Jiran hujung lorong rumah kak ana duk cantas dahan-dahan pokok pelam apple tepi rumahnya sebab dah cecah cable TM . Kebetulan ada pula dahan-dahan yang sedang berbuah tapi tak masak elok lagi. Dapatlah seorang sedikit merasa buah mangga apple muda pemberian jiran kami Amir dan Sap.
Nak peram bagi masak , kak ana tengok muda sangat lagi. Nanti dia akan masak kecut tak sedap dah nak makan. Terlintas kak ana rasa nak jadikan jeruk asam boi. Cara ni ikut cara arwah mak kak ana jeruk pelam. Cuma arwah mak tak de la buh asam boi, arwah mak selalunya jeruk pelam sahaja tanpa cuka.
Hat ni tak sama lah dengan jeruk mangga asam boi yang jual kat traffic light tu. Hat tu depa tak jeruk pun , ia lebih kepada mangga potong , paling sedap kalau dapat mangga siam lah kan, rangup. Diberikan serbuk asam boi untuk cicah. Tapi kak ana buat ni memang dijadikan jeruk. Jom kak ana kongsikan cara buat jeruk mangga asam boi.
Cara buat jeruk mangga asam boi
Bahan-bahan buat jeruk mangga asam boi
Buah mangga, ikutlah mangga apa yang ampa ada
Gula
Garam
Asam boi
Buah limau kasturi - kalau tak buh pun tak pe
1 biji cili api - jika suka
Cara buat jeruk mangga asam boi
1 Kupas buah mangga dan hiris tebal-tebal. Basuh dan toskan airnya.
2. Masukkan dalam balang buah mangga yang dah di bersihkan, masukkan gula dalam kuantiti yang agak banyak juga kalau buah terlalu masam.
3. Masukkan sedikit garam, taburkan buah asm boi , ikut banyak mana nak buh.
4. Masukkan buah limau kasturi yang di belah dua tanpa memerahkannya.
5. Kak ana masukkan juga hirisan 1 biji cili api untuk beri sedikit rasa pedas-pedas masam manis pada rasa jeruk. Ini terpulang pada citarasa masing-masing.
Dah masukkan semua bahan dalam balang, goncangkan balang agar semua bahan bercampur sebati. Tidak perlu masukkan air kerana air dari gula dan mangga akan keluar dengan sendiri nanti selepas semalaman, In Syaa Allah..
Boleh sahaja simpan di luar suhu bilik atau nak masukkan dalam peti sejuk pun boleh juga. Keesokan nya dah boleh di makan. Gambar di atas kak ana ambil selepas seminggu lebih di peram. Sedap masam manis dan masih rangup lagi rasa pelam apple.
Kak ana simpan dalam peti sejuk kerana suka makan dengan rasa sejuk-sejuk jeruk tu. Boleh la cuba naa, jeruk ni kak ana tak guna cuka, cukup sebatian gula dan garam akan memberikan rasa jeruk sedap masam manis dan pedas-pedas ringan gitu.. Semoga bermanfaat...
5 Comments
Sedap ni. Tapi sekarang dah bukan musim buah mangga.
ReplyDeleteUishhhh..SY pantang ni sis..Pantang tengok...=q
ReplyDeletesedapnya jeruk mangga sat ja dh hbs
ReplyDeleteYa Allah kak, basah mulut baca ini 🤤😄😄😍. Sedaap dan segar pastii. Kalo di sini jeruk disebut asinan. Makanya dulu saya sempat confused saat dengan jeruk mangga. Saya pikir buah jeruk dan buah mangga 😅. Ternyata Asinan mangga
ReplyDeleteJeruk pula maknanya buah orange di sini 🤭
ya Allah akakkk.. terliur dh ni.. buat sendiri rasa puas makan kan..
ReplyDelete