solat di surau Ikea dan singgah makan di cafe.

Adik Ika craving nak makan meat balls Ikea dan ayahnya suka dengan lasagna . Masa queu nak ambil menu tu ada nampak promo menu special sempena bulan kemerdekaan . Kali ini ada 2 menu yang kak ana nampak iaitu nasi lemak salmon,  dan pencuci mulut kek apam balik. 


menu merdeka special Ikea Malaysia


Menu Merdeka Special Ikea 

 
Kak ana teruja sangat nak cuba Merdeka Special Ikea kali ini yang ada di cafe Ikea malam tu iaitu Apam Balik Cake atau kek apam balik. Bersaiz separa bulat dan comel sahaja tetapi nampak sedap sangat. Menggoda sungguh si comel ni. Kak ana ambil lah satu buh dalam troli dan Adik Ika belanja di kaunter. 



kek apam balik Ikea


Harga kek apam balik ni cuma RM9.90 sebiji untuk harga member's family Ikea dan normal price pula adalah RM10.90 beza seringgit. Promosi ini akan berlangsung dari 5 Ogos hingga 30 Oktober 2024 nanti. Sempat lagi kalau ampa nak cuba. 


Apam balik cake Ikea Merdeka Special


Rasa dia sangat lah sedap pada kak ana, dan kalau ada rezeki akan repeat lagi nanti. Dah repeat lagi pula yer.. Manglish sungguh hehe :) Sedap ia ada gabungan rasa cheese dan juga apam balik. Ada taburan kacang dan peanut butter kalau tak silap sebagai topping tu. 

Paling sedap lemak manis jagung yang memberikan sentuhan rasa apam balik pada kek ini. Cukup sesuai dengan citarasa Malaysia pada sentuhan resepi adunan kek apam balik Ikea sempena bulan kemerdekaan kita kali ini. Ampa kena pi cuba , naa ...


meat ball ikea


Adik dengan Ikea Meatball nya lah.Pada kak ana paling suka tentang meatball Ikea ini adalah mashed potato dan gravy nya. Sangat sedap dan blend pula bila di makan dengan jem rasberry tu. Kak ana kalau ke Ikea akan beli jem depa untuk makan di rumah , memang sedap dan premium sangat dan tidak manis. Rasa asli buah berries yang sangat sedap. 


Menu Merdeka Special Ikea


Suami kak ana suka makan lasagna kalau ke Ikea. Pada harga RM12.90 chicken lasagna ni pun tak kurang juga sedapnya. Rasa authentic lasagna homebaked. Cukup lah untuk seorang makan, nak kongsi tak lepas tak kenyang nanti hehe :) 



Dan malam tu, kali pertama kak ana cuba chicken chop Ikea. Kepingan chicken chop Ikea ni berpadanan lah pada harganya, saiz agak kecil, sesuai dengan harga RM9.90 ( harga Ikea member ) dan normal price RM13.90.

Chicken chop Ikea ni kurang kena sikit dengan selera kak ana dan rasanya tak nak repeat dah. Ayam tu ayam goreng dan gravy nya pula blackpepper sauce. Agak pedas sikit. Turut ada di pinggan adalah mashed potato dan brokoli sebagai side dishes. 

Menu Ikea Halal ? 

Ada juga keraguan tentang status halal menu-menu di Ikea dan kak ana sertakan di sini petikan dari penyataan status halal Ikea Malaysia. Pernah kak ana jumpa ada yang posting Ikea Australia dan claimed terus ia tidak halal sedangkan pengurusan Ikea Malaysia menggunakan bahan mentah dari pengeluar yang mempunyai status Halal Jakim di Malaysia ini,

Kak ana paste kan di sini status dari FB Ikea Malaysia mengulas isu Halal menu di Ikea dari pautan link : https://www.facebook.com/IKEAMalaysia/posts/meatball-halal-certificationplease-attribute-the-comments-to-ikea-malaysia-halal/2418325504885781/

" Referring to the statement issued by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dated 20th March 2019 [https://bit.ly/2UTWZCs], IKEA Malaysia has been in touch and met with representatives from JAKIM and Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), to provide further clarification on the halal status of our meatballs.

We would like to reassure Malaysians that IKEA meatballs and all other cooked and fresh food items sold at the Restaurants, Bistros and Cafes of IKEA Malaysia stores are sourced from local suppliers with valid halal certificates issued by JAKIM. These premises and our Swedish Food Markets, are strictly pork-free and no alcohol is served or used in our food preparation. We maintain copies of halal certificates from our suppliers which are available for public viewing upon request. Members of the public can contact our Restaurant Manager for any inquiries.

IKEA Malaysia is committed to serve Malaysians better and will remain compliant to the laws of the country. We will continue to work closely with JAKIM to ensure that the religious interest of our customers and coworkers are not compromised. We are grateful for their support, time and guidance thus far. "

Dan kak ana sendiri selalu membeli produk makanan sejuk beku Ikea mempunyai logo Halal Jakim pada setiap produk yang di jual. Semoga bermanfaat ... 


8 Comments

  1. Sampai bulan Oktober…insyaAllah sempatlah saya mencuba kek apam balik yang menggoda tu.

    Saya kalau ke Ikea suka makan mushroom soup, garlic bread dan popia sayur. Kena sungguhlah kat tekak saya. Makan yang lain-lain asyik ada aje komplen 😄

    ReplyDelete
  2. Mcm sedap je apam balik tu... Ehhh...
    Kene try jugak nie.. Linda tak pernah p makan dekat IKEA.. Hahaha.. Mesti jadi rusa masuk kampung nanti...

    ReplyDelete
  3. Dulu suka makan kek daim. Kek apam balik ni nampak pun sedap. Adoi la jauh dengan ikea. Kalau dekat dah pi cuba.

    ReplyDelete
  4. Lama tak singgah kafe Ikea menjamu selera.

    ReplyDelete
  5. pergi hari bekerja tak ramai sangat kan kak Ana...

    ReplyDelete
  6. waduh terliurnya, lama dah tak makan atau pi jenjalan kt ikea ni

    ReplyDelete
  7. nak try laa kek apam balik tu
    nampak sedapppp tu

    ReplyDelete