Tiba-tiba selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan degree Adik di Johor, kawan-kawan dia pakat nak pi bercuti ke Vietnam bulan November ni. Kak ana tak lah risau sangat nak lepas kan dia sebab depa pi ramai dan ada yang dah berpengalaman selalu travel ke luar negara. Depa pun dah bayar deposit separuh harga pakej dua tiga hari lepas berjumpa tu.
Kak ana ingatkan Adik Ika untuk buat passport awal-awal kerana dari perkongsian pengalaman kawan-kawan dan saudara, ramai yang bagitau untuk dapatkan nombor urusan buat passport ni amatlah payah. Bukan urusan nak buat passport tu, tetapi nak dapatkan nombor. Ada yang cerita kena beratur dari pukul 5 pagi dan sebagainya.
Kak ana pun mulalah cari info-info di internet dan tiktok bagaimana proses untuk mendapatkan passport. Tiktok banyak juga video tetapi bagi kak ana di blog dan portal adalah lebih jelas dan terperinci info yang di kongsikan.
Jadi kak ana nak kongsikan pula pengalaman kak ana sendiri dalam proses untuk dapatkan passport pertama kali untuk Adik , semoga dapat membantu mereka yang juga ingin dapatkan passport khasnya di UTC.
Cara buat passport di UTC
Download applikasi QMS di telefon untuk dapatkan nombor giliran di UTC
Cara untuk dapatkan nombor giliran urusan di UTC adalah melalui aplikasi QMS. Tanpa apps ini, kita tidak boleh perolehi nombor giliran untuk urusan di UTC. Kalau kita pilih untuk buat passport di Jabatan Imigresen , perlu hadir ke pejabat JIM seawal pagi untuk dapatkan nombor giliran, dari perkongsian kenalan kak ana khasnya yang berada di KL dan Selangor ini lah..
Dan di sinilah cabaran pertama dalam proses buat passport kali pertama. Dari pengalaman menantu kak ana, kita perlu mencuba dapatkan nombor seawal applikasi di buka iaitu setiap hari jam 6 pagi. Tiga hari kak ana dan anak mencuba untuk dapatkan nombor tetapi seawal 6 pagi tidak berjaya.
Pagi tu, kami cuba sekali lagi dan bertekad sekiranya tak berjaya dapat nombor , kami akan terus cuba nasib ke JIM di Kuala Kubu. Alhamdulillah jam 6.01 pagi Adik berjaya juga dapatkan nombor. Lega dah lepas solat subuh, kami sarapan dan terus ke UTC Keramat, kerana kami membuat pilihan di QMS , UTC Keramat.
Di Kuala Lumpur ada 3 UTC yang beroperasi setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad iaitu UTC Keramat, UTC Sentul dan UTC Pudu Sentral. Kami tiba di UTC Keramat sekitar 7.50 pagi dan Adik Ika berbaris di barisan yang di tetapkan yang tertulis Barisan yang telah memiliki nombor QMS sahaja.
Warna pakaian ketika buat passport pertama kali
Kalau kita perhatikan dalam gambar yang berbaris ni, hampir kesemua berpakaian warna hitam. Ini kerana untuk mereka yang pertama kali nak buat passport, perlu berpakaian warna gelap kerana gambar akan di ambil di kaunter nanti.
Jadi perlu peka naa, pakai pakaian termasuk tudung berwarna gelap seperti yang tertera dalam keratan di bawah nih . Kalau tak , akan di berikan tudung sarung warna gelap waktu ambil gambar jika warna tidak menepati sistem yang ada.
Di pintu masuk ada pegawai pagi tu memberi arahan untuk masuk dan mempastikan dokumen yang di perlukan telah sedia ada di tangan pemohon. Dokumen yang di perlukan untuk pemohonan Adik Ika sebagai warga negara berusia 18 tahun ke atas hanya kad pengenalan dan salinan kad pengenalan. Pastikan bawa salinan sekali supaya lancar proses permohonan kita nanti.
Untuk permohonan lain korang boleh lah dapatkan info lengkap di laman web https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa/ . Semua butiran ada di sana. Boleh copy link address tu kerana kak ana tak letakkan backlink.
Adik Ika dah pun masuk ke ruang pejabat dan menunggu untuk giliran nombornya di panggil. Hanya mereka yang ada urusan sahaja di benarkan masuk kerana memang agak ramai dah di dalam tu. Sampai giliran, Adik Ika ke kaunter, isi beberapa data dan terus ambil gambar .
Kemudian tunggu pula sekali lagi untuk urusan bayaran. Bayaran untuk warga negara berusia 18 tahun ke atas pertama kali buat passport adalah RM200 . Dah siap buat bayaran di berikan slip oren tetapi IC mereka masih pegang dan perlu menunggu dalam masa 1 jam untuk dapatkan passport.
Adik Ika pun keluar dan kami pi makan sat di kiosk jualan di UTC Keramat ni sahaja. Lepak-lepak sekejap di sekitar dan Adik Ika masuk semula menunggu nombor yang sama yang akan di panggil untuk ambil passport yang dah siap.
Dalam setengah jam lebih kurang, dia tersenyum dah membawa keluar sekeping passport miliknya. Tapi bebel juga lah sebab gambar yang di cetak tak cun katanya hehe :) Biasa lah kan gambar passport, gambar IC mana ada yang cun, tanpa filter ye dak hahaha :)
Apapun selesai dah satu urusan penting untuknya hari ini. Alhamdulillah. Dari pengalaman kak ana selama hampir 3 jam berada di situ, ada dua tips and tricks yang kak ana nak kongsikan.
Pertama sekiranya korang tak dapat nombor awal pagi di QMS kerana tiga hari mencuba jam 6.01 pagi dah habis nombor, korang masih boleh datang dan tunggu serta cuba nasib dengan terus menekan butang Get Ticket tu banyak kali. Ramai yang buat di sana hari tu dan ada yang berjaya sekitar jam 10 pagi . Mungkin sistem di buka semula agaknya, kak ana tak pasti bagaimana proses ini belaku.
Yang kedua, sekiranya korang terlepas nombor giliran, maklum lah kan kita battle dapatkan nombor pukul 6 pagi di rumah , nak sampai ke UTC pilihan mungkin ambil masa, tetapi masih boleh teruskan urusan dengan terus ke kaunter pertanyaan dan nombor akan di panggil semula, In Syaa Allah..
Inilah sedikit corat coret perkongsian pengalaman yang kak ana dapat kongsikan dengan ampa semua, bagaimana cara untuk dapatkan passport pertama kali di UTC. Semoga bermanfaat, kerana semasa kak ana di UTC Keramat hari tu pejabat JIM memang ramai sangat orang sampai ke luar mereka menunggu.
2 Comments
Tq Kak Ana, very informative 👍
ReplyDeletePernah beratur dari pagi sampai lepas Zohor buat passport di Wangsa Maju dulu :( Masa tu belum ada sistem no online...
ari tu MZ renew passport, memang buat online jer, then gi collect kat pejabat imigresen sri rampai, cuma tak smooth jugak sbb IC plak problem ie thumb print tak leh baca..so jd long story gitu
ReplyDelete