Kari ikan mayong
Kak ana tak pasti sama ada betul atau tak, ikan mayong dan ikan duri tu adalah jenis ikan yang sama. Dulu masa kak ana kecil di kampung, Teluk Intan, arwah tok pernah lah pasang belat atau jaring di sungai. Antara ikan yang pernah kami makan dahulu adalah ikan duri dan baung.
Tapi selepas kak ana berhijrah ke KL, kebanyakan orang dah tak panggil ikan duri sebaliknya lebih di kenali dengan ikan mayong. Cuma kak ana tak pasti sama ada kedua nama ikan nih adalah dari jenis yang sama, Waallahu a'lam...
Kari ikan mayong
Serbuk rempah kari Cap O
Kak ana ambil foto ni dari imej Google sahaja sebab tak terfikir pula nak di jadikan entri kan masa masak tu. Korang boleh sahaja beli di Shopee atau ada kedai yang menjualnya. Kalau tak silap kak ana di pasaraya Rosyam Mart pun ada serbuk kari Cap O nih.
Bila ada produk keluaran Muslim lagi lah selesa dan yakin untuk kita gunakan dalam masakan kita. Sekarang ni macam-macam isu timbul kan, carilah jalan yang selamat dengan membuat pilihan yang bijak. Moga-moga kita semua di dalam redha Allah swt.
Masakan kari ikan mayong kak ana hari tu , kak ana campurkan dengan kacang bendi. Suami pun suka rasa rempah kari Cap O nih dan boleh lah borong lepas ni buat stok di rumah. Ikan mayong ni kalau tak silap kak ana ikan laut, jadi ia tak lah susah untuk di proses.
Kak ana basuh dan bilas dengan air perahan limau, kalau tak ada, guna asam jawa pun dh boleh dah tu hilang kan bauannya. Lepas tu masaklah gulai kari ikutlah resepi dan cara ampa sendiri. Dalam masakan ni raikan sahaja perbezaan dan selalunya bukanlah banyak beza pun ye dak..
6 Comments
Dari gambar pun saya dah terliur
ReplyDeleteSy menantu orang Kedah mmg guna rempah kari cap O, memang sedap, setiap kali balik kampung mesti borong banyak sebab kat sana murah.
ReplyDeleteIkan mayong dengan duri kalau dalam family sy, bukan ikan yg sama. Tapi bagi kami dua2 sedap masak asam pedas. Pernah juga akak ipar buat masak kari, sedap jugak masak kari. Mesti sedap kari Kak Ana ni lagi2 guna rempah cap o, hehehe.
saya pun duk tertanya2 ikan mayong dan ikan duri ni sama ke tak sebenarnya...ikan duri banyak je jumpa orang jual dekat pasar sini tapi ikan mayong belum pernah jumpa
ReplyDeleteKalau x silap ikan mayong ni kami panggil ikan seludu. Memang sedap dibuat kari.
ReplyDeleteAnd rempah Cap O tu mmg produk Muslim kebanggaan org Kedah Kak Ana :D Dari Sy kecik dah ada jenama tu, arwah Mak mmg guna rempah Cap O.
sedapnya kari ikan! saya tak kenal la ikan mayong hahah ikan duri plak...zmn2 dulu2 my mom selalu masak ikan ni
ReplyDeleteYg saya tahu ikan manyung. Biasa dimasak menjadi kuliner mangut oleh orang2 Jawa.
ReplyDeleteTapi setelah saya browsing nampaknya sama ikan Mayong dan ikan manyung ini. Krn fotonya mirip.