Siapa suka makan mantou macam kak ana ? Kak ana suka simpan stok satu dua pek di rumah, buh dalam freezer dan bila tak tahu nak makan apa, nak nak lagi waktu makan malam, keluarkan dan boleh je makan cicah dengan aneka kuah, semua pun sedap. 

Kak ana suka mantou plain, tanpa perisa apa-apa. Sebab selalunya kak ana cicah kuah kari , atau pun buttermilk . Tapi kali ni sebab kak ana ada mantou di rumah, dan tengahari tu kak ana masak sup ayam, kak ana makan mantou dengan sup ayam. Masyaa Allah sedap sangat, ampa... 


mantou sup ayam


Cara makan mantou


Bagi yang tak kenal inilah dia mantou. Kak ana suka mantou yang kosong atau plain kerana ada juga perisa bagi yang suka. Mantou ni selalu di jual di bahagian frozen dan ada 8 ketul di dalam satu pek. Harga sekitar RM4-RM5 satu pek, ikut pada jenama.

KG Pastry Mantou dan kebanyakan yang di jual di pasaranya mempunyai sijil Halal Jakim dan boleh lah makan tanpa was-was. Rasanya macam makan roti atau kuih pau tanpa inti, tapi lembut dan sedap sangat di cicah dengan aneka pilihan kuah atau pun sebagai manisan pun boleh sebab kalau yang plain ia kosong sahaja. 



cara makan mantou


Korang boleh kukus, reheat di microwave atau goreng mantou ni untuk di jadikan hidangan. Kak ana selalunya suka goreng sebab ia garing di luar dan lembut di dalam bila di cicah dengan kuah nanti. 

Tips kalau nak goreng mantou, api perlahan dan goreng sekejap sahaja, tak sampai 1-2 minit kerana ia cepat garing dan nanti jadi hitam tak lawa dah hehe :) 


cara masak mantou


Mantou ni sejenis makanan kaum cina. Ia merupakan bun yang di kukus. Bahan yang di gunakan untuk menghasilkan mantou hanyalah tepung gandum, gula, air suam dan yis kering. Cara nak buat, ampa carilah di internet sebab kak ana beli hat dah frozen sahaja. 

Hari tu kak ana makan juga dengan buttermilk clams di Jibrail, memang sedap sangat. Lebih sedap di makan dengan kuah yang pekat. Kalau dah buntu nak fikir nak makan apa malam-malam , boleh lah try makan mantou cicah lah dengan kuah apa yang ada di rumah atau dengan kaya pun sedap sebagai sarapan dan minum teh.