Agak lama tak bercerita kisah kebun belakang rumah kak ana. Dah jarang-jarang dapat turun ke kebun,kebelakangan ni musim hujan belah petang, kan. Dah musim tengkujuh begitulah cuaca negara kita , semoga hujan yang turun dengan rahmatNya dan tidak menjadi musibah kepada sekalian hambaNya, aamiin..
Hari ni kak ana nak bercerita projek tanam daun bawang. Projek macam juta-juta lak yer, tanam sepasu kecil jer pun. Buat stok daun bawang nak masak harian. Senang sangat kalau ampa semua nak try boleh sangat.
Kak ana suka tanam daun bawang ni sebab bila nak guna pii belakang potong dan ambil sedikit. Kadang-kadang nak guna sedikit sahaja, kalau beli simpan pun tak tahan lama ia cepat layu dan busuk walau simpan dalam peti sejuk.
Bila ada pokok sendiri bila kita nak potong nanti dia akan naik semula daun baru, In Syaa Allah.. Dan cara nak tanam daun bawang ni sangat lah mudah . Tak perlu ruang pun, ada pasu kecil dan isi tanah, tetapi kena ada cahaya matahari supaya ia dapat hidup dengan baik.
Tanam daun bawang
Kak ana nak share dengan ampa semua cara kak ana tanam daun bawang. Kak ana tanam ni bukan lah sebab nak bawang dia tapi sekadar nak daunnya sahaja untuk masakan harian di rumah. Kalau nak tanam bawang mediumnya lain. Tanahnya perlu berpasir sedikit sebab kak ana pernah tengok orang tanam bawang ni waktu ke MAHA 2024 yang lepas.
Cara tanam daun bawang
1. Ambil lah bawang besar atau bawang merah dan ada orang guna bawang holland juga sebagai benih. Cuma cari yang ada nampak tunas di atas bawang dan ada rerambut halus di bahagian bawahnya. Kering pun tak pe asal masih nampak rerambut atau akarnya In Syaa Allah boleh hidup.
2. Potong bahagian atas yang nampak bertunas kalau tak ada tunas pun In Syaa Allah hidup dan akan keluar tunasnya.
3. Tanam dalam pasu dengan benamkan sedikit sahaja bahagian bawah yang berakar tadi. Tanah kak ana gunakan campuran tanah dan sabut. Lepas tanam terus siram dengan air tetapi jangan terlalu banyak nanti bawang busuk.
4. Letakkan di ruang berbumbung tetapi ada cahaya matahari. Lepas 4-5 hari dah boleh nampak tunas keluar dari permukaan atas bawang. Dan selepas dua ke tiga minggu, dah boleh tuai hasilnya jika menjadi.
5. Tips tanam daun bawang, jangan terlalu basah tanah kerana bawang akan membusuk jika terlalu lembab, siram bila betul-betul kering tanah sikit sahaja.
Dah pun menjadi garnish untuk masakan ayam masak blackpepper kak ana daun bawang yang baru kak ana tanam 3 minggu lepas. Cantas dan In Syaa Allah akan dapat daun bawang baru. Kak ana tanam enam biji bawang dalam pasu kecil tu dan semuanya menjadi, Alhamdulillah.. Hat tu kak ana gunakan bawang merah .
Ampa semua cuba naa... senang sangat dan buh sebagai dekorasi dapur pun lawa, buh atas peti ais ke kan. Sambil boleh di gunakan sebagai bahan masak, dapur nampak esthetic juga . Selamat mencuba ...
11 Comments
Ok nanti nak try laaa
ReplyDeletealala...comel nya...
ReplyDeletepaling mudah kan nak tanam...
ReplyDeleteWahhh, senang aje caranya, dapat daun bawang fresh2 dari ladang ni.
ReplyDeleteJimat tak payah beli.
ReplyDeleteLagi pun biasanya nak guna sikit aje.
Saya sempat terpikir nak tanam juga. Krn betul tuh, daun bawang ini mudah layu even dlm kulkas.
ReplyDeleteTp berhasil tanam, soalnya yg kena matahari hanya di rooftop. Dan itu tempat bermain kucing2 saya 🤣🤣. Habis lah dicucuk2 manja dengan mereka nanti 😅
Sy pun lately mood berkebun ke laut haha...
ReplyDeleteSenang kerja kan, nak guna petik je 👍
bestnyaaa tengok daun bawang tu menjadi.. busyra tanam apa pun smua x jadi. haha..
ReplyDeleteBila tengok ni teringin jugak menyemai bawang mcmni
ReplyDeleteSUBUR MENJADI DAUN BAWANG ANA..BUAT CEKODOK SEDAP TU
ReplyDeleteabis laa tokey sayur kat pasar... x laku dah daun bawang dia lps ni😁😁
ReplyDelete